Feb 10, 2015

Us and Autisme Spectrum Disorder (ASD)

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah.

Austisme Spectrum Disorder. ASD. Austisme. Anak OKU. Learning Disabilities.

Tak pernah terfikir bahawa kami telah dikurniakan anak syurga enam tahun lalu.

3 Februari lalu, Adwa, putera sulung kami telah didiagnos mempunyai ASD (Mild Autisme).

Kami redha, dan menerima dengan hati terbuka. Begitu juga keluarga.

Seawal tergerak hati mahu dapatkan further assessment untuk Adwa, kami sudah bersedia untuk menerima seandainya dia disahkan ASD.

Austisme is not about awereness only. It is more about acceptance.

Jadi jika tengah makan ke, jalan2 kat shopping complex dan korang nampak budak yang tak boleh nak dikawal, yang jerit-jerit, pukul2 mak ayah dia, guling-guling, atau ada yang datang rumah korang dok panjat sana sini, SILA SET DALAM KEPALA yang budak itu special, jadi instead of mengata mak bapak dia tak reti jaga, tolong lah put awareness dan accept yg budak tu 'istimewa'.

Jadi, bila Adwa dah disahkan ada ASD, dan disyorkan untuk jalani Speech Therapy (ST) dan Occupational Therapy (OT).

Kami prefer ke PPUKM, Cheras di bawah Child Development Centre (CDC).

Tapi, queuenya panjang mak aih... Appointment Adwa dapat bulan Oktober 2015... Tahun depan Adwa dah nak darjah satu.. camno?

Tak apa... Kami ikhtiar opsyen lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?