Jun 25, 2014

A Surprise From Hubby

"Nilai sebuah kad penghargaan adalah pada kata-kata yang tertulis di atasnya, walaupun kad tersebut dibuat dari sekeping kertas yang tiada nilai."

Terima kasih suami diatas hadiah semalam. Kata hubby,

"Tu je syg leh bagi. Sket je compared to sakit baby masa deliver anak2"

Awwww.... I'm touched.

- feeling wonderful with Hubby


Jun 13, 2014

My V2BAC Story and why PPUKM?

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah. Syukur kerana hari ini dah hari ke 13 aku melahirkan anak ketiga. Bersalin kat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras. Pecah rekod kali ni sebab previous sons bersalin kat Hospital Putrajaya (HPJ). Semuanya sebab wad penuh. Adwa - ELSCS sebab Breech. Aaryan berjaya VBAC di HPJ walaupun aku merempat duduk tepi pintu jamban dewan bersalin sementara discharge petang hari yang sama (bayangkan tahun 2012 lagi wad O&G HPJ 'penuh')

Lewat update berita ini sebab kononnya kali ini macam nak strict sikit dalam berpantang (orang tua-tua kata, tak boleh menulis/ membaca dalam tempoh 44 hari tapi tetap gatal tangan. Dah tu budaknya keluar je dah terus capai henpon.... Amende??).

Pantang kali ni kat umah mak aku, sebab masa Aaryan rasa diri macam supermom nak pantang sendiri, dan aku sendiri lah merana sebab tangan gatal nak buat kerja rumah, tak reti duduk diam-diam dalam rumah (masa pantang gi shopping baju raya lak tu kat BP). So bila pantang kat KL ni maka abam-abam dua orang tu beryabedabedu lah kat umah nenek diaorang sebab sekolah jauh nak mengantor. Masuk harini dah 3 minggu dah tak pegi sekolah. Memang azab la kalau kena gi sekolah nanti. Aku kat umah pun azab juga nak mengadap perangai dua-dua. Yang Aaryan kali buli. Selagi abang tak nangis tak menjerit ati tu mcm xpuas.Asik gaduh je dua beradik ni. Kejap nangis kejap bertempik. Bagi kat bangla jual besi baru tau (ayat ugut standard).

Abah diaorang lak kelas 3 kali seminggu je and mostly kelasnya malam lak tu. So banyak la masa terluang dengan anak-anak dan sikecik kali ni. So bersalin kali ni kadang-kadang je lah aku mandikan si kecik. Memang most of the time abahnya yang mandikan. Phew.. Lagi terror gitu...

So FYI kali ni kira aku punya 2nd vaginal birth attempt dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Aku sepatutnya bersalin pada 25 Mei 2014 (Ahad) tapi rupanya ini kicik punya budak banyak syiok duduk dalam. "Womb Service terbaik dari abah", katanya. Kikihkih... Apa mama nak makan semua abah bagi.

1. Asam Laksa
2. Subway
3. errr... hilang ingatan dah. Urat banyak putus kot :p

So masa aku serah diri kat HPJ on 31st of May, aku dah EDD +7/7 (7 hari lewat) dan aku bersalin pada hari ke 8 selepas EDD.

Cecece... Due date countdown kunun..
Bila dah EDD tp takde tanda bersalin aku dah gila Cadbury stress..

Last checkup dengan Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya adalah pada 29 Mei 2014 (Khamis). Since belum ada tanda-tanda nak bersalin, so doktor tros bagi referral letter ke Dewan Bersalin HPJ kalau on 31st May still belum veranak (Sabtu)

OK.... Dah 6 hari past due date... Tak dak tanda lagi...
Time Aaryan dulu dah sakit-sakit dah ni...
OK dah 7 days after EDD. Sila serah diri ke HPJ. Wuwuwuwu...
Referral letter dari KKP9. Nampak tu admision for IOL (Induce of Labor)? Pitocin??? OhMaiGoddd.........

So hari dan masanya pun tiba...

31 Mei 2014, Sabtu

Tiba hari serah diri. So hantar lah abam-abam ke rumah nenek diaorang kat KL. Mama bekalkan air Yaasin ngan kurma Ajwa. Lepas hantar balik rumah jap untuk packing barang, check balik hospital bag, then husband mintak masa untuk buatkan air Yaasin 7 Mubin dan air selusuh buat bekal kat spital nanti.

Tengah prepare air selusuh.
Kembung ayor aku. Ni botol air Yaasin 7 Mubin. Tenkiuuuu asben...

Sebelum sampai ke HPJ, asben tanya nak makan apa sebelum kena berpantang ni? (hehhhe.. Hari-hari dia tanya soklan ni). So gi makan kat Medan Selera Presint 9, order nasik lemak ayam dara. 
Last menu sebelum serah diri wuwuwuwu...

Sampai kat Dewan Bersalin HPJ dalam kol 5 camtu. Sampai kat kaunter, Allah... Dalam hati

'Maaf wad penuh buat masa ini'

Signage tu aku bajet dari tahun 2012 (masa bersalinkan Aaryan) tak pernah diremovekan dari atas meja reception Dewan Bersalin HPJ.

Asik la penuh, penuh, penuh.

Takpe.. Takpe.. Ada rezeki dapat bersalin kat sini. Macam kes Aaryan dulu.

So dia hantar aku buat urine test dulu... Buat CTG... Seluk-seluk sekali dua...

Baru 2cm dilated. Siap tolong strip membrane lagi.
CTG kat HPJ. Masa ni baru 2cm dilated. Abih bertenang muko den. Kihkih...

So buat CTG setengah jam. Doktor datang, aiyak baby tido. Kenyang lepaih pekena nasik lemak agaknya. Tambah lagi 10 minit. Nurse masuk. Dah ada contraction. Tapi xde plak aku rasa sakit.

Last-last lepas maghrib baru abih buat CTG.

Lepas solat, doktor datang. Jeng jeng jeng...

"Puan, wad penuh jadi kita terpaksa tolak puan ke Hospital Kajang atau HKL. Puan bincang dulu dengan suami. Kalau dah setuju nak pg Kajang atau HKL nanti kita hantar dengan ambulans ya"

Ya. Saat yang sangat menghampagaskan.

Kajang? Booo... Gila nak suruh aku beranak sorang-sorang?

HKL? Err... Macam spital perang je. Sementara tunggu asben datang (dia pi surau) aku tanya kawan yang penah bersalin kat HKL.

Negatif.

Adeh la.. Mana la aku nak membawa diri malam-malam camni (macam dialog Azroyy). Wuwuwuwu...

So bincang punya bincang, asben kata,

"Jomlah pergi Serdang"

Aku ikut je.

Tapi tibe-tibe asben tukar pikiran tros dia gi PPUKM.

Sampai sana tros daftar. Masuk assessment room.

Seluk. 3cm. Dah active labor.

So asben tros gi kaunter hasil. Print GL. Daftar masuk wad. Alhamdulillah dipermudahkan semua urusan disini.

So around 12am masuk wad. Husband tinggalkan kejap dan dia ke masjid.

Masa ni dah rasa contraction. But thanx to buku pinjam Hypnobirthing ihsan Wan Nihayah maka aku (boleh dikatakan) berjaya manage the pain of contraction sampaikan aku tertido.

Dapat la dalam sejam rehatkan badan untuk preparekan diri untuk bertarung nyawa kejap lagi. Yess.. Hati masih berharap takde 'hidangan' Pitocin untuk aku kejap lagi.

Dalam kol 2.30am camtu doktor datang. Dia tanya contraction aku kuat ke tak. So aku bagi dia tengok contraction timer aku macam kat bawah.

Dia siap tanya aku tak sakit ke sebab siap bley tido lagi. Kihkih.. 


Contraction counter. Last counter was on 2.38am. Lepas tu dah tros ke Dewan Bersalin dah
Oh yer lupa nak bagitau. Wad PPUKM ni tadelah class macam wad HPJ. Macam aku ni kalau kat HPJ layak la sebilik berdua. Kat sini tarak. 1 wad 28 katil. Kehkeh.. Tapi OK ape. Dengan aircond sepoi-sepoi bahasa dan kipas siling yang berpusing macam nak pencen. OK ape.. Toilet pun jauh.. So kalau second atau third degree tear konpem ko kena pegi dewan bersalin balik dan jahit balik perineum ko tu.

Sambung balik cite bersalin.

Staff kat sini baik dan sangat pro. Tak tau la kalau rejeki aku malam tu kan. Lepas doktor tu kidnap aku kol 2.30am tadi, seluk, dah dilated 4cm. Hurm boleh handle lagi 4cm punya sakit. Teknik breathing kena betul masa contraction. Tu la rahsia boley tertido sambil timing contraction. Ngeh ngeh.

2.45am - Bilik assessment. 4cm dilated.

Doktor decide pecahkan air ketuban. Hamek kau tiub panjang lengan... Rodok sikit.. Pastu rasa panas je.. Hahahaha..

Tetibe muka dia lain.

Meconium. Sapa tatau meconium tu apa, bahasa bukan doktornya, 

'Baby dah berak dalam perut ya puan...'

Doktor nak tolak aku masuk labor room (LR) dah. Maka bermulalah episod perjuangan hidup mati aku. Suami dipanggil. Aku naik wilcha (macam la xbley jalan sendiri. Ngengada puuuiihhh) dan ditolak ke bilik no 6 kat dewan bersalin. 

Signboard Dewan Bersalin dia besar gila. Seram aku. Kalau aku tak pakai lens pun aku boleh baca dalam jarak namblas kaki.

3am - 4cm dilated. 
Sakit sikit2. Tapi aku tau lambat lagi. Nak tau pesal? Meh aku bagitau. Kalau dah sampai masa korang betul-betul nak bersalin, korang akan klua peluh kat dahi walaupun suhu bilik bersalin tu sejuk macam bilik mayat. Ada paham?

4am - Sakit makin kuat. 
Aku genggam tangan suami memang baek punya. Kadang-kadang dengar dia istighfar. Sakit kut tangan dia. Ampunkan isterimu ini wuwuwu... Tak sengaja. Kikiki. Nurse datang bagi hadiah. HAPPY GAS. Weeehuuu... Sakit sangat so terpaksa la sedut. Tu pun tahan gak dah selang 3 4 contraction br sedut. Serius rasa sebal otak aku. High woo.. Doktor datang seluk. Pastu dia nak blah. Aku tanya dah bape cm. Dia jawab masih 4cm. Serius hampa. Sakit macam nak mati dok 4cm lagi? Kejap2 doktor datang goncang perut. CTG tak cantik. Baby tido. Eh baby mama sakit nak mati kamu tido kat dalam?? (mula dah drama-otak-tak-center aku). Tetibe datang satu tawaaan menarik.

"Puan nak epidural?"

Yesss!!!! I dont want to be a champion la nak drug-free labor. Orang offer mesti la nak. Pastu doktor blah terus tak datang balik. Mana drug-cocktail aku woiiii... (dalam hati je cakap).

Tetibe nurse muncul bawak 1 drip bag. Aku dongak. Aik? Drip yang aku tengah guna ni ado lagi. Sh*t. Tengok jam dah 4.30am. Pastu dia letak drip tu kat IV line aku. So ada 2 drip bag. Aku jeling drip bag kedua. Ada tulisan merah. 

ADDITIVE : PITOCIN

Tidaaaaakkkkkkk!!!!!!

"Puan kami terpaksa induce ya sebab baby dah berak dalam perut dan jalan bukak slow"

Akhirnya... Epidural yang ditunggu, pitocin jua yang tiba (kelas tak pantun 2 kerat aku Karam Singh?)

5am - Allah je tahu macam mana sakitnya. Since harini baru hari ke 13 aku bersalin, aku still boley ingat lagi sakitnya macam mana. 

So sila jangan tanya aku bila nak tambah anak lagi sebab jawapan yang akan klua dari mulut aku

SUDAH! CUKUP CUKUP SUDAH...
CUKUP SAMPAI DISINI SAJA...

Sakitnya adalah, bayangkan pusat (belly button) korang ditarik ke depan dengan paksa dan tulang belakang korang macam ditikam, dua-duanya dilakukan serentak.

Dalam 5.45am (aku agak je. Takde koje nak tengok jam sebab dah tak boleh nak pikir dah) dah rasa nak teran. So doktor masuk check baru 7cm. 

"Puan jangan teran dulu ya.. Nanti pintu rahim koyak.."

Gile lu? Nak terkeluar sangat dah ni mana bley tahan!!! (sambil aku jegil mata)

So aku terteran. Jujur ni. Terteran.

Doktor datang check.

Tak sempat seluk dengar dia cakap

"Kepala budak dah ada kat bawah!"

(suara panik)

Pastu nurse bagi arahan soh pegang kaki.

Tak buat. Sebab tangan dah cekup hoodie laki den.

Asben pun repeat.

" Tangan pegang kaki, B.."

Tak buat. Memang otak aku tak bley nak respon pada arahan masa tu. Jemmm..

Last-last asben bantu.

Tarik tangan aku dan letak kat kaki. Elok je aku pegang. Pergh. 

Nurse bilang satu,dua, tiga teran!!!

Aku pun macam perenang olimpik tarik napas dalam-dalam...

TERANNNNNNNNNNNNN (satu napas ya).

6.06am - Plops!!! Klua tros baby. Tak sempat doktor gunting (Puas ati aku. Tak kasi aku teran tadi ye...)

Pergh. Rasa cam pro anak seploh lak sebab sekali teran tros klua baby. No episiotomy. Ngehngeh. Berlari Paeds masuk sebab bajet lama lagi budaknya nak klua. 

So settle sesi teran, nurse datang cucuk paha untuk kecutkan rahim, so baby buat apgar test kat sebelah, sedut lendir alhamdulillah dia makan sikit je taik dia (EeEewwww).. So sesi godek2 tuut untik keluarkan uri pulak. Kangkang lagi. 

Tiba masa jahit. Asben kena klua sebab nak timbang baby dan asben azankan baby kat luar. Ala.. Missed moment paling menyentuh hati dalam hidup. 

Tetibe masuk sorang doktor lelaki. Cisss.. Ngelak beranak ngan doktor laki. Last-last masa jahit kena ngan lelaki. Terpaksalah pasrah wuwuwuwu.... Nanges. Jahit punya la lama. Aku tanya dia, teruk ke tear sebab rasanya tak sempat gunting tadi. Dia jawab, 1st degree tear je puan.

Alhamdulillah. Tapi yang lama bebenor jahit tu ngape... Lenguh kaki tau dak?

So camtu la kisahnye camne aku end up bersalin kat PPUKM. Bagi aku lagi better dari HPJ.

So selamatlah aku bersalin pada 1hb Jun 2014 jam 6.06am.

Babynya? Tunggu next entry lak eh.. 

Rating:

1. Layanan aku bagi 9/10 (tengah dalam labor room siap bagi air tuu. Lepas bersalin siap dapat milo, biskut ngan sandwich tuna. Pergh, heaven)

2. Makanan plak 8/10 (HPJ lagi sodap)

3. Staff 9/10 (baik, ramah, profesional,supportive)

4. Enviroment 7/10 (toilet centralized untuk 1 wad, jauh, tak banyak bilik mandi, sinki rosak, jarang dibersihkan, darah nifas merata-rata. Wad ok tapi aircond kasi kuat sikit la, panas woo)

5. Kemudahan lain 7/10 (Sila sediakan wheelchair untuk ibu-ibu lepas bersalin pulang ke kereta sebab jarak wad dengan parking sangat jauh. Kes aku - asben kena request pinjam wheelchair baru dapat. Lagi satu nak bayar parking mesin nya satu, beratur punya la panjang, mesin pulak mengada-ngada duit komot sikit takmo terima. Sila perbaiki masalah ini ya)

Ni katil gua. Dah nak balik dah.
Tu yang hado budak namo Aaryan kek situ.
Yay mama ngan baby dah boleh balik!!!
"Yay... Gemuknya mama..." kata Aaryan
Agak agak signboard ni pakai font brape eh?
Gamba ihsan asben. Ni snap masa nak balik ni..
Masa aku bersalin dia pakai sweater hitam.
Kantoi... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?