Dec 31, 2009

Baju untuk ibu-ibu menyusu

Haih.... susahnyer la nak cari baju kurung ke, kebaya ke, jubah ker yang tak perlu nak selak-selak kalau nak susukan Adwa... Browse la kat internet, tak banyak orang jual baju-baju camni... Kalau nak tempah kat tailor bape lak diaorg amik ekk.....

Dec 29, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN NURUL NADIAH DAN YASSIR LUTFI

Nad tengah praktis nak jadi mama. Yassir pulak senyum terpaksa :p

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Godmother Adwa ~ Nurul Nadiah Zainal Abidin dan pasangannyer yang tinggi menggalah Yassir Lutfi (Penang mari). Moga korang kekal ke akhir hayat la yer... Kau memang cantik Nad haritu (raja sehari wajib puji). Tapi kecantikan kau tak dapat menandingi kecomelan Adwa (Adwa muka tak puas hati ~ baru bangun tido & tengah lapo tapi mama ngan abah soh dia senyum) hehehe jangan mara haaa... Nad, macam mana kau leh nampak kurus haa?? Shazleen kata muka kau macam Barbie (hehehe).

Dec 27, 2009

JUMPING WITH JOY :D




Today i got a very beautiful bouquet of flower from my hubby! Serius seronok! I just cant help myself from keep on smiling and smell dat beautiful flowers all day long! No wonder orang cakap pompuan suke bunga... Aku tak de la cakap aku suka bunga, but i do love surprises! Ok2, I do love flowers, especially when sumone u love the most gave u dat flowers ;)

HIDUNG ADWA TERSUMBAT!

Adwa tak sihat harini... Nangis-nangis sebab idung dia tersumbat. Jap lagi nak bawak dia gi klinik, semalam bawak dia gi klinik amik ubat kahak, sebab ingat selsema dia dah ok. Rupanya lepas botak ni makin teruk pulak... Korang ada ape-ape tips tak leh share ngan aku? Kena bagi dia pakai topi ke masa tido? FYI aku tak pakai aircond kat umah, pakai kipas jer. Aku dah try tinggi kan bantal tido dia, tapi dia macam tak selesa jer, sebab dia tido tak lekat bantal, pagi-pagi jer bantal dah ilang. Malam tadi ok gak dia leh tido, malam sebelum tu (masa tu baru botak) lgsg tak tido dia... nangis jer lah...

Aku nak bawak Adwa pergi klinik lah.. Sian kat dia dok soh seh soh seh susah nak nafas. Aku nak keluar. GTG....

Dec 25, 2009

ADWA TAK BERAK :p

Adwa ni jenis tak berak hari-hari. Aku dah risau.. Dua minggu lepas seminggu dia tak berak ek.. diulangi, seminggu! So aku bawak dia pegi Klinik Presint 9, doktor cakap tu normal kalau babay yang fully breastfed dia tak berak sampai seminggu dan perut dia tak kembung ape pun...

Semalam member ada ajar, nak bagi anak berak at least 2 hari sekali... Dia cakap mak dia yang bagi petua ni. Memula cari pasir sungai (aku pakai garam kasar jer) dan goreng tapi jangan pakai minyak masak pulak. Goreng sampai pasir/garam tu panas, then campurkan pasir/garam kasar tu dengan lada hitam.

Letak kat dalam kain dan buat macam bunjut, tuam kat perut baby. Ala macam korang bertungku masa lepas bersalin tu lah. Tapi sebelum tuam kat perut baby test la dulu kat diri sendiri. Kalau panas dia okay jer, leh tuam kat perut baby. Lagi elok kalau korang buat ni sejak baby dalam pantang lagi..

Masuk harini dah seminggu Adwa tak berak nih. So pagi tadi aku pon try la petua yang member aku citer ni. Aku goreng garam kasar then tuam kat perut dia lepas mandikan dia pagi tadi. Pastu petang tadi dia berak! So petua ni leh pakai la kan.. Try la... bukan ape. takut baby kembung perut kalau lame tak berak nih.

Dec 22, 2009

MAJLIS AQIQAH ADWA







Selesai dah Majlis Aqiqah Adwa yang kiteorang buat kat umah sendiri kat Putrajaya 18.12.2009 haritu.... Kebetulan cuti Awal Muharam kan. Thanx kat semua yang sudi datang...

ATTENDING KENDURI KAWIN@KLANG

Anis, Cik Mat, Din Dang, Malia, AKU, Sayang & Adwa


Ni first kenduri kawin yang Adwa attend. Kat umah pengantin pompuan kat Klang. Campur sesat barat, Adwa tido, bangun, tido balik baruuuu sampai (susahnyer nak cari umah pengantin). Sian Adwa.. Tengok dia dalam gambo pun layu jer hahaha....Apsal abah dia cam tak selesa jer pegang Adwa. Anyway semoga berbahagia hingga akhir hayat untuk Malia & Salehuddin Din Dang. Cepat-cepat la dapat baby ye ;) Nway Malia you look gorgeous that day!

Dec 15, 2009

ADWA'S FIRST OUTING!


Adwa nyer first outing kat Jusco Tebrau... Best jer dia tido dalam stroller COMBI dia.

Dec 13, 2009

KEBAIKAN SUSU IBU

Ok, sebagai seorang ibu yang fully breastfeed baby aku, aku nak share sikit la dengan korang sume pasal kebaikan susu ibu nih. Info nih aku dapat daripada buku PANDUAN CAP : SUSU IBU JADIKAN ANAK LEBIH PINTAR & SIHAT yang diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Pak mertua aku yang belikan buku ni time aku ngandungkan Adwa, so aku review skit la content buku ni. Kalau nak korang bleh cari kat kedai buku. Tak mahal, RM4 je. Bagus buku ni. Bagi info yang kadang-kadang kita takleh dapat kat mana-mana buku/ internet. Aku review skit yer... Bismillahirrahmanirahim...

Kajian menunjukkan bayi-bayi yang meminum susu ibu:

1. Mempunyai IQ yang lebih tinggi;
2. Mempunyai kebolehan bertutur yang lebih baik;
3. Mempunyai sistem imun yang lebih kuat; dan
4. Lebih cepat berjalan;

Kebaikan susu ibu adalah:

1. Menguatkan sistem imun bayi dimana ia:
a) Melindungi bayi daripada gangguan usus;
b) Mengurangkan risiko lelah;
c) Mencegah cirit-birit;
d) Melindungi bayi daripada meningitis;
e) Melindungi bayi daripada jangkitan pernafasan;
f) Mengurangkan risiko Arthritis Reaumatoid;
g) Melindungi daripada masalah penglihatan;
h) Mengurangkan risiko osteoperosis;
i) Mengurangkan kerosakan gigi;
j) Mengurangkan ekzema; dan
k) Mengubati jangkitan mata.

2. Lebih mudah hadam; dan
3. Bebas daripada pencemaran dan
4. Bayi sihat dan montel.

Hmmm... banyak tu kelebihan susu ibu... yang no. 4 tu aku sendiri pandai-pandai tambah, hehehe... Sebab Adwa memang sihat dan montel.. Dia lahir 2.95kg.. umur sebulan berat dia dah 4kg.. Umur 2 bulan berat dia dah 5.5kg.. korang bayangkan la... lagipun save la bajet skit. Tak payah la keluarkan duit nak beli susu formula yang mahal tapi ntah ape ntah la khasiatnyer. Yelah... kite pengguna ni mane la tau sangat ape kandungan dalam susu formula tu kan. Percaya je lah dalam susu tu ada DHA la, ntah macam-macam nama pelik lagi la.. agaknyer kalau dia tulis kalau anak kte minum leh dapat power cam citer Heroes tu pun kite percaya jugak kot. Kuikuikui... Eh, korang ingat baby yang korang susukan tu je ke dapat manfaat? Eh korang ex- mak buyung pun dapat manfaat tau tak....

Menyusukan bayi boleh:

1. Membantu ibu mengurangkan risiko kanser payudara;
2. Membantu ibu mengurangkan risiko kanser ovari;
3. Membantu ibu melangsingkan tubuh;
4. Mengecutkan rahim selepas bersalin;
5. Mencegah pendarahan postpartum;
6. Mencegah kehamilan secara semulajadi; dan
7. Melindungi ibu daripada anemia.

Aha... bestkan.. tapi aku rasa hot mama sekalian paliiiiiiing suka yang nombor 3 tu kan.. kan... terbukti ape... artis Hollywood sume breastfeed anak diaorang dan cepat jer dapat figure balik (selain tu kena la bersenam, kalau breastfeed tapi asyik makan,tido, makan, tido jer tak kemana nyer lelemak tegar korang yang bergayut-gayut tu). Tapi dalam buku ini ada informasi yang menasihatkan supaya ibu-ibu yang breastfeeding jauhkan diri daripada ambil sebarang ubat. Ini kerana ubatan yang korang amik akan berpindah daripada darah kepada susu dan boleh mudaratkan baby korang. Ada la a few ubat yang buku ni explain jenis ubat dan kesannya kepada baby, antaranya PIL PENCEGAH KEHAMILAN. Kalau nak tahu lebih lanjut korang kena la beli buku ni kan...

Dec 10, 2009

VITAMIN YANG PENTING UNTUK TUBUH

Ok la.. Aku dah lama tak update blog ni.. Sorry la ekk.. bukan ape.. elok-elok ada broadband aku gi potong (dah dalam tv asyik cakap potong jer)... hehehe.. takde la.. tak mampu nak bayar la RM120 sebulan... Masa tu pikir lagi baik guna RM120 tu untuk Adwa. Tapi sekarang dah ada broadband balik dah, sebab bayor RM50 hinggit jer sebulan :D


Ni sikit info aku dapat daripada http://www.adam.com/ pasal vitamin yang penting especially untuk korang mak-mak buyung di luar sana, dan tak ketinggalan ex- mak buyung yang tengah menyusukan baby. Enjoy....

















Dec 8, 2009

Adwa Kena Jaundis!


Adwa kena sakit kuning! Omputeh panggil Jaundice. Aku dah agak dah... Mama la cakap, kulit Adwa nampak kuning masa umur dia 2 hari. Sebab dia asyik tido je, malas nak isap susu. Bila hari ke 3, doktor amik darah and reading dia tinggi, tapi tak tau bape. tu yang kena tahan lagi satu malam kat spital. Adwa kene dok kat bawah lampu biru tu dengan pakai 'spek' putih (gauze je, diaorg buat bentuk spek. kiut gaks) ala-ala Kanye West gitu. Esok nye doktor bagi kua. Reading dia 255. Sebenarnya 255 tu reading yang agak tinggi gak la, tapi aku ngan laki aku mane la tau, anak sulung la katekan...

Aku pun balik umah mak aku kat Wangsa Maju, kira aku pantang kat sana lah. Adwa lak checkup kat Klinik DBKL kat area Sri Rampai (Klinik ni buat lawatan sekali jer kat umah, pastu tak datang-datang dah. datang pun takat tengok pusat Adwa ngan amik BP aku jer). So masa Adwa check kat Klinik DBKL tu, diaorang bagi surat soh refer kat Hospital Putrajaya sebab Adwa kuning. So esok hari nya (umur Adwa masa ni 6 hari) dia kena tahan kat wad sebab reading Bilirubin dia 313! So aku ngan Adwa stay dalam wad 2 malam, dan ni la rupa Adwa pakai spek putih dan tido bawah lampu biru tuh...





Dec 5, 2009

ADWA'S FIRST TRIP TO KLIA!

Yeay! Adwa pegi KLIA nak bawak jumpe Mak Ucu baru balik dari Haji, tapi sampai jer gate dah tutup. Tak der rezeki la Adwa nak jumpe nenek ucu dia kan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?