Sep 28, 2012

Kojo..Kojo..Kojo...


2hb sampai 4hb merupakan hari sengsara. Yeppp.. Sengsara. Den kono jadik LO pulak. Cambodia pulak tuh. Hadeh.

Apo la makcik nak mencarut kat diaorang neh. Cakap omputih memang fail aku nih. Belasah ajo lah.. Kalu diaorang tak paham, aku buat bahasa isyarat jek. Haih.. Terabai lagi la anak-anak aku seminggu nih. Kojo dari pepagi buto sampai tongah malam pulak tuh. Apoooooo la nasib.

Sorry yer anak-anak mama... Mama hilang lagi minggu depan. Huhuhuhu...

Sep 27, 2012

Journey to the Heaven Part VII

So? Bila dah dapat kunci, mula la gatai tangan tu nak reno itu ini kennn..... So sebelum kontraktor buleh masuk dan reno umah, kena identify dulu defect yang ado. Hurm banyak juga. Tips untuk korang yang baru dapat kunci, check setiap sudut umah, bukak semua tingkap dan try tutup balik. Ada 2 tingkap kat umah aku bila dah buka tak leh tutup. Yakni rosak. Haramjadah betul.

Selain tingkap, sliding door pun korang kena check. Ada satu sliding door kat area family tingkat atas umah aku tak boleh nak lock. Pintu semua sila check dan test kunci yang ado. Check kat dinding kalau ada hairline crack since rumah tu masih belum ada orang duduk, lagi senang nak crack sebab panas/ tingkap tak buka so tak ade pengudaraan yang baik dalam umah.

Semalam aku dah dapat surat untuk mula potong bayaran umah. Sebulan RM1200 ko! Hamik!!! Maka dengan defect belum emel kat developer lagik, aku dah terus menggelabah ayam anto emel kat mamat developer tuh soh baiki cecepat so that kontraktor kiteorang boleh masuk dan mula mengikis poket mengubahsuai umah kiteorang nih. So aku pla sebelum ghayer haji dah buleh pindah, tapi bila tengok balik kalendar, raya haji tinggal 3 minggu, makanya, abislah gaji aku bulan depan potong umah dan kuarters :( Si Kenny (kontraktor) pulak cakap paling cepat buleh siap 3 minggu, lagi la aku nak meraung.. huwaaaaa!!! So asben aku decide, buat reno dalam umah dulu. Asal buleh duduk.

So asben nak buat plaster siling, kabinet dapur, walk in wardrobe dan reno sikit bilik air master, selain dari buat wiring satu umah. Aku setuju. Lain-lain kayuh slow-slow. So nanti bila Kenny dah mula buat khojer, aku akan update yer.

Journey to Our Heaven Part VI

So? bila dah dapat umah.. maka kena la jadi kan rumah itu sebuah syurga. baru ler best nak lepak umah kan? So aku ngan asben berkira-kira nak renovate itu ini supaya dapat ler jadikan umah aku tu ala konsep modern minimalis. Aku rasa konsep moden minimalis nih agak seswai untuk orang bajet ciput macam aku nih, sebab perabot yang nak diisi dalam rumah tak yah banyak kan. hahaha... Korok ler. Mana ada bajet ciput. Nak renovate itu ini, mau makan 20 - 30 k juge ler... Jadi nak cari idea, macam biasaler. Pegi Ikea. Nak tiru dapur dia, dan tak bleh blah.. walk in wardrobe dia la kan.






Arghh... Gila kejap aku tengok design dia. Terencat jugak ler poket aku tengok susunatur dia.




Sep 6, 2012

Journey to the heaven part V

Hehehehe... serius entri den ni dah macam cito Korea pulak. Ado season I sampai season 5 dah. Lamo bona la den tak menuleh. Kepalo hotak den berserabut bona eh. Mano nak pikir pasal ghumah laie, pasal mak bapak den nak poie haji laie, kono buek kondughi laie, mano mano pun asik nak duit yo.

Nak cito, umah den dah pun siap. Apo? Gamba? Kojap eh den lotak. bagi la chan den membebel dulu. kalau korang sumo ado amek loan gomen macam den ngan laki den nih, mesti korang sebok nak tau bilo la den buleh dapek kunci ghumah kan? hehehehe...

Selalu eh, BPP akan bagi satu surat, kasi tau ekau orang yang diaorang dah release final payment. Bilo dah release, mako laki eden pun tipon la developer tuh, nak buat appointment amik kunci rumah...


Sajo jo den amik gamba nih. Buring pulak tunggu mamat
pogang kunci ni lamo bona... Janji pukol 10.30..
Kol 11 pun bolum sampai.
 Sampai jo mamat tuh... Dia dok pokpekpokpek cerito pasal ghumah. Maso nie la den bantai tanyo macam macam kek dio. Oh lupo pulak, nanti sebolum korang buleh amik kunci, kono baya dulu deposit api air kek developer yo. Nanti diaoghang buekkan sambung api air. Kang golap pulak ghumah...

Korang raso apo laki den tongah buek?
Dia kono kigho bapo batang kunci... Hahaha


 
Kalo ekau tak tau ini apo.. Ini kunci ghumah. Kunci ghumah den. Ekekeek



Adeh.. Tompat mengabihkan duit gaji den diaorang tongah buek.


Welkam home :)



 

Blakang ghumah den. Sodih bona nengok rumput ghumah den hih...


Incik Adwa ngah buek defect inspection bilik dio.


Ini kek tingkat atas. Omputih panggil LOFT. Orang melayu panggil apo den tatau.




 





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?