Nov 27, 2012

Budi Bahasa Budaya Kita

Macam ini pun hado ke? Adoiii.... Kasar nampak bahasa.. Tak jadi nak membeli kat kedai ko. Fuzzy buyer??? Apetu? Hahaha.. Oh my English!!!

Takkan customer nak bertanya kau dah expect diaorang nak beli terus. Tanya pun xbley ka? Pastu nak sentap cakap diaorang penyibuk kat belog kau?

MamaAdwa: Macam mana bisnes nak maju kalau gini attitudenye...

Nov 21, 2012

Legoland!!!

Legoland!!!

Kami pegi Legoland masa cuti Awal Muharam haritu. Yes. It was on Public Holiday. Expected the park akan penuh la dengan orang sebab kami pi pun dah tengahari dalam kol 1 cenggitu.

Tiket/ kupon kami dah ada, thanx to asben belanja belikan kami 4 beranak (yang kena bayar 3 orang je, budak bawah 3 tahun tak payah bayar). Kebetulan sekolah Hakeem (anak sedara) ada buat offer dapat annual pass murah haritu maka we grab the chance.

Based on kata-kata kakak ipar yang park tu besar dan tak cukup satu hari nak main semua game dan jenjalan dalam tu, tambah dengan cuaca tak menentu sekarang ni (panas-hujan-panas) so we decided to amik annual pass walaupun poket asben menjadi makin kempis.

Total fee for 2 adults and one child was RM540. Please take note ni harga promo. Real fee I have no idea berapa tapi surely lagi mahal. (Sob!). Patutnya they give discount for MyKad holder lah. Park ni buka pun sebab nak lawan Universal Studio Singapore kan. So apa lah salahnya bagi murah sikit.

Legoland was located in Nusajaya, tak jauh pun dari Jaybee. Dalam 10mins cenggitu. park nya masih belum siap completely. Masih ada construction here and there. Bila sampai kat kaunter tiket, you will see ada construction untuk buat resort. So I guess nama Legoland in the future will be Legoland Resort la kot??? Estimated siap dalam 2014. And Legoland pun ada waterpark yang akan siap tahun depan.


Yang tengah under consruction tu is Legoland Resort.
Berdepan dengan pintu gerbang Legoland ni ada mall.

Parking free, sebab tempat parking nya agak tak semenggah sikit. Turap hanya bahagian jalan tapi kat petak parking masih lagi batu kerikil. nama pun belum siap. Kenapa rushing sangat nak open to public pun aku tak paham.
Nama pun park yang baru buka. So tak ada pokok2 yang tinggi2. So please bare in mind cuaca agak panas, especially yang plan nak bawa anak-anak kecik during this school holidays.

So kaunter tiket ada banyak, ada kaunter daily pass dan ada kaunter annual pass. So masa sampai tak ramai orang beratur pun. Lucky woo..



Kaunter Annual Pass

So bila sampai turn kiteorang, kena amik gamba sorang sorang untuk buat pass. Since muka aku tak berapa nak chun, so aku dok godek la Note aku untuk carik gamba paling kiut yang aku hado. Kikiki...


Budak-budak tengah tido masa sampai. Luckily la pi beli satu stroller baharu. Kalu tak mau patah pinggang la nak dukung si 8kg Aaryan Aqasha guna carrier.



Lepas puas menggodek enpon, dah dapat gamba kiut semesta alam, so ini la rupa annual pass aku.

Daily access to Legoland Malaysia tuuuuu...
Kalau korang datang sini, sementara nak dapat pass, cuba tengok nametag staff diaorang. Pakai Lego tuu... Aku tak amik lak gamba sebab sebok sangat nak cari gamba kiut la kunun...
Exchange rate dia cuma ada SGD je. Nampak sangat nak target Singaporeans datang sini kan??

"Us"
(caption ala-ala KFCM ngan Leuniey)
 So nak bagi tau kalau bonet keta korang kecit dan tak muat nak bawak stroller yang besar gabak, kat sini ada perkhidmatan sewa wheelchair dan stroller. Harga aku tak pasti pulak.

Model wilcha Legoland. Malu-malu lak mak mertua aku ni...



Spot yang paling best kat Legoland ni aku rasa Miniland dia. Power gila arkitek ngan engineer dia buat calculation sebab semua binaan tu dibuat memang sama dengan yang asal.


Ini Singapore



Taj Mahal


Taj Mahal - close up

Angkor Watt - Kawan aku kat Combodia suka giler bila aku tag dia dalam gamba ni kat FB.

KLIA. Sila abaikan budak dengan botol susu tu. Perasan dia baby lagi.

Pelabuhan Tanjung Pelepas. Gamba ni panoramic sebeno nyer..

Ni kalu tak kenal aku tatau la kan..

Bangunan Sultan Abdul Samad

Putra yang berJaya

Aaryan dah menggaru. Panas. Tu pun pakai sleeveless

C.O.M.E.L.
OK pada yang bawak anak kecik tak perlu risau. Zaman sekarang ni aku rasa awareness pasal keperluan ada bilik khas untuk baby dan ibu-ibu menyusu badan dah makin tinggi. So tak perlu nak NIP. No more selak-selak in public atau cari sudut-sudut celah pokok nak nyusukan anak.

 Kat Legoland ada Baby Care yang sangat besar. Dah macam rupa taska pun ada aku tengok. Selesa. Cuma cadangan aku biarlah kasut dibuka untuk masuk dalam baby room ni sebab kebersihan lagi terjaga.Dalam baby care ni ada disediakan 5 kerusi Poang (sila rujuk katalog IKEA kalu tatau) untuk ibu menyusu, ada 1 baby cot ( IKEA punya juga), ada ruang main budak-budak (tempat Adwa main smentara aku mandikan Aaryan), ada toilet boys and girls. Cuma toilet dia agak kurang sesuai kalau nak mandikan budak-budak sebab cuma ada toilet bowl dan sink tempat basuh tangan je, dan juga changing table. But what I love bout this baby care, dia pakai Coway juga untuk supply clean drinking water. Best!! baby care ni agak secure sebab pintu dia dikunci dari dalam dan lelaki tak dibenarkan masuk. Ada seorang staff dia yang attend keluar masuk orang-orang kat sini.

Ruang main - ado lego ler...

Pintu Baby care. Nampak ada staff sorang tunggu kat pintu tu?

Adwa buat sepaaahhhhhh

Buleh panaskan susu

Pantry. Ada microwave lagi youuuu... dan Coway :)

Baby chair pun ado. Tapi 2 buah je.
 Kat Legoland ni ada banyak games. Kalau bawak budak-budak umo 6 tahun ke atas suka la depa. Budak-budak besar Adwa ni tak tau apa lagi selain "..akut..akut...". Since kami ni bawak budak kecik maka tak de la main game sangat. So just tengok movie 4D je.

Aaryan jadi model spek 4D
 Kepada yang nan hado kamera, tak per... Sediakan duit sebanyak mungkin sebab memang ada servis amik gamba dan beli dengan rege RM30 sekeping. Puuuiii... Tapi lepas beli tu, korang buleh donlod softcopy kat website dia dengan resolusi gamba yang bulehh la tahannn.... Dua keping ni gambo yang dibeli dan di donlod.

'L' for Legoland!!!

Hahaha... Sib baik aku tak main rollercoaster nih.
Konpem muka huduh.

So, kepada sesiapa nak pergi, ni ada sikit checklist yer, especially yang travel dengan baby:

1. Diaper bags (diapers, baju spare, towel kecik, toiletteries, susu)
2. Termos dan botol air (air panas dan sejuk (sejuk macam dalam peti ais) boleh amik kat baby care. Jangan beli kat dalam park sebab mahal gilo. Sila minum air banyak-banyak sebab nanti dehydrated.
3. Bawak la makanan sebab makanan mahal. jangan risau sebab diaorang tak check bag macam Sunway Lagoon.
4. Payung - A must sebab takut ujan. Park ni open so ruang berbumbung agak kurang.
5. Duit - (opkos la kan. nanti anak pow nak eskrim la ape la...). Please take note harga Wall's Fruitare kat luar RM1.50 dijual dengan harga RM4.00 ya dalam Legoland.
6. Kipas - Bawak stroller fan paling kurang 2 fan untuk setiap stroller. Especially kalau kulit anak korang lokek dengan cuaca panas.
7. Kamera - Nanti kena bayo mahal untuk foto yang diaorang amik. RM30 sekeping. 3 Keping RM70. Apakah...??

Ape lagi ek... Kalau ada nanti aku hapdet lagi.

So kepada sesiapa yang plan nak gi Legoland, buleh la sedia yer. Dont expect too much sebab park nya belum siap. Dan beli annual pass lagi berbaloi dari beli day pass. Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?