Jun 27, 2013

Apa beza Shaklee dan Herbalife?

1. Fungsi Produk

Shaklee adalah supplemen tambahan.
Herbalife adalah pengganti makanan.

2. Prinsip Weight Management

Shaklee menurunkan berat badan dengan detox-bakar-kekalkan muscle tanpa perlu replace normal meal anda dengan produk Shaklee. Makan macam biasa (kalori intake kena jaga la). 

Herbalife mencadangkan penggantian dua hidangan harian dengan pengambilan formulanya yang tinggi protein dan rendah kalori. Bila anda dapat mengawal keinginan terhadap snek manis serta pengambilan karbohidrat lainnya, maka mungkin akan dapat mengurangkan berat badan dengan jayanya.Sebagai contoh... Kalau korang punya calorie intake sehari 1800ccal, jadi kena kira ye makan dalam sehari tak bley lebey itu angka. 

3. Kandungan Weight Loss Set

Shaklee mengandungi Herb-Lax (detox), Omega Guard/ Lecithin (bertindak sebagai fat burner dan  memberi pelbagai manfaat fungsi kesihatan yang lain ) dan Alfalfa (serat sebagai agen pengangkut dan memberi pelbagai manfaat fungsi kesihatan yang lain). Shaklee juga mempunyai ESP (soy based) mirip seperti F1 dan F3 Herbalife namun tidak didedikasikan dalam weight loss programme. Boleh juga mencuba Cinch dengan pelbagai perisa (seperti F1 Herbalife juga). Cuma, Cinch mengandungi Leucine yang memelihara otot semasa proses pembakaran lemak berlaku (tidak menggelebeh).

Herbalife mengandungi F1, F3 (protein diet) dan Teamix (mempercepatkan kadar metabolisma).


Kesimpulannya... Makan la produk apa pun... Kalau melantak tak ingat dunia dan malas bersenam pun tetap gemuk. Sekian.


Berminat untuk mencuba slimming programme Shaklee? Hubungi saya adwaseyesfl@yahoo.com sekarang!

 
 

Journey to Our Heaven Part IX

Sambung cite.. sambung citer...

Perabot dah sampai..Wuhuuu terbang duit mak RM8 ribu woi.

Cat umah dah settle. Bantai kaler putih jer baru umah nampak luas. Gamba kat bawah gamba selepas dicat putih. Encik Suami memang gigih mengecat memandangkan bajet bininya sudah tiada untuk upah orang mengecat. Kikiki.... Cuma dinding tempat TV ni akan letak wallpaper dan feature wall master bedroom pun akan berwarna gelap. Aku memang main earth tone since cat exterior pun dok earth tone juga.Cat aku pakai Nippon Vinilex Easywash. Tahan conteng katanya. Almaklumlah ada 2 orang bakal artist dalam rumah ni kan. Harga cat Nippon ni RM90 per tong untuk 5L. Aku beli masa expo perabot kat Nilai haritu. Untuk satu umah aku beli 5 tong cat putih 5L, dapat free 2L cat so aku pilih kaler 4223D Silhoutte Grey untuk feature wall bilik masterbedroom. So dah settle dah cat untuk feature wall master bedroom. Cat free. Heh. Pakai cat ni  katanya washable. Jadi kalau anak conteng takdelah aku terpekik pekik macam mak tarzan kan muahahahaha....

Aku pun beli gak satu set Nippon Momento untuk feature wall kat tingkat bawah. Tapi sampai la ni tak ade masa lagi nak cat woi. Cat sendiri ke? Cat sendiri jelah since bangla nak upah jer dalam RM700 untuk cat satu umah. RM700??? Boleh lepas beli langsir tau dak??

Okeh langsir umah aku beli kat Jakel. Beli yang stok nak abis jer... Depa longgok-longgok kat lantai ja. Jadi stok pun apa yang ada je lah. Akak tu kata (dia kata lah kan.. Kalau dia tipu aku.. aku pun tipu lah korang.. Tapi dosa dia jer lah yang dapat kikiki) kain ni asalnya RM40 semeter. OK fine.. Aku sedikit kembang hidung dapat beli kain harga RM40 semeter dengan harga RM19 semeter. Maka tetibe kepala otak aku dok pikir.. Abis berapa harga kos kain ni sekayu??? RM10??? Hahahaha... So last week aku jalan-jalan kat Macy, kain yang sama diaorang jual RM51.90 semeter! Kembang lagiiii hidung kihkih.... 

Kain kat Jakel tu cuma ada 49 meter je. Tolak bahagi darab campur... cukup lah untuk langsir tingkat bawah dan master bedroom.. Bilik lain recycle langsir sedia ada sudey muahahaha...

Untuk tingkap sudut ni aku plan nak jahit (ya, aku jahit sendiri ye... takat ni langsir sliding door dah siap) Roman Blinds tapi nak cari barang dia mak aih punya la susah... Korang tau mana boleh beli plastic ring untuk Roman Blind ni tak?

Curtain rod aku beli IKEA jer. Senang sebab dia extendable dan modern design. Aku memang nak pakai rod since nak jahit langsir simple jer. Cuma bila nak pakai rod yang dijual kat kedai-kedai langsir tu.. semua material wrought iron. Tak mo la. Macam orang lama.

Ok tu jelah.. nanti aku hapdate bila langsir dah siap jahit okeh.



Hahaha.. Sila abaikan TV tersebut. Flat screen TV maseh di rumah lama.
Dinding akan letak wallpaper grey
Kerusi tersebut dibeli dengan rege RM800. Ciss...
Aku pun tatau kenapa putih??? Apelah yang aku pikir time ni... Jenuh la nak cuci pasni.
Ni cat Master Bedroom. Nippon Vinilex Easywash 4223D Silhoutte Grey. Free. Kihkih...

Iklan. Hehehehe...
Tak dak mana nak beli ring untuk Roman Shades ni? Puas dah cari tak jumpa.
Pakai rod ni je. Senang sebab dia extendable. Tapi pakai barang IKEA kan..
Semua jual asing-asing. Jahat betul.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?