Feb 24, 2014

Entry berbaur hormon tunggang terbalik

Harini bad day lagi.

Kepala pening plus orang cari pasal ngan aku.

Pembawakan anak pompuan memang macam ni eh? Emo tak tentu pasal, asik nak nangis dan cpat naik angin. Wuwuwuwu....

Aku ni jenis tak berkira la nak buat kerja tapi kalau orang lain nak jadi pemalas tahap tenuk 100kg dan aku lak kena buat kerja kau dan kau goyang kaki cukup bulan dapat gaji, memang aku hangin la.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

OK abes dah entry emo hari ni.

Lama sangat la aku tak berbelog. So bila bengang tatau nak luah kat mana. Nak cerita pun ada macam banyak mende nak cerita tapi tak tahu nak tulis apa. Cheh.

Lately banyak sangat aku kena pikir. Adik nak kawin lepas raya. Tema nya arabian. Dah mana aku nak cekau cari pelamin ngan baju tema tu? Sapa ada idea? Disebabkan bajet tak banyak, aku cadang buat DIY pelamin je. tapi kawin kat dewan. Ha... gagah tak aku? Seb baik la dia kawin aku dah beranak.. Kang hado mak buyung panjat sana panjat sini pasang pelamin keskeskes...

Cantik tak pelamin macam ni? Credit to tepaksirehbridalboutique.com

Feb 5, 2014

Title Tak Tahu Nak Tulis Apa

Seriusly, aku stress.

Kerja. People around me.

Dua-dua di atas faktor penyumbang.

Bila aku stress, mula la kepala aku rasa bengang. Migrain pun datang.

So sekarang countdown nak beranak dengan harapan pejam celik pejam celik tiba laaaaaa hari itu.

Aku rasa pregnancy kali ni la yang paling mencabar. Yup. Orang mencabar kesabaran aku.

Betul la orang cakap. Handle machine atau buat paper work x se stress mcm handle manusia. Perangai nya mak aih macam macam.

Semua nak cepat. Tapi yang buatnya sorang. Kau arah arah arah (tau la gelaran kau ada title pengarah dalamnya) dan expect aku bagi kau output yang dah bersih suci murni perfect segala.

Aku rasa title aku kena tuka jadi 'Pencacai Pengarah' instead of Penolong Pengarah.

Sorang lagi, masukkan nama aku sekali menjadi penyebab permasalahan disiplin dia. Bila panggil dulu, kau cite lain. Ni dah pusing cite lain.

Korang rasa perlu tak aku buat topik pepagi kat siaraya dengan tajuk 'Beza Manager dan Leader'.

Kkkkkk... Hormon aku mmg tengah menggila sekarang. Ntah apa apa aku carutkan di atas.

Sila abaikan. Anggap korang tak baca yang atas. Korang baca cerita seterusnya ye.

Ada tak satu bisnes yang tak memerlukan aku hadap mende mende yang aku dok hadap sekarang? Yang boleh jadikan aku millionaire dalam masa 10 tahun agar lagi 10 tahun aku boleh opsyen?

Sapa cakap kerja gomen senang hah? Sape kerja dia senang sila angkat tangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?