Apr 19, 2013

Tips temuduga jawatan Pembantu Tadbir

Tips yang boleh saya kongsi :

1. Bersedia. Kena tahu senarai tugas dan tangga gaji. Macam nak mengorat orang. Kena la tau dia suka maka apa... Minum apa... Kalau anda tak prepare, di mata panel anda memang tak berminat dengan jawatan tersebut.

2. Jujur memberi jawapan. Jangan cuba tipu. Kalau ada degree atau diploma, bagitau dengan jujur kalau panel tanya.

3. Jika anda sedang bekerja dan bergaji tinggi, jangan cuba berlagak dengan panel yang anda macam bagus sangat. Tak payah buat muka dengan panel macam andalah employee of the year.

4. Jika panel tanya sepatah, jangan la jawab sepatah juga. Cuba berinteraksi dan buat panel rasa ingin mengenali anda dengan lebih lanjut.

5. Jangan gedik. Walaupun anda kiut tapi tak yah la act like anda lah manusia paling kiut dalam dunia. Rasa nak termuntah panel kat depan tau dak?

6. Bila masuk bilik interview jangan duduk selagi belum disuruh duduk.

7. Dengar dan fahami soalan panel. Jika tak tahu jwb tak tahu. Jangan main taram je jawab.

8. Muka tu kasi manis sikit. Tak rugi pun senyum. Panel dah berdepan dgn mcm2 jenis org. Kalau kamu masuk muka masam, dia pun tak ada mood nak bg markah.

9. Penggunaan bahasa kena betul. Jangan jawab soalan panel mcm kamu berborak dgn kawan di kedai mamak.

10. Postur. Sila duduk tegak dan rileks! Jangan duduk bongkok atau duduk mcm org sembelit dalam toilet! Jika disediakan meja kecil sebelah kerusi, letak la barang peribadi atas meja tu.

11. Jangan makan gula-gula semasa interview. Chewing gum lagiiii la tak boleh.

12. Bersedia dengan soalan berbentuk pendapat. Contohnya "Apa pendapat anda tentang gejala rasuah..." "Jika penyelia minta anda melakukan sesuatu yang menyalahi tatacara pengurusan kewangan, apa tindakan anda?"

13. Kena tetapkan niat kenapa nak join gomen.

14. Pakaian. Sila pakai pakaian sopan. Yang perempuan pakailah baju kurung. Jangan ketat terbonjol sana sini. Jangan pakai skirt singkat. Ini bukan interview jawatan GRO. Yang lelaki rambut pendek dan kemas. Jangan buat fesyen rambut macam mat rempit. Baju bergosok dan tuck in. Kasut kulit bertutup. No sport shoes.

Tu je takat ni. Lepas ni belajar macam mana nak buat resume pulak ye.

Apr 8, 2013

Journey to Our Heaven Part VIII

Serious pening bila nak masuk rumah. It was easy to buy a house. But to make it a home was the difficult part. Duit. Sume pasal duit. Tambah itu buat ini dah kne berpuluh ribu. Serius, berpuluh ribu ohkay!

Reno dibuat oleh kontraktor yang member kami rekomen, sebab kontraktor ni buat untuk rumah dia kat Seremban. Kenny nama dia. Nak contact dia bley search page Hung Yep Iron Foundry kat fesbuk.

Kenny kira kontraktor besa. Hehehe. Dia buat grill dan loft kat umah kami. Eh, aku ada cite tak pasal loft? Ada kut? Kerja grill dia serius tiptop. Okay nanti aku post gamba hasil kerja dia. Recommended! Untuk kitchen kabinet, shoe cabinet dan walk in wardrobe kami, dia sub pada Tan (fesbuk : Smart Kenmay S).

Boleh tengok sendiri hasil kerja dia. Kitchen cabinet ngan walk in wardrobe umah kami pun ado gambanye.
So far asben aku dah abis RM50k untuk renovation saje. Campur lampu kipas dah lima ribu kot. Lampu, downlight, kipas murah, opkos kat Houses Lighting Enterprise kat Puchong. Harga memang murah. Gugel je.. Berlambak orang recommend kedai ni. Padan la setiap masa penuh je kedai dia *pening*

Dengan duit makin menyusut, sekarang kena list down untuk beli ape yang betul betul perlu je. So sofa baru, smoke detector, alarm, bilik air ada bathtub, extend dapur sampai belakang, katil baru, suma kne kasi bawah2 skit dalam list 'to buy'. *sigh lagi*

Rumput? Aku rasa macam boleh letak dalam list kat bawaaaaaaaaaaah skali (cuba kira berapa harkat, sebab memang aku rasa macam tak perlu). Tapi bila nengok keadaan rumah aku yang sikit lagi macam rumah tinggal yang berhantu *-* aku dok pening manaaaaaa nak korek duit lagi. Haritu ada kontraktor landscape datang ukur. Skali bagi quotation... Mak aih??!! RM3k untuk rumput (dia harga paling murah. RM2 je per sqft. Yang jadi mahal sebab tanah luas. Sapa soh pi bli umah tepi? Padan muka). Rumput je 3k?? Aku ternak lembu pun at least balik modal kalau jual time raya haji. Ni rumput, yang dok luar rumah je -_- hades.

So progress agak lambat. Salah aku juga. Sebab tak bagi deadline. So aku mintak dia siapkan by 15hb. Dah tak tahan nak potong duit umah lagi. Duit kuarters lagi. So far banyak dah settle. Kipas ngan lampu dah pasang. Kitchen kabinet dah ready. Grill pun sudah. Cuma sekarang tinggal touch up sikit sikit dan cat. Hurm... Nak tukar kaler cat ke tidak? Pening.

Tu blom part langsir lagi. Sekarang tengah pikir nak pakai langsir ke atau vertican blinds? Vertican blinds nampak moden sikit. Tapi kos aku takleh nak agak untuk buat comparison? Korang rasa cane? Mana better untuk poket yang dah nak kering ni? Huhuhu... Recycle je lah langsir rumah sekarang... Huhuhu...

Grill - garis-garis jek... Takmo la pakai wrought iron... macam orang lama -_-
Plaster ceiling ground floor
Transformation of our Loft @ Home Office
Stairs Illuminator - Bajet ciput. Kasi jarak sket sebab sebijik stairlight
LED RM40. Hehehe.... Spotlight RM89 dari Ikea.

Walk in wardrobe - pasang cermin untuk nampak effect luas
Dalam walk in wardrobe - amik idea dari Ikea Pax.
Pasang tinted. sejuk sikit rumah.Warna kami pilih silver purple
(dari luar nampak cam cermin, dari dalam nampak cam hari mau hujan daa)
Our kitchen kabiet - memula Tan tersalah pasang table top warna putih.
Bila kami komplen, dia tak banyak cakap terus tukar kaler yang kami memula nak - hitam.
Nasib laaa dapat customer cerewet cam kami nie hehehehe... Pintu 3G kaler merah. Aww..
Gulp! Semak kan? So, sapa nak sponsor rumput Philippines?

Apr 2, 2013

Mengambil pelbagai jenis produk - adakah selamat?

Salam readers semua..

Saya mendapat satu soalan berhubung perkara ini (ayat orang gomen).

Salah seorang reader saya bertanyakan sama ada saya mengambil kedua dua Herbalife dan Shaklee dalam satu masa.

Jawapan saya tidak. Saya tak lagi ambil Herbalife atas beberapa faktor. Salah satunya atas faktor kewangan -_- Baru baru ni saya dapat emel dari seorang Distributor Herbalife tentang kenaikan harga produk ini dipasaran. Naik lagi?? Aduhai... Dan untuk mendapatkan konsultasi, Herbalife tidak memberinya secara percuma. Itu polisi.

Saya berhenti mengambil Herbalife bila pregnantkan Aaryan. Jadi selepas bersalin saya mula mengambil Shaklee untuk memperbanyakkan susu badan (sebab masa veranaks kan Adwa dulu susu badan tak banyak), slim down dan mempercepatkan sembuh luka jahitan perineum. Plus, Independent Distributor saya (kini boss) memberi free consultation. Menarik kan? Modal air liur je pun. Buat ape la nak kedekut ilmu.

Apa beza Shaklee dan Herbalife? Saya tak mahu komen tentang Herbalife. Saya nak cerita pasal Shaklee. Kami di Shaklee memberi konsultasi percuma kepada anda yang ingin melangkah setapak ke arah kehidupan yang lebih sihat (ayat promo heheheh). Bagi customer bawah seliaan saya, mesti la dapat perhatian lebih kan ;) dan kepada yang berminat untuk dapat harga ahli, boleh je kalau nak sign up sebagai Independent Distributor walaupun tak berminat nak berniaga :)

PM saya di adwaseyesfl@yahoo.com jika nak tanya apa-apa ya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?