May 30, 2012

MIB3, bunuh diri

" I called a man Kay. I called a woman Oh. When I saw them together, I said OhKay.."

Sapa yang dah tengok? Aku dah. Dan citer kali ni agak best. Jay boleh main time machine. Sape nak tau knp muka kay tu ketat je manjang, tengok citer ni.

Yang paling best is time machine dia. Kena panjat bangunan tinggi, terjun then baru boleh guna time machine tuh. Apasal dia guna time machine? Pun korang kena pergi tengok sendiri.

Abang² polis, jika ada kes bunuh diri dengan terjun dari tempat tinggi lepas ni, sila masukkan possibility COD dalam senarai COD anda -

"...mangsa mati akibat kecederaan kepala yang teruk setelah terjun dari tempat tinggi. Ini berpunca dari kegagalan time machine beliau berfungsi dengan baik.."

May 22, 2012

Bersalin Normal lepas C-Sect?

Whoa! Giler lama aku tak hapdate blog ni. Rindu tak? Rindu tak? Hehhehe... Sape cakap orang cuti bersalin tak busy? Giler per.. Pepagi aku dah kne bangun siapkan anak sulung aku. Pastu basuh kain, lipat kain, masak untuk lunch. Petang pulak kemas umah.

Hehehe.. Apekemende la aku merepek ni.. Out of topic plak.

Bagi follower tegar blog aku, mahupun yang hanya mengintai dari tirai kamar (tak baik intai2 u olls..) Mesti korang tau yang aku ni dah ada dua anak. Dan mesti korang tau yang aku bersalinkan anak first dulu ikut tingkap (C-Sect)sebab kedudukan dia breech. Bersalin masa 36 weeks dan berat Adwa masa lahir adalah 2.95kg. Dan umur Adwa masa aku mula2 pregnant kali ni 1 tahun 10 bulan. Jadi adik dia lahir umur dia 2 tahun 5 bulan.

So pregnancy kedua ni, aku nak cuba pulak bersalin normal. Atau bahasa omputihnya VBAC. Sila Google sendiri apa itu VBAC dan risikonya. Sure seram sejuk pankreas korang kalu baca.

Sebenarnya pregnancy aku kali ni agak mencabar yer. As early as 6 months aku dah ada false contraction. A real false alarm, bukan Braxton Hicks (BH tak sakit okeh?). Jadi memandangkan aku ni ada previous scar dan ada chances untuk kena membrane rupture. Seram weh.. Bayangkan tengah nak teran tetibe terkoyak pulak scar lama.. Erk!

So aku forward2 citer, cenggini yer... Tarikh sepatutnya aku bersalin adalah pada 4 Mac 2012. Selain dari check kat Klinik Kesihatan biasa kat Putrajaya ni, aku pun alternate check dengan Dr Hamid Arshat. Dan masa 34 weeks of pregnancy, aku dah mula rasa sakit dan x selesa dekat scar c-sect aku. Dan ada contraction jugak kadang2.

So bila check kat Klinik Dr Hamid Arshat, aku dapat MC 3 minggu! So bertapa la aku 3 mggu kat umah sementara nak bersalin ni.. MC aku mula 16 Februari 2012. Aku beranak 12 Mac 2012. Korang bayangkan? Hahaha..

Maka bermulalah hidup aku sebagai suri rumahtangga sepenuh masa, sampai la harini..

So kita balik pada tarikh sepatutnya aku bersalin, 4hb Mac 2012.

Tetibe bila dah nak dekat2 bersalin ni, boleh pulak aku mengidam assam laksa kat Laksa Shack. Diulangi, assam laksa kat Laksa Shack. Masa tu minggu 39 pregnancy. Dah sarat benar dah. Tapi disebabkan tekak ni dah ingin bebenor nak makan, puas la suami mencari franchise Laksa Shack kat area KL ni. Cari punya cari, rupanya sudah bankrup franchise Laksa Shack ni. Huhuhu...

Sampai je 4hb Mac, aku still belum ada tanda nak bersalin. Contraction pun xde. Eh, eh... Masa belum sampai masa, ada je contraction. Ni tetibe hilang pulak contraction bila dah cukup masa. Isk..isk..
Maka masa-masa terluang kat umah tu aku guna untuk bounce atas birth ball yang suami belikan, dengan harapan water bag akan pecah atau contraction makin kuat.

Sehari... Dua hari... Tiga hari..

7hb Mac 2012. Hari ketiga past the due date. Aku dah makin tensen nih.. Apsal tak beranak lagi nih. Maka suami pun memberikan kerjasama dengan melakukan induce labour. Tekniknya terlalu ehem ehem untuk diceritakan disini. Hahaha..

8 Mac 2012. Pagi nak mandi, alhamdulillah. Aku dah turun darah. Dah ada blood strip. Misi inducing labour malam tadi dikira berjaya. Ehehe.. Maka suami bawak aku ke klinik Dr Maria kat Alamanda untuk check dilation. Seperti biasa, prosedur seluk menyeluk, korek mengorek pun bermula. Benci mak! Tak seluk2 tak boleh ke? Sakit tau dak? Lepas kena seluk, doktor bagitau baru dilate 2cm. La.. Baru 2cm? Aiseh... Macam la aku tau kalau dah 2cm tu bp lama lagi nak beranak kan? Then doktor suggest untuk strip membrane untuk cepatkan lagi bukaan. Kebetulan aku yang agak bengap bab2 beranak ni dan hanya bergantung kepada pakcik gugel saje, aku pun angguk ajelah. Seluk sekali lagi, sambil pegang bantal dok tahan sakit, doktor tarik membrane (yelah kot?) sebab aku boleh rasa jari dia dok tarik something. Siap ada bunyi krruukk krruukk lagi weh. Seram mak. Dah settle, bayar 50 lebih untuk proses seluk2 yang teramat sakit itu. Mengong. Doktor kata, lepas ni cepat lah bukaannya. Aku pun ckp kat diri sendiri, malam karang beranak la ni.

Apa... Tunggu sampai ke malam.. Xdak apa pun.. Contraction dah ada.. Tapi skit2 dan main2 je.
Malam tu contraction kuat. Terus dalam kol 11malam suami bawak gi Hospital Putrajaya. Penuh. Jenggggg... Macam mana ni?? Baby nak kua ni, boleh pulak nak kena tendang? Siap soh pilih, nak pg Kajang ke HKL? Kajang? Uih, byk sangat citer tak best aku dengar.HKL? Sempat aku beranak dalam kete kot?

So hubby decide transfer ke Hospital Serdang. Atas risiko sendiri. Masuk je dewan bersalin, kena CTG utk monitor jantung baby.

9hb Mac. Hooiii... Kakak ipar ckp, turun darah xsemestinya dh nak dekat beranak.. Kadang2 berhari2.. Tensen betul.. Orang ada cakap, kalau sakit nak bersalin xboleh tido. Aku ni boleh pulak tido dengan nyenyaknyer malam tadi.

Pagi ni dia check, dilation masih 2cm. So diaorg decide untuk discharge aku. Bye2 Spital Serdang.
So hubby tak putus asa, bawak aku jalan2 merata sebab nak bagi cepat dilation.

10 Mac 2012. Hubby bawak aku pergi baby expo kat Midvalley. Aku penah cakap kat hubby yang aku tak sempat pg expo ni, alih2 tak beranak2 lagi. Hehe... Dapat la belikan Adwa beg sekolah baru.. Dan dapat makan Aasam Laksa kat food court Midvalley. Sedap! Walaupun bukan Laksa Shack, tapi bolehlah...

11 Mac 2012. Contraction makin kuat. Perut mengeras dan sakit. Lepas tu ilang. Lepas tu datang balik. Consult ngan kakaj ipar (dia doktor), dia kata "..tu la contraction... Monitor brp kerap... Kalau tiap2 4 minit tu maksudnya dah dekat la tu.."

Lepas Maghrib, makin kuat sakit. Bila aku monitor, memang dah makin dekat je jarak dia. Tapi aku bgtau hubby, aku still boleh tahan. Tak nak pergi spital awal2. Tak sanggup dah asyik kena seluk. Huhuhu..
Dalam kol 11 malam, makin kuat dah sakitnya. Jarak pun dah tiap2 3 minit. Aku still boleh tahan sakit ni, tapi hubby tak bagi hold lama2 dah. Dia kata aku ada risk membrane rupture. Nanti koyak bahaya. So tak nak la melawan cakap suami,so aku bersiap2. Nasib baik mak mertua dah sampai dari Renggam. Jadi Adwa ada yang tolong tengokkan.

Ni aku monitor guna apps BabyBump

Sampai je Dewan Bersalin Hospital Putrajaya, doktor check dah dilate 3cm. Belum active labor. Wad penuh. Tapi dia tak sampai hati nak tolak aku. So aku pun duduk kat salah satu bilik bersalin yang dah tak digunakan lagi.


12 Mac 2012. Sakit kuat, tapi still boleh tahan. So dalam kol 3 pagi nurse datang untuk pindahkan aku pergi bilik bersalin no 3. Lepas tukar baju sume, doktor datang pecahkan air ketuban. Masa tu dalam 3.25 pagi. Dah buka 6cm dah.

Dalam kol 4 pagi, aku dah start rasa sakit. Sakit dia mak aih... Tak boleh nak citer. Dalam bilik yang sejuk tu aku boleh berpeluh2 tahan sakit.

Sapa kata sakit nak beranak macam sakit nak berak? Tipu! Tipu! Dia punya sakit tak boleh nak disamakan dengan apa2 jenis sakit! Rasa macam baby dalam perut tu koyakkan perut aku untuk keluar.

Nurse cari hubby kat luar. Tak de. Br teringat aku yang soh dia pergi tido kat kete. Call dia tak angkat. Call kali ketiga, baru angkat. Masa tu rasa nak sepuk je ngan henpon. Hihihi... Aku xsedut sangat gas yang diaorg bagi tu, takut weng2 nanti tak leh teran pulak.

Hubby sampai je aku tengah meneran. Siap menjerit lg sebab aku frust. Frust sebab tak phm mc mn nak teran. Diaorg cakap, "tarik nafas puan... Teran mc puan berak sembelit..Tahan 10 saat... Jgn angkat punggung.."

Lepas 15 minit sesi teran-dan-jerit itu berlangsung, sorang doktor masuk dan sound aku jangan keluar suara. Ni lagi sekor. Nak kena penendang aku agaknya. Sakit lah ngok! Hahaha.

Tetibe datang makcik matron menjadi dewi penyelamat dari aksi tendangan maut.. Dengan rileknya dia cakap, "..ape la korang ni... Dah tau patient macam ni, pkai la ni (sambil tunjuk kat alat untuk naikkan kaki tuh. Ape namanya aku tatau)"

Lepas tu kelam kabut la diaorg pasang mende tu. Tinggikan kaki aku, soh aku pegang satu bar kat bawah kerusi tu, dua kali teran je... Pruff!! Terpercik darah dan keluar lah baby boy 3.4kg... Hihihi... Suami dimintak keluar dulu..

Alhamdulillah, selamat semuanya... Tapi belum settle... Jahit pulak... Sejam lebih woo... Nurse tu siap tunjukkan lagi rupa uri macamana..

Dah settle dalam kol 630 je suami dipanggil untuk azankan baby.. Owh syahdunya.. Sebab masa time Adwa dulu xdapat tengok.

Aku discharge hari yang sama, sebab takde wad.

Dan inilah baby comel yang selamat dilahirkan pada 12.3.2012 jam 4.25pagi. Diberi nama Aaryan Aqasha. Aaryan, tarikh lahir kamu sepatutnya tarikh lahir mama dulu. Tapi mama pun lewat lahir. Sebab tu birthdate mama 16 Mac.



Seriously, nak beranak memang sakit yer. Serik? Yer... masih terasa lagi sakitnyer nak beranak.. Sakitnyer luka perineum...

Kepada Aaryan, you are the best birthday present I've ever had. Dan kepada suami yang tak henti berdoa dan memberi sokongan, terima kasih sayang...

Dan harini, umur Aaryan dah pun 72 hari :)

Abang dan Adik :)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?