Jul 24, 2012

Istimewanya Ramadhan ini

Ramadhan. Tahun ni kali ke 28 aku sambut. Kali ke 4 sambut sebagai seorang isteri. Tahun ketiga sambut sebagai seorang ibu.

Tapi, Ramadhan kali ini yang paling istimewa. Dimana, aku rasa aku telah diberi hidayah oleh Allah agar lebih mendekatkan diri padaNya. Dibukakan hati, untuk aku merubah diri agar menjadi seorang insan, anak, isteri dan ibu yang lebih baik. Lebih menghargai. Lebih menyayangi. Lebih sabar. Semoga Kau terus teguhkan imanku kepadamu Ya Allah... Terasa diri sangat tenang sekarang.

Mendekatkan diri pada Allah, bagi aku, rukun nombor satu adalah menjaga solat. Bila solat telah disempurnakan lima waktu tanpa meninggalkannya dengan sengaja, kemudian barulah cuba memperbaiki kekurangan solat kita. Kita mungkin terlalu sibuk hendak luangkan masa 5 minit berdating dengan Pencipta, tapi ada masa pulak merayau-rayau perabih duit kat Param, pergi salun set rambut, pergi Spa urut-urut badan, mandi rempah berjam-jam, kan? Apalah salahnya, luangkan sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran dan menyembah Tuhan yang telah bagi kita peluang untuk hidup hari ini?

Sama seperti budak kecik, dia akan meniarap, merangkak, bertatih, barulah berlari. Tak ada dalam dunia ni lahir-lahir terus boleh pecut 100 meter (buat gaya Usain Bolt skit).

Samalah dengan diri aku. Aku sedang bertatih-tatih. Jangan tinggal solat. Dan sekarang cuba sedaya upaya untuk menjaga aurat dan tidak jadi fashion victim. Pakai baju labuh, kembang dah menutupi punggung, tudung ala-ala Hana Tajima, bila tengok bawah, alamak. Seluar ketat. Ramai betul aku tengok muslimat di luar sana jadi mangsa fesyen ala-ala Yuna nih. Banyak nyer la dosa kau kena tanggung Yuna ooiii, sebab jadi trend setter pesen seluar sendat kau tuh.

Aku terbaca dalam salah satu note kawan aku, tentang aurat.

“Selangkah seorang anak perempuan ke luar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah dia mendekatkan ayahnya ke neraka.”

(For every step a daughter takes to leave her house without her aurat covered, then by every step she takes, she’s making her father a step closer to Hell).

Jadi bagi aku dah berkahwin, tukarkanlah perkataan ayah tu dengan suami. MasyaAllah. Perlu aku mintak ampun dengan suami kerana telah mendekatkan dirinya sedikit demi sedikit dengan neraka. Mungkin suami boleh memaafkan aku. Tapi Allah? Adakah Allah akan maafkan dosa-dosa aku yang lalu? Dosa yang aku dok kumpul selama 28 tahun?

Kepada isteri diluar sana, hargailah suamimu, kerana syurga terletak di bawak telapak kakinya. Jaga perilaku kita sebagai isteri, peliharalah maruah dan harta suami kita. Masa bulan posa ni lah kita boleh kumpul banyak pahala. Sediakan makan berbuka untuk suami, layan suami dengan baik, bestkan?

Jaga batas pergaulan kita dengan orang luar, lebih-lebih lagi yang bukan mahram. Orang keja opes macam aku memang tak boleh elak dari berjumpa dan berurusan dengan orang yang bukan mahram, bahkan mungkin perlu menelepon/ meng SMS/ meng Whatsapp (hehehe jimat sikit). Jadi, kita sendiri perlu tahu batas. Jika ada perkara urgent yang nak disettlekan, tidak salah. Jika wanita, tidak salah maklumkan kepada suami.

Tapi kalau takat nak cakap

" Halu... kite nampak awak tengah isi minyak.." atau

" Awak... Awak nak makan ape? Kite ambilkan ekk..."

dengan gaya penulisan gedik yang meloyakan tekak - (perlu ke???) dan boleh mendatangkan fitnah dan buruk sangka pasangan kite atau pasangan orang itu, tak payah ler.. Simpan jerlah sapaan tak pekdah macam tuh. Kalau nak geli-geli manje-manje gaya lembik tengkok pi ler bergesel dengan laki/bini anda sendiri yer. Tak kiut langsung ohkay?

Syukur pada Ramadhan ke 28, Allah telah bukakan pintu hati aku, agar berubah. Agar menyesali dosa-dosa lalu dan cuba berubah menjadi seseorang hamba yang lebih baik. dan syukur Ramadhan kali ini, ramai rakan-rakan telah berhijrah menjadi hamba yang lebih baik....Syukur Ya Allah...

Kurang susu?

Aku tau ramai antara korang yang breastfeed anak mesti pernah mengalami kemeruduman susu. Lagi lagi kalau korang ni kerja kan, tak ada masa nak pergi pam tiap-tiap tiga jam. Nanti asyik ilang dari desk, bos kata kita mengular pulak :p kan.

Anyway, aku dah setat kerja 11 Jun 2012. First week kerja, no problem. Ada masa nak pam setiap 3 jam. masuk minggu kedua, dah mula huru hara dah. Pam kemana, ape tah kemana. Kena pulak aku dok ganti posa kan.. Utang banyak tuuu.. hehehehe.... Bila posa, konpem kurang minum air.

Apo laie, merudum dum dum ler.. Selalu aku pam (dengan amik booster, opkos) paling sikit pun dapat 18 oz time kerja (Aaryan minum 15 oz sehari time kat Taska. Bila kat umah direct feed ajer). Kali ni 10 oz pung syusyah... Adehhhh... Kebetulan booster pun dah abis. Maka menggelupur ler aku.

Cecepat ler aku order dan memandangkan nak beli fullpack supplement ni agak mahal :p maka aku pun signup untuk jadi Distributor. Hehehe.. Itu ler kesahnyer macam mana aku leh terjebak dalam Shaklee.

Aku amik set untuk breastfeeding mommies. Set ni ada:

Vitalea (Vitalea ni ada Vitamin E, untuk memastikan kulit tetap cantik halus mulus yer)
Vitamin C
Alfalfa (inilah milk boosternya)
B-Complex
Ostematrix (Kalsium)

dan aku add on Lecithin untuk bakar lelemak baby yang yang comel langsung nih. Nanti next next entry aku citer detail dan bagi personal review pasal menatang-menatang diatas.

Lagi kan, korang kalau dah amik supplemen ni jugak tp susu tetibe merudum juga, kena la pikir kenapa. Air minum cukup ke 3 liter? Pam berapa jam sekali? kalau takat pam sekali je kat opis yang kerja 8 jam sehari tuh, memaaaang la boleh jatuh production. Rajin ler sikit ke kakak semua. Lagi satu, kalau lepas beranak nih sume la sibuk nak kuruskan badan kan. Tak usah ler crash diet sampai tak makan, sebab badan korang perlukan kalori untuk dibakar, perlukan makanan seimbang untuk hasilkan susu yang sihat.

Cuba calculate kalori yang korang perlukan sehari kat sini.

Err... selain dari tu, untuk kuruskan badan, aku amik Herbalife. Mahal?

Memang mahal. Ekekekk... So pepagi masa sahur, aku akan amik satu skup F1 dan 2 skup F3. Ok ler.. Tahan lapar.. Klu tak kol 11 pagi perut aku dah berkeroncong. Susu pun banyak, sebab dia soya base. Apekenemengena dengan nak kurus? Actually, F1+F3 bukan menguruskan, tapi kira macam protein shake. Kalau badan kita mengurus, kulit takkan menggelebeh sebab kita ada protein yang cukup untuk build muscle selepas lelemak dalam badan dibakar oleh Tea Mix dia. Tea mix bulan posa aku x amik abnyak, lagipun sebab aku still breastfeeding. Selalunya aku amik Tea Mix masa berbuka. Campur dengan teh biasa.. Senyap-senyap bagi Incik Suami minum... Hehehehe.. Jahat tak... Alah, saje je nak bagi Incik Suami turun sikit berat.. Bukan letak jampi serapah black magic pun. Teh je. Tapi Incik suami perasan. Siap tanya.. "Eh, Baby letak limau ekk.." sebab Tea Mix tu perisa Lemon + Hibiscus...

Fungsi Tea Mix - Naikkan kadar metabolisme. Bakar lemak dengan cepat. Tapi kena minum banyak air. Ada kafein. So breastfeeding mommies kne amik light ajer yer. Klu orang normal bancuh 1 camca kecit teh ngan secawan air, mommies kne buat dengan 2 cawan air. Pastu belasah air kosong lebih skit. Kang anak terkebil-kebil tak leh tido.

Fungsi Protein Shake F1+F3 - Bentuk muscle. Elak menggelebeh jika berat turun. Sebelum ngandung kat Aaryan pernah sempat try 2 minggu. sempat turun  beberapa kg sebelum tahu dalam perut ada worang. Perut nampak ada skit2 nak jadi 6 pax ohkay?

Herbalife ni aku agak percaya sebab memang boleh lose weight dengan cepat. Tapi kena disiplinkan diri ler.. kawal calorie intake tetiap hari... Boleh je kau nak belasah makan nasik lemak pepagi, tapi terima ler padahnyer xleh mkn mende lain lagi selepas itew...

Yang penting, Herbalife semua orang boleh consume, including pregnant dan breastfeeding mommies. Saya musti pilih! Ekekeke...

So ni menu aku untuk sahur:
1. Nasik ngan 1 jenis lauk (orang melayu)
2. Shaklee (Vita-Lea, Vit C, BComplex)
3. Redoxon (sebab aku tengah selsema - kasik double dose)
4. Herbalife protein shake (bancuh ngan air kosong jer.. 0 calorie)

Berbuka (pelahap sikit):
1. Nasik ngan lauk
2. Kuih sket
3. Tea Mix sechawan
4. Bilas dengan air dalam 2 liter (minum sikit2 ler)
5. Shaklee supplement (Ostematrix, Alfalfa, Lecithin)

Sekarang tak sempat exercise pungg.. Dlu rajin gak main game kickboxing ka... pastu mintak game Zumba ngan Incik Suami. Sib baik dia tak belikan. Sejak anak dua ni Nintendo Wii tu dah masuk dalam kotak balik dah... Tunggu bilik TV kat umah baru siap, buleh main balik yer...

Takat 4 hari posa nih, aku dah turun 2kg yer. Syabas mere betti! Another 7 kgs to go.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?