Jul 7, 2014

Berpantang : Kamus Aku Sendiri

Haaa... Tajuk memang macam gampang. Hahaha... Apa maksud berpantang bagi korang semua?

Aku rasa tempoh berpantang ni lebih pada self torturing. Kau kena pakai bengkung ketat ya amat. Tepek segala macam herba kat badan kau. Telan segala jamu ngan akar kayu nak bagi ketat sendat dan badan kau hot macam..... (isi sendiri).

Ada 3 kategori berpantang ni,

A) Strict ikut semua pantang larang nenek moyang. Ikut je do's and don'ts  yang mak korang cakap.
B) Err... 50/50 la.. Yang tak logik tak yah ikut.
C) Memang korang xberpantang. Pantang nampak ada la kehkeh.

Korang mesti pernah terbaca fakta yang pompuan bersalin mengalami kesakitan bersamaan 20 tulang yang dipatahkan serentak.

Kalau kau orang tanya aku betul ke sakit beranak macam tu? Jawapan aku, ENTAHLAH. Mak tak pernah patah tulang nok. Tak tau la sakit patah tulang kuasa dua puluh tu macammana sakitnya.

Kepada yang belum pernah beranak, tak payah la kau cuba nak bayangkan atau buat simulasi sakit beranak utk self preparation.

Sebab sakit beranak tu adalah kesakitan yang kau tak pernah rasa seumur hidup kau. Kalau kau datang bulan pun kau senggugut tahap guling hindustan, sakit beranak tu lagi sakit berganda2 hoi.. Kalau kau ada 'membela', konpem hantu tu tros cabut lari dari badan kau.

Buat yang dah merasa sakit beranak, agak2 kau orang ingat lagi x macammana sakitnya? Yang baru beranak macam aku mesti trauma lagi sebab still ingat mcm mana korang turn into a monster kat labor room kan? Haha. Tak pe... Ingat satu je...

SAKIT YANG PALING MENYAKITKAN ADALAH KETIKA MALAIKAT IZRAIL MENCABUT NYAWA KITA

Jadi fikirkanlah... Sakit beranak pun dah terpekik terlolong... Macammana pulak keadaan kita masa sakaratul maut nanti... Masya Allah...

Apa rejim berpantang korang eh? Aku ni jenis ada langgar jugak la pantang tu haha...

1. Mengurut
Haa.. Mengurut ni memang aku suka. Kalau tak berpantang pun aku selalu gak ngurut. Tukang urut aku bidan termasyhur sebab dari merata tempat semua dok pakat cari dia. Nama dia Makcik Sal. Rumah dia area Kem Wardieburn kat Setapak nun. Aku mengurut ngan dia dah lama. Dari zaman anak dara sampai la sekarang. Kes nya sebab aku jatuh tangga zaman sekolah dlu. Dia urut memang best. Aku ni badan agak pantang kalau orang urut xbetul, aku demam terus. So far Makcik Sal urut memang best. Kalau korang nak contact no meh bagi emel ka no enpon ka kat komen bawah. Nanti aku bagi.

Mengurut + tungku + mandi baby Makcik Sal amik RM100. Tapi harga ni harga bulan lepas. Ni barang naik harga naik la kot ehehe.. Lg satu kalau nak ngurut ngan dia kena call dulu.

2. Param + pilis
Eeeee... Aku paling benci bau menatang param pilis ni. Busuk! Tapi disebabkan aku kali ni berazam (puih!) nak hot macam Luna Maya maka layankan je lah. Sebelum beranak pun aku beria beli param pilis last2 aku xpakai pung. Kehkeh... Anak aku tengok siap buat muka geli lagi.

3. Bertungku
Bertungku adalah nikmat semesta alam sampai tengah bertungku tu aku bleh doze off. Hahaha.. Azabnya cuma kemalasan nak gi bako tungku tu jek ehehe..

4. Berbengkung
Aku declare berbengkung adalah salah satu bentuk torture mental dan fizikal kepada isteri-isteri selepas melahirkan.

Kenapa aku kata ia adalah salah satu bentuk torture mental? Sebab isteri risau saiz pinggang makin bertambah. Kalau masa anak dara saiz pinggang 24, lepas beranak satu jadi 28, tak sempat nak balik saiz 24 dah ngandung lagi. Bila beranak dah jadi saiz 32. Belum sempat kecut ke saiz 24, beranak lagi. Ditambah dengan risaukan kenakalan suami menjeling manja body anak2 dara kat soping complex, membuatkan isteri tertekan dan berusaha nak balik ke saiz 24. Torture dari segi fizikal memang jelas la. Ikat bengkung ketat ketat sampaikan aku berjalan pun dah kalah orang jepun pakai kimono. Ikat ketat ketat tu sakit tau dak? Beauty is pain. Tapi bila lama-lama pakai jadi sedap pulak.

Aku tengok orang lelaki takdak pun sibuk nak berbengkung segala walaupun perut dia ngalahkan bini dia yang bunting 5 bulan. Tu la.. Sebab korang tak cuci mata tengok badan lelaki ketak-ketak perut macam papan cuci baju. So asben korang tak rasa tercabar.  cuba sekali sekala beli majalah Maskulin. Pastu tunjuk kat suami

"Abang.. Sexy la model ni.. Tengok perut dia macam choc bar gitu"

Kalau dia sayang kau konpem esoknya laki kau menggelupur cari barut ke atau singlet yang claim boleh kempiskan perut tu. Haha.



5. Slimming product
Kau tak pakai slimming cream, tak amik jamu ke ubat lepas beranak segala kau memang penipu. Kau jangan cakap ngan aku kau berdiri depan cermin lepas mandi dengan pakai bra dan spender, kau cakap kat diri kau sendiri "Body aku hot.."

Aku segala macam krim slim aku tepek lepas tu bengkung lagi. Kau nampak tak macam mana seksanya nak jadi pempuan hot?? Kau ingat perempuan hot macam Luna Maya, Emma Maembong, Siti Saleha, Anzalna, diaorang tu takde buat mende2 ekstrem dan menyakitkan untuk jadi lawo ke? Hari-hari aku termenung depan cermin tengok badan aku macam badak air dengan perut yang boleh buat kipas diri sendiri ni. Sadis tau dak? Hahaha.. Lagi sadis bila check up sebulan Adra haritu, aku baru turun 10kg. Gampang betul. Aku belum dapat pun weight aku sebelum ngandungkan Adra, apatah lagi nak dapat balik weight masa anak dara.

Walaupun aku blom boleh puasa, aku mula la kerja gila aku. Nasik makan 3 suap jek. Tahan lapo macam orang puasa. Aku memang target aku nak turun sampai 55kg. Serius. 55kg. Azab pun azab la. Saham kena jaga. Haha..

6. Sembelit
OK aku memang ada masalah sembelit kalau beranak. Time Aaryan dulu 3 hari lepas beranak baru buang air. Kali ni, 4 hari. Azabbbb.... Tapi biasa lah dah tau ada masalah sembelit, sebelum beranak aku dah beli enema (boleh cari kat Watson. Sekotak RM2 ada 2 enema. Masukkan ikut dubur dan picit. Sila buat dalam toilet sebab takut keciciran nanti. Kihkih). Dan amik Shaklee Ostematrix sebelum tido ye.

7. Perineum tear
Ouch! Kali ni aku 1st degree tear tapi lambat baik dr yang lepas. Nape ntah. Harini dah 35 hari tapi benang belum reput.

Tempat jahitan memang akan membengkak lepas 2 or 3 hari korang bersalin. So nak kurangkan bengkak aku larutkan Epsom Salt (boleh beli kat farmasi gak dalam RM5+) dengan air suam lepas tu cuci tuut korang. Buat tiap kali buang air.

8. Bengkak susu
Nangis. Nangis. Aku demam masa hari ke 7 lepas bersalin. Aku ibgatkan sebab bentan kena hujan masa hari 3 lepas bersalin. Tapi memang sakit la bengkak susunya. Pam pun tak jalan. Best solution is kena marmet. Dan suruh baby nyusu tiap-tiap jam.

9. Mandi herba
Masa berpantang jangan mandi air sejuk. Nanti bisa satu badan. Aku mandi air suam + herba. Beli je. Dan siap dalam sachet macam teh. Aku pakai herba yang ada dalam set Anugerah dengan Tanamera. Best. Letak air suam dalam baldi pastu letak je herba tu. Heaven.

10. Tempoh berpantang
Ada yang 40 hari. Ada yang 44 hari. Ada yang 100 hari. Depends la. Macam aku cakap tadi, ilmu berpantang ni turun temurun.  Selalunya apa yang korang praktikkan tu dipraktikkan oleh mak-mak korang dulu. Jadi kalau korang jenis moden tak ikut sangat pantang larang tu, caye la esok anak-anak korang pun akan ikut.

Dalam tempoh berpantang tak boleh keluar rumah. Tapi aku memang kaki rayap. Rasa klaustrophobic duduk berkurung dalam rumah kalau xdapat klua 44 hari. Kali ni hari ke 35 aku dah langgar pantang. Tak boleh tahan. Bahana nya kaki aku sakit sebelah. Nampak tak kenapa orang tua-tua tak bagi keluar rumah? Degil. Padan muka.

11. Bertangas
OK teknik ni aku baru tahu masa bersalinkan Aaryan. Tu pun sebab aku mengesyaki diri aku ada sedikit prolaps akibat melanggar tempoh berpantang (baru 35 hari pi shopping baju raya kat Jakel). Padan muka aku.

Bertangas ni katenye nak kecutkan rahim, menaikkan semula peranakan, membuang darah-darah kotor yang tak abis keluar dan hilangkan bau dan gatal-gatal tuut korang. So rajin-rajin la buat ye?

Bertangas ni ada 2 kekdah. Tangas kering dan tangas basah. Aku suka tangas basah sebab dia macam 2 in 1 conditioner gitu.

A. Tangas basah
Kau beli je herba tangas ada je jual kat booth jual jamu kat G**nt ke, Te**o ke. Selalunya dia dalam dalam packaging bentuk tea bag. Sonang. Kau boil air panas, tuang dalam gayung, pastu letak ke 1 bag tu dalam ayor tadi. Ala macam kau bancuh air teh.

Bila herba tu dah larut ( air bertukar warna) ko amik la bangku (aku pakai bangku plastik yang ada lubang-lubang) letak atas gayung tu pastu kau duduk. Memang menggelupur la panas sikit tp bagus. Duduk situ sampai air tu jadi suam kuku. Bila dah suam kau buat basuh tuut kau. Elok juga untuk baikkan luka tu cepat.

B. Tangas kering
Ni leceh sikit. Guna tea bag yang sama, kau koyakkan amik je herba dia. Basahkan sikit herba tu. Panaskan batu tungku dan letakkan dalam periuk tanah. Pastu masa batu tu panas-panas kau campak herba tu atas batu tu. Nanti wap tangas tu la kau dudukkan. Letak bangku atas periuk tanah dan kau duduk je atas bangku tu.

12. Lulur
Ni suka hati la korang nak buat ke tak. Aku tak sempat la nak take own sweet time berlulur. Bila ada orang tolong jengukkan anak baru boleh buat. Pakai lulur Binari je. Senang.



Wellmex Atomic Enema - RM2 sekotak. Farmasi ada jual. 
Bengkung tali. Aku beli sehelai pastu beli kain dan jahit sendiri. Modal baru RM15 sehelai.
Aku pakai lulur ni je. Senang.
Herbal Bath Tanamera
Best. RM199 je 1 set. Cuma pilis dia aku tak leh pakai. Allergic.

*Gambar sumber Google

1 comment:

intandayani said...

Best-best topik ni..Thankx for sharing.Sya ni tengah tggu hari je ni..Blom decide lg nak amik set berpantang ape yg paling bagus..terpikir nak guna tanamearh tapi tgk harga agak pitam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?