Feb 28, 2010

MARI DECORATE UMAH....

Tadi gi jejalan kat Alamanda.... Beli wall deco... RM40 jer.. Lawa wooo.. lagi lawa dari Ikea punyer.... Ada gamba kucin of course... So wall kat area tangga tu takder la kosong sangat....

Feb 27, 2010

ADAM IDAMAN HAWA

ANDA ADALAH ADAM IDAMAN HAWA SEKIRANYA...
Seorang yang penyayang dan lemah lembut...

ANDA ADALAH ADAM IDAMAN HAWA SEKIRANYA...
Tolong jemurkan baju yang isteri anda basuh.. Dan tolong angkat baju bila dengar guruh di langit (tanpa disuruh)

ANDA ADALAH ADAM IDAMAN HAWA SEKIRANYA...
Ringan tulang tolong isteri kemas umah pada hujung minggu, bukannya mengular depan TV tengok kartun...

ANDA ADALAH ADAM IDAMAN HAWA SEKIRANYA...
Sama-sama mandikan anak, kalau tak nak mandikan pun at least tunjuk minat...

ANDA ADALAH ADAM IDAMAN HAWA SEKIRANYA...
Tolong tidurkan anak lepas isteri anda bangun susu kan anak pada waktu tengah malam...

ANDA ADALAH ADAM IDAMAN HAWA SEKIRANYA...
Rajin memeluk isteri anda  (kajian menunjukkan suami yang rajin memeluk isteri umurnya lebih panjang)

ANDA ADALAH ADAM IDAMAN HAWA SEKIRANYA...
Mencium isteri dan mengucapkan terima kasih kepada isteri kerana sediakan makan (walaupun isteri beli jer lauk tu)...

ANDA ADALAH ADAM IDAMAN HAWA SEKIRANYA...
Temankan @ tolong isteri di dapur masa dia memasak... Kalau tak reti masak, leh tolong basuh pinggan...

ANDA ADALAH ADAM IDAMAN HAWA SEKIRANYA...
Tahu macam mana nak pujuk isteri yang merajuk @ kecik hati dengan anda (tak yah modal mahal-mahal... peluk jer.. Dr. Fadzilah kamsah kata bila suami peluk isteri yang merajuk @ kecil hati, sume sakit hati @ rajuk dia terbang macam tu jer)

ANDA ADALAH ADAM IDAMAN HAWA SEKIRANYA...
Mendengar celoteh isteri, walaupun anda dah naik muak nak dengar cerita yang sama...

ANDA ADALAH ADAM IDAMAN HAWA SEKIRANYA...
Sentiasa memuji isteri anda bila memandang perempuan lain. Walaupun isteri anda macam tak bagi ape-ape respon, tapi hati dia dah kembang setaman :D

ANDA ADALAH ADAM IDAMAN HAWA SEKIRANYA...
Anda seorang yang memahami dan sangat bertolak ansur... dan tidak cerewet... tak kira dalam apa hal sekalipun...

ANDA ADALAH ADAM IDAMAN HAWA SEKIRANYA...
Anda mengenali apa itu bakul baju kotor... Bukannya buka baju anda dan campakkannya di mana jua anda berada dengan harapan bini anda akan tawaf satu umah bila tiba masa untuk mencuci baju semata-mata nak kutip baju anda satu persatu... Dan anda juga tidak mencampuradukkan baju kotor dengan baju bersih...Baju yang dah guna + boxer yang dah guna + stokin busuk anda -----> tempatnya di dalam bakul baju kotor...

ANDA ADALAH ADAM IDAMAN HAWA SEKIRANYA...
Setiap kali selepas mandi anda menyangkut towel di tempat yang sepatutnya, bukan mencampakkannya di atas katil, di depan tv, ataupun di atas sofa...

ANDA ADALAH ADAM IDAMAN HAWA SEKIRANYA...
Sentiasa memanjakan isteri anda dan buat isteri anda rasa seperti seorang puteri...

ANDA ADALAH ADAM IDAMAN HAWA SEKIRANYA...
Tidak malu mencium isteri @ menyuap isteri makan @ memimpin tangan isteri ketika berjalan walaupun depan mak@ ayah mertua anda...

ANDA ADALAH ADAM IDAMAN HAWA SEKIRANYA...
Bila melintas jalan, anda memegang erat tangan isteri dan pastikan dia berada di sebelah dalam trafik supaya tidak dilanggar kereta...

ANDA ADALAH ADAM IDAMAN HAWA SEKIRANYA...
Mengambil peluang bila anak dah tido untuk bermesra dengan isteri anda... Cukup sekadar bersembang sambil tengok tv ker...

ANDA ADALAH ADAM IDAMAN HAWA SEKIRANYA...
Cari masa untuk berdating dengan isteri... Berdua-duaan... Diulangi.. berdua-duaan....Macam zaman bercinta dulu... Buat begini at least dua minggu sekali...

MAMA ADWA : HAWA dicipta bukan dari kepala ADAM untuk dijunjung, bukan juga dari kaki ADAM untuk dijadikan pengalas tetapi HAWA dicipta daripada rusuk ADAM, yang dekat dengan tangan untuk dimanja dan dibelai, dan dekat dengan hati untuk dikasihi dan dicintai...

Feb 23, 2010

ADWA YANG COMEL

Mari kite tengok budak comel yang sangat excited nengok dianyer cot mobile hehehe....

Feb 21, 2010

PERCY JACKSON AND OLYMPIANS : THE LIGHTNING THIEF

Yeah.. yeah.. Semalam aku and Abah Adwa berdating kat Times Square and kiteorg bantai tengok satu muvie... Hm, walaupun dah kawin dan ada anak sorang, tu bukan alasan untuk tidak keluar berdating ;) alahai.. ingat seblom kawin je ke leh dating-dating? Lepas kawin pon kne dating-dating gak ok... Adwa? Nenek dia yang jaga, heh heh heh.... (aku balik umah je, dia majuk sebab kena tinggal, tak nak pandang muka aku langsung tu)

Ok-ok... Aku nengok citer Percy Jackson and Olympian :The Lightning Thief. Untuk trailer muvee ni klik sini.



Cite ni kesah sorang budak laki yang rasa dia ni ada Disleksia dan ADHD, sebab tiap-tiap kali dia pandang tulisan, sume tulisan tu macam jumble up and create new phrase. Citer ni kaitkan zaman moden ngan zaman Greek dulu-dulu. Ala, mesti korang penah dengar pasal dewa-dewa Greek : Zeus, Hedes dan Poseidon kan?

Aha... Si Percy ni dalam kebluran dia nih, satu hari masa kat muzium Greek dia kne attack ngan satu creature yang sangat2 la jelik rupe nyer... So start dari situ dia baru tau yang dia ni demigod dan anak pada Dewa Poseidon (Dewa Laut). Kira budak Percy ni ada power lah. No wonder masa starting cite nih dia cakap dia sangat-sangat suka kat air sambil  merelaxkan diri dia kat dasar swimming pool.

Citer ni basically pasal adventur dia ngan kawan-kawan dia Annabeth (anak Dewi Athena) ngan protector dia yang berkaki kambeng, Grover  sebab nak selamatkan mak si Percy yang kene kidnap ngan Hedes ( di neraka yer).

Hmm.. nak kata citer ni best... Hmmm... Boleh la tahan, tu pun sebab ada watak Grover yang kelakar ala-ala Chris Tucker tuh. Tu bab puji.. Kite masuk bab-bab kutuk lak...

No 1, citer ni terlampau men'simple'kan mende yang perlu details. Contohnya, si Percy ni ada power untuk control air, sebab dia demigod dan anak pada Poseidon tapi yang aku tak puas hati, tetibe jer dia pandai guna power dia walaupun sblom nih dia lgsg tatau ape power dia. Logik ker??? Spiderman pun dia tak terus tau macam mana nak kuakan web dari tangan dia kan? kan? hehehehe.. ok la, klau nak tau, korang tengok je lah citer nih.... Tapi pada aku quite stereotype lah :p

Feb 17, 2010

OPS 6S

Yer.. harini aku cuti semata-mata nak kemas umah aku yang sikit lagi nak nampak macam reban ayam. Maka, aku akan menggunakan konsep 5S macam kat opis iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam, dan Sentiasa Amal dan satu lagi aku pandai tambah - Sorok yang mana perlu, hehehehe.... Jadi takleh nak tulis entri panjang-panjang.... Sebab lom abes kemas umah lagi.... Sekarang dah kol 11.30 dah masih lom masak lunch sebab jap lagi Abah Adwa balik nak makan..... Chow....

Feb 14, 2010

MURMUR?

Korang penah dengar tak menatang murmur ni? hmm.... Kalau doktor kat Hospital Putrajaya tu tak sebut perkataan tu masa checkup Adwa haritu, sampai mati pun la aku tak penah dengar weh...Bil dia check dada Adwa, dia kata ada murmur, tapi very-very faint, macam dengar tak dengar... Masa tu aku cam blur jer menatang apa murmur nih.... So aku pun check dalam buku yang Kak Ayu bagi + cari info kat internet gak (sangatX100 penting untuk ada internet bila ada anak kecik nih). Maka, aku dah start cuak walaupun dalam buku tu cakap ada 2 types of heart murmur, harmless or abnormal. Harap-harap Adwa yang harmless one lah...

Then bila minta Kak Ayu (kakak ipar) check, dia pun cakap ada bunyi, so dia tak puas hati....  Dia tak nak explain panjang, cuma dia kata kalau Adwa ada murmur, banyak la kisahnyer.... Then dia terus refer gi PPUKM (dulu HUKM) jumpe pakar. Then bila pakar check, dia kata dah tak dengar dah, possibly sebelum ni dengar sebab Patent Ductus Arteriosus (PDA) tapi sekarang lubang tu dah tertutup... Pakar tu cakap it's normal sebab babynyer jantung lain dari kite, memang ada lubang cuma depends pada baby tu sendiri sama ada cepat atau lambat tertutup... Kalau tak tutup, tu la ada baby kena jantung berlubang tuh....

Risau gak bila dia sebut pasal PDA nih... Teringat kisah baby Ammar yang akan buat heart surgery 22nd February 2010 nanti. Auntie doakan baby Ammar selamat yer... Bagi yang tak tau citer pasal baby Ammar, klik SINI dan juga blog ibunya, Puan Azmaniza. Pada yang masih ingin menderma, bolehlah tengok blog ibunyer yer...

Alhamdulillah, Adwa anak mama sihat tak de ape-ape masalah....

Feb 11, 2010

SKIM CEPAT PAPA

Hmm...Tadi aku baru dapat e-mel dari seorang hamba Allah yang aku langsung tak kenal, yang pada pendapat aku sangat desperate nak jadi kaya.....


Aku tengok mende macam ni dah makin berleluasa.. Pihak berwajib tak nak amik tindakan ker? Jangan kata e-mel Yahoo! aku, orang-orang desperate macam ni siap berani hantar e-mel kat Jabatan aku lagi. Pendapat aku, kita takkan dapat capai ape yang kite nak kalau tak berusaha bersungguh-sungguh... Nak senang @ kaya bukan takat masukkan duit kat akaun orang yang langsung kita tak kenal dengan harapan duduk diam-diam jer leh jadi kaya.... Pesanan untuk orang yang create program skim cepat papa macam ni.... INGAT LA AZAB NERAKA MAKAN DUIT ORANG DENGAN CARA MENIPU WEI... LAGI-LAGI ORANG TU TAK HALALKAN DUIT YANG KORANG MAKAN TU... Mintak dijauhkan la aku dari tarik-menarik orang masuk skim macam ni.... Pastu yang kelakarnya, ada satu e-mel ni, affiliate program ni namanya tuuuuuuttttt , yang promo kononnya jual e-book, so dengan bermodalkan RM50, kite leh join affiliate program tu dan kalau dah join kite bebas jual e-book diaorang. Aku ada tanya pendapat-pendapat orang lain, dan rata-rata rasa tertipu dengan affiliate tuuuuut nih... E-booknya ntah ape-ape, siap broken link lagik...

"BUKAN SENANG NAK SENANG, BUKAN SUSAH NAK SUSAH..."

BILA MANUSIA PENDEK AKALNYA...

Firstly aku nak sound korang, kalau korang rasa entri aku nih korang tak suka nak baca, jangan baca, sebab entri aku kali ni sangat-sangat keras bunyinya, sebab aku memang dah hilang kesabaran.....Penulisan aku berdasarkan naluri keibuan yang ada, dan aku punya anak! Dan disini aku nak meluahkan amarah seorang yang bergelar ibu kepada semua ibu-ibu tak guna diluar sana yang sanggup buang anak sendiri!!!

Lately serebrum aku nih memang dah tak leh nak tolerate dengan kebongokan sesetengah manusia nih. Kenapa lah korang ni masa kecik-kecik tak nak mampus mati hah? Baru jer hari Ahad haritu aku baca kes budak umur lima bulan meninggal kena liwat (suspek adalah bapak dia sendiri - kalau aku dapat mamat ni, mati dia aku kerjakan). Sedih sungguh, bila bayangkan macam mana budak tu meraung-raung kesakitan masa dikerjakan bapaknyer yang otaknyer letak kat lutut. Dan budak tu almost sebaya dengan Adwa. Haih... Sakit jiwa aku bila terbayang kalau mende macam tu jadi pada budak yang sebaya dengan anak aku. Malang sungguh nasib mu nak... Takpelah nak, sekurang-kurangnya kamu telah dijanjikan syurga, dan kamu tidak membesar menjadi manusia kejam seperti ibu bapamu...

Bagi yang tak tau cite pasal ni, boleh tengok petikan akhbar di bawah:

Bayi lelaki 5 bulan mati dipercayai diliwat

PETALING JAYA 6 Feb. - Hanya mereka yang bernafsu binatang sahaja sanggup membunuh seorang bayi secara kejam.Baru berusia lima bulan, bayi malang yang tidak tahu apa-apa itu meninggal dunia dipercayai akibat didera dan diliwat oleh manusia berhati binatang.Berdasarkan bedah siasat terhadap bayi lelaki itu, terdapat kesan kecederaan di badan, termasuk di bahagian dubur yang dipercayai akibat perbuatan liwat.Bayi malang itu pada mulanya dibawa oleh ibu bapanya ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan selepas mendapati anak mereka dalam keadaan 'nyawa ikan' pada kira-kira pukul 9 malam, 31 Januari lalu.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bagaimanapun selepas diperiksa, bayi itu disahkan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital."Menurut laporan doktor, terdapat kesan lebam dan cedera pada tubuh bayi malang itu, termasuk kesan diliwat," katanya ketika ditemui pada majlis mesra rakyat penduduk kawasan Subang Perdana di sini hari ini.Berikutan itu, kata Arjunaidi, polis menahan pasangan suami isteri berusia 33 dan 19 tahun yang merupakan ibu bapa kepada bayi malang tersebut.Kata beliau, pasangan itu yang tidak mempunyai anak lain, ditahan sehari selepas kejadian, iaitu pada 1 Februari lalu di sebuah tanah perkuburan di Sungai Buloh, dipercayai selepas mengkebumikan anak mereka.Beliau berkata, pasangan itu yang bekerja di bahagian percetakan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh."Tempoh tahanan reman mereka sepatutnya tamat hari ini. Polis telah memohon lanjutan tempoh reman sehingga 12 Februari depan bagi membantu siasatan," jelas beliau.Menurut Arjunaidi, polis tidak menolak kemungkinan bapa bayi itu adalah suspek utama dalam kes liwat dan penyebab kematian bayi tersebut.


Dan harini pulak,sekali lagi aku rasa nak naik angin menyebabkan aku menulis entri yang penuh emosi nih.

Satu lagi berita terpampang kat prontpage akhbar pasal manusia-manusia bongok di luar sana, yang pergi buang anak pompuan (korang ni tau tak melahirkan anak pompuan tu dapat pahala banyak? Mak mertua aku yang cakap...) kat masjid samapai kena hurung semut.... Korang ni bangga sangat ke bila tengok budak yang tak berdosa tu masuk frontpage hah??? yang sedihnya dah meninggal pun baby tuh masa orang jumpa(comel pulak tu... tembam). Kesian la dia tertunggu- tunggu mak bapaknye kat pintu syurga nanti, sebab mak bapak dia aku doakan kena bakar dalam api neraka yang paling azab selama-lamanya. Kau dah tau ko buat dosa berzina, ni ko tambah dosa pulak dengan bunuh pulak budak kecik yang tak tau ape-ape. Taik ayam pun belum kenal (Abah Adwa slalu ketawa bila aku cakap macam tu). Jangan kata taik ayam, agaknya muka mak bapak dia yang bongok tu pun dia tak dapat tengok agaknya... Ni lah gambar baby yang tak berdosa tuh...


Kepada manusia-manusia bongok di luar sana, please la wei... Dosa zina dah satu hal, ni korang nak tambah lagi dosa membunuh pulak... darah danging sendiri pulak tu... Apa punya manusia la korang nih... Korang nih terlalu hina untuk dinamakan "manusia berhati binatang" sebab binatang pun tau sayang anak tahu tak??? Kalau korang tak nak anak tu, ramai lagi yang nak. So bagi jer la kat umah kebajikan or kat pasangan yang memang dah lama nak anak, lepas tu korang nak pergi mampus mati pun takde sape kesah.... MANUSIA BONGOK!!!!

Feb 10, 2010

.::FENIN LALATS::.

Huhuhu... aku baru jer lepas menyiapkan paper permohonan daripada bahagian tuuuuttt untuk naiktaraf tuuuuttttt. Lega sungguh bila dapat siapkan paper tuh. Lega.. Lega.. Lega.... Dari seawal jam 8.30 pagi punggungku ini tak berangkat dari kerusi yang tak berapa nak empuk ni semata-mata nak mengejar cita-cita serta azam untuk siapkan paper ni harini jugak, sebab esok aku nak pergi sesi pembelajaran PTK (sure kat umah tak sempat nak ulangkaji). Dan aku dapat merasakan perubahan kepada kesihatan mental dan fizikal aku ketika ini... Kepala ku mula berdenyut-denyut akibat penggunaan bahagian serebrum yang berlebihan hari ni. Fizikalku juga tak seimbang, menyebabkan aku rasa terhuyung hayang serta keletihan. Hebat sungguh penangan kena buat paperwork ni yer.... bagi melegakan kesakitan dan kesusahan hati dan mental ni, aku pun pergi mendapatkan kelegaan.... Bukan dengan ubat-ubat @ penggunaan dadah yang dibenarkan, tapi pegi tengok wajah si kecil Adwa yang sangat menenangkan hati.... Sekali dia senyum, terbanglah semua masalah....Dengar dia ketawa, hilanglah keserabutan otak aku nih.

Sekarang, aku dah berjaya menyiapkan paper tuh.... Dan oleh kerana masih ada momentum serta kecairan otak untuk berfikir sebelum otak aku tepu semula, aku nak buat satu lagi paper kajian.... Cau cincau....

Feb 4, 2010

MAMA NEEDS A NEW PHONE

Hi semua... Selalunya Mama je yang tulis blog walaupun blog ni Adwa yang punya (Adwa's Eyes, kan? Kira Adwa punye lah :p). Harini Adwa nak bagitau kat sume pasal henpon mama. Henpon mama tu buruk tau.... ha... Dia punya buruk.. Tulisan kat keypad sampai dah tanggal (hehehe... kalau orang tengok mesti dia cakap mama ni kedekut, tak nak beli enpon baru). Tapi mama tukar housing jer, konon nak bagi nampak macam enpon tu elok lagilah.  Tapi mama selalu bising pot pet pot pet cakap enpon tu asyik-asyik out jer... Bateri penuh tetibe jer terus kong. Mama kata, takpelah Adwa, selagi talipon ni boleh guna, mama guna je lah...

Mama beli enpon ni masa enpon ni mula-mula kua... Mama cakap, masa tu mama lom kawin lagi pun... Mama cakapkan, masa tu enpon mama la paling canggih dan paling best asbestos di alam semesta ni, hehehe... Enpon mama cap Nokia, model N73 Music Edition (pandai tak Adwa eja???) Ada kamera 3.2 megapixel (sekarang mana pakai lagi kamera bawah 5 megapixel ni mama....) dan VGA camera (untuk Adwa video call dengan abah, Adwa pinjam enpon mama je, sebab Adwa belum cukup duit nak beli enpon sendiri)

Mama ada cakap ngan Adwa, dia suka sangat kat enpon LG Chocolate BL40 (sedap nye nama... coklat... yum..yum...) sebab canggih macam enpon abah cap *** tu.... Mama macam teringin je nak beli enpon baru, yang ada touch screen, bila nak tengok gamba leh scroll je.... Nak beli iPhone mama cakap tak mampu... Bila mama  tengok enpon LG kat Nuffnang, mama suke sangat... Tapi harga enpon tu pun mahal... 2 ribu lebih... Bila tengok harga enpon tu, terus mama senyap... Sian mama... Mama cakap, takpelah.. Belum mampu... Adwa nak pakai duit banyak... Nak beli pampers Adwa, bayar yuran sekolah Adwa, nak beli baju Adwa.... Mama cakap, semua tu pakai duit... Pastu nak bayar duit kereta (kalau tak bayar, nanti kena tarik, Adwa nak pergi sekolah naik apa... :( nak jalan kaki jauh... lagipun Adwa belum pandai jalan... ). Mama cakap, dah tolak hutang sume, duit mama cukup-cukup jer nak makan sampai gaji bulan depan... Macam mana mama nak simpan duit nak beli enpon baru... Bukan mama kedekut macam orang lain pikir... mama tak cukup duit... sian mama Adwa ...

Enpon LG Chocolate BL40 yang mama nak tu cantik tau... Orang putih kata breathtaking.... Sila tengok gamba di bawah yer... (photos credit to http://reviews.cnet.co.uk/ dan http://nuffnang.com.my/ )









Cantikkan?? Stylish la... sesuai dengan mama Adwa yang cantik ;)


CANTIKKAN uncle dan auntie enpon LG tu? Jadi kalau Adwa tanya "Mama, why do you like that phone?" surely mama akan jawab, " I do love the phone sayang. Its beautiful design and super cool interface, I think I should own one. So by having this LG 'supermodel of phone', mama will look stylish especially when the phone comes with a pretty case. I think this phone was created for a fashionista like me (hehehehe...). Trust me Adwa, when Nuffnang gives this phone to me, i'll show you how cool this phone really is, okay?"  Yeay... jadi mama dah bagi justification kenapa mama patut dapat enpon ni.... Pakcik nuffnang... Pakcik Nuffnang bagi la enpon tu kat mama yer....
Skrin dia besar... 4 inci tuuuu.... High Definition Full Touch Screen yer makcik-makcik... Kamera dia 5 mega pixel (bukan 3.2 megapixel cam mama punya sekarang :p ) Nipis tau, dalam 10.9mm jer, kaler hitam yang sangat cantik dengan belang merah kat bawah enpon tu, jadi kalau masuk dalam handbag mama, senang nak cari (mama suke merungut tak jumpe enpon dia dalam handbag, padahal dalam beg dia ada macam-macam barang. Kalau ada anak cicak pun mama tak tau).
Tu jer Adwa nak cerita... Pakcik Nuffnang... Pakcik Nuffnang bagi la enpon tu kat mama Adwa.... Besday mama bulan Mac nanti tau... Kalau mama dapat mesti dia seronok....Bye-bye semua... Adwa dah kena stop menaip ni... Adwa nak pegi minum susu... Lapar.... Tata..

By,
Adwa Affan....

Feb 2, 2010

HUG ME IN RED PHOTO CONTEST - VOTE FOR ADWA!!!!

Saje je anto peraduan nih... Hadiah cambest jer... takyah lah beli pampers untuk 2,3 bulan kan.. hehehehe... jangan lupe vote untuk Adwa yer.... ;) Senang jer.... Ikut jer ape yang tertulis kat bawah....


1. Klik SINI

2. Dalam search box kat bawah, taip nama ADWA AFFAN


3. Klik gamba untuk mengundi


 

4. Tu jer... Tenkiu!!!!

Feb 1, 2010

ADWA'S PHOTOSHOOT

 



  

  

  

  

  

  

  

  

  

  
 

  

  

  

  

Photos by HAIRUL ANUAR 012 729 0416 naohcantors@yahoo.co.uk


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?