Apr 19, 2013

Tips temuduga jawatan Pembantu Tadbir

Tips yang boleh saya kongsi :

1. Bersedia. Kena tahu senarai tugas dan tangga gaji. Macam nak mengorat orang. Kena la tau dia suka maka apa... Minum apa... Kalau anda tak prepare, di mata panel anda memang tak berminat dengan jawatan tersebut.

2. Jujur memberi jawapan. Jangan cuba tipu. Kalau ada degree atau diploma, bagitau dengan jujur kalau panel tanya.

3. Jika anda sedang bekerja dan bergaji tinggi, jangan cuba berlagak dengan panel yang anda macam bagus sangat. Tak payah buat muka dengan panel macam andalah employee of the year.

4. Jika panel tanya sepatah, jangan la jawab sepatah juga. Cuba berinteraksi dan buat panel rasa ingin mengenali anda dengan lebih lanjut.

5. Jangan gedik. Walaupun anda kiut tapi tak yah la act like anda lah manusia paling kiut dalam dunia. Rasa nak termuntah panel kat depan tau dak?

6. Bila masuk bilik interview jangan duduk selagi belum disuruh duduk.

7. Dengar dan fahami soalan panel. Jika tak tahu jwb tak tahu. Jangan main taram je jawab.

8. Muka tu kasi manis sikit. Tak rugi pun senyum. Panel dah berdepan dgn mcm2 jenis org. Kalau kamu masuk muka masam, dia pun tak ada mood nak bg markah.

9. Penggunaan bahasa kena betul. Jangan jawab soalan panel mcm kamu berborak dgn kawan di kedai mamak.

10. Postur. Sila duduk tegak dan rileks! Jangan duduk bongkok atau duduk mcm org sembelit dalam toilet! Jika disediakan meja kecil sebelah kerusi, letak la barang peribadi atas meja tu.

11. Jangan makan gula-gula semasa interview. Chewing gum lagiiii la tak boleh.

12. Bersedia dengan soalan berbentuk pendapat. Contohnya "Apa pendapat anda tentang gejala rasuah..." "Jika penyelia minta anda melakukan sesuatu yang menyalahi tatacara pengurusan kewangan, apa tindakan anda?"

13. Kena tetapkan niat kenapa nak join gomen.

14. Pakaian. Sila pakai pakaian sopan. Yang perempuan pakailah baju kurung. Jangan ketat terbonjol sana sini. Jangan pakai skirt singkat. Ini bukan interview jawatan GRO. Yang lelaki rambut pendek dan kemas. Jangan buat fesyen rambut macam mat rempit. Baju bergosok dan tuck in. Kasut kulit bertutup. No sport shoes.

Tu je takat ni. Lepas ni belajar macam mana nak buat resume pulak ye.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?