Jan 11, 2013

NAK KURUS... NAK KURUS...

Hehehehe...Ulang tajuk berkenaan banyak kali untuk memotivate diri sendiri.. Hehehehe

Seriously, aku memang demok. Sangat demok.

Berat aku masa bulan doblas haritu adalah 68kg. BMI nya adalah 22.9.

Alkisah ada sorang staff kat sini tegur aku,

"Puan pregnant lagi ke?" sambil tengok perut yang yang buncit.

Fine!! Perut ahkak buncit la! Bukan preggy okay!

Maka satu hari aku rasa bengang sebab orang cakap aku preggy. Cis!

So, aku decide, AKU NAK KURUS.

hehehe...

Mulakan diet.... Aku tak amik nasik. No nasik.. Kalau xleh tahan sangat, jamah sikit jek. So menu pagi petang siang malam adalah lauk je.

Nak kuruskan, telan air liur jelah bila tengok orang makan nasik, huhuhuu...

So selain tahan diri dari makan nasik, aku amik Supplement Shaklee:

Pagi : Vitalea, B Complex, Vitamin C

Dalam kol 10 pagi : 2 biji Alfalfa (Alfalfa ni macam fiber, selain milk booster)

Tengahari : Lecithin (yeah... ini rahsianya... pembakar lemak teragung)

Malam : Ostematrix (Pil kalsium, bertindak sebagai milk booster dan improve bowel movement juga)

So dalam masa kurang dari sebulan, aku dah hilang 5kg. Yup, berat aku sekarang dah 63.7kg (timbang pagi tadi) hehehe...

Yabedabeduuu... Azab yang ditanggung (sebab puasa nasik) dah berhasil. Hehehe..

So sapa-sapa nak tau details pasal Slimming Set Shaklee buleh calling-calling ahkak ye ;)

Okay, gamba belah kiri tu terkantoi buncit hehehehe...
Posing mengiring konon nak nampak kurus la kan.. Propa betul kiki


Jan 7, 2013

MASALAH SUSU BADAN TAK BANYAK

Ramai antara kawan-kawan kat luar sana esp yang tengah mengandung sulung takut kalau supply susu tak cukup masa anak keluar nanti.

Aku bagitau senang je. Selagi kau bagi, selagi tu ada. Susu ni prinsip dia mudah. Supply vs Demand. Lagi tinggi demand, lagi tinggi supply.

OK, nak bagi korang paham, korang tau kan flush toilet? Nak bagi senang cerita dan senang korang paham, korang cuba baca betul-betul teori flush toilet aku ni.

OK, pam toilet tu tu dikawal oleh pelampung. So, lepas je korang melepaskan hajar yang terbuku di hatiperut korang, korang akan tarik flush tu dan tangki akan kosong. Then automatik air akan masuk semula. Tarik lagi, air akan masuk lagi untu isi tangki yang dah kosong.

So cuba korang applykan teori ni pada kedua-dua belah breast. Setiap tiga jam, cuba kosongkan. Signal akan dihantar kepada otak untuk hasilkan lagi banyak susu sebab signal *MORE MILK* dah dihantar ke otak sebab ada demand.

Kepada yang bakal melahirkan, boleh cuba kekdah ni. Bila baby lahir, terus susukan, walaupun dalam kapla otak korang dok pikir susu takde. Biar je baby hisap sebab ITU ADALAH RANGSANGAN yang akan DIHANTAR KEPADA OTAK supaya LEBIH BANYAK SUSU DIHASILKAN.

Selain daripada rangsangan, pemakanan sangat penting. Korang dah letih berjuang dalam dewan bersalin, ada yang tak tido 3, 4 malam dok menanggung azab, so badan mesti letih. Tu belum masuk menanggung azab luka perinium kan? Hehehehe...

So selain daripada makan makanan berpantang yang langsung tak sedap tu, supplemen tambahan pun korang kena amik. Masa aku bersalin, dari di intro kan dengan Shaklee. Alhamdulillah, luka cepat baik, susu melimpah ruah dan hari ketiga dah kena bengkak susu sebab over supply. Keskeskes...

So kalau korang berminat nak tau pasal supplemen Shaklee, boleh emel aku kyriawanie@yahoo.com

Kyriawanie
Shaklee Independent Distributor ID 869623

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?