Apr 8, 2013

Journey to Our Heaven Part VIII

Serious pening bila nak masuk rumah. It was easy to buy a house. But to make it a home was the difficult part. Duit. Sume pasal duit. Tambah itu buat ini dah kne berpuluh ribu. Serius, berpuluh ribu ohkay!

Reno dibuat oleh kontraktor yang member kami rekomen, sebab kontraktor ni buat untuk rumah dia kat Seremban. Kenny nama dia. Nak contact dia bley search page Hung Yep Iron Foundry kat fesbuk.

Kenny kira kontraktor besa. Hehehe. Dia buat grill dan loft kat umah kami. Eh, aku ada cite tak pasal loft? Ada kut? Kerja grill dia serius tiptop. Okay nanti aku post gamba hasil kerja dia. Recommended! Untuk kitchen kabinet, shoe cabinet dan walk in wardrobe kami, dia sub pada Tan (fesbuk : Smart Kenmay S).

Boleh tengok sendiri hasil kerja dia. Kitchen cabinet ngan walk in wardrobe umah kami pun ado gambanye.
So far asben aku dah abis RM50k untuk renovation saje. Campur lampu kipas dah lima ribu kot. Lampu, downlight, kipas murah, opkos kat Houses Lighting Enterprise kat Puchong. Harga memang murah. Gugel je.. Berlambak orang recommend kedai ni. Padan la setiap masa penuh je kedai dia *pening*

Dengan duit makin menyusut, sekarang kena list down untuk beli ape yang betul betul perlu je. So sofa baru, smoke detector, alarm, bilik air ada bathtub, extend dapur sampai belakang, katil baru, suma kne kasi bawah2 skit dalam list 'to buy'. *sigh lagi*

Rumput? Aku rasa macam boleh letak dalam list kat bawaaaaaaaaaaah skali (cuba kira berapa harkat, sebab memang aku rasa macam tak perlu). Tapi bila nengok keadaan rumah aku yang sikit lagi macam rumah tinggal yang berhantu *-* aku dok pening manaaaaaa nak korek duit lagi. Haritu ada kontraktor landscape datang ukur. Skali bagi quotation... Mak aih??!! RM3k untuk rumput (dia harga paling murah. RM2 je per sqft. Yang jadi mahal sebab tanah luas. Sapa soh pi bli umah tepi? Padan muka). Rumput je 3k?? Aku ternak lembu pun at least balik modal kalau jual time raya haji. Ni rumput, yang dok luar rumah je -_- hades.

So progress agak lambat. Salah aku juga. Sebab tak bagi deadline. So aku mintak dia siapkan by 15hb. Dah tak tahan nak potong duit umah lagi. Duit kuarters lagi. So far banyak dah settle. Kipas ngan lampu dah pasang. Kitchen kabinet dah ready. Grill pun sudah. Cuma sekarang tinggal touch up sikit sikit dan cat. Hurm... Nak tukar kaler cat ke tidak? Pening.

Tu blom part langsir lagi. Sekarang tengah pikir nak pakai langsir ke atau vertican blinds? Vertican blinds nampak moden sikit. Tapi kos aku takleh nak agak untuk buat comparison? Korang rasa cane? Mana better untuk poket yang dah nak kering ni? Huhuhu... Recycle je lah langsir rumah sekarang... Huhuhu...

Grill - garis-garis jek... Takmo la pakai wrought iron... macam orang lama -_-
Plaster ceiling ground floor
Transformation of our Loft @ Home Office
Stairs Illuminator - Bajet ciput. Kasi jarak sket sebab sebijik stairlight
LED RM40. Hehehe.... Spotlight RM89 dari Ikea.

Walk in wardrobe - pasang cermin untuk nampak effect luas
Dalam walk in wardrobe - amik idea dari Ikea Pax.
Pasang tinted. sejuk sikit rumah.Warna kami pilih silver purple
(dari luar nampak cam cermin, dari dalam nampak cam hari mau hujan daa)
Our kitchen kabiet - memula Tan tersalah pasang table top warna putih.
Bila kami komplen, dia tak banyak cakap terus tukar kaler yang kami memula nak - hitam.
Nasib laaa dapat customer cerewet cam kami nie hehehehe... Pintu 3G kaler merah. Aww..
Gulp! Semak kan? So, sapa nak sponsor rumput Philippines?

9 comments:

apple_lady said...

NAK TANYA, HARGA KABINET KICHEN DAN ALMARI BAJU TU ABIS BERAPA RM?? NAK SURVEY HARGA GAK NI...

Mama Adwa said...

Kitchen cabinet RM12k, Walk in wardrobe RM7k kalau tak silap :D

Shah Sulong said...

rumput jiran saya gi beli kat sungai buloh dapat harga RM1.40 je pastu upah pasang habis around RM200 to RM300

Mama Adwa said...

Rumah kat Nilai tak berbaloi rasanya amik rumput kat Sg Buloh. Haritu dah survey kat sana, bila campur cas hantar ke Nilai dah jadi mahal. Yang kami dapat RM2 per sqft ni tmasuk upah pasang, racun sume.

Azlindadaud Mediu said...

cantiknya walk in wardrobe awak.....boleh bagi contact no tan nih? thanks

Mama Adwa said...

Azlindadaud : Boleh tengok FB dia Smart Kenmay S

Mommy Suci said...

Banyak jgk ongkos nk masuk rumah baru ni kan...huuuuuu...sye pun tgh tunggu rumah nk siap..klu ada LAD, bole support skit utk renovation..hihihi

najhan azima said...

Salam, nak tanyer harga grill n tinted satu rumah berapa kos nyer
Tq

ErinZ Site said...

Salam kakak wardrobe tu kan brp kali berapa sft yer???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?