Nov 27, 2012

Budi Bahasa Budaya Kita

Macam ini pun hado ke? Adoiii.... Kasar nampak bahasa.. Tak jadi nak membeli kat kedai ko. Fuzzy buyer??? Apetu? Hahaha.. Oh my English!!!

Takkan customer nak bertanya kau dah expect diaorang nak beli terus. Tanya pun xbley ka? Pastu nak sentap cakap diaorang penyibuk kat belog kau?

MamaAdwa: Macam mana bisnes nak maju kalau gini attitudenye...

Nov 21, 2012

Legoland!!!

Legoland!!!

Kami pegi Legoland masa cuti Awal Muharam haritu. Yes. It was on Public Holiday. Expected the park akan penuh la dengan orang sebab kami pi pun dah tengahari dalam kol 1 cenggitu.

Tiket/ kupon kami dah ada, thanx to asben belanja belikan kami 4 beranak (yang kena bayar 3 orang je, budak bawah 3 tahun tak payah bayar). Kebetulan sekolah Hakeem (anak sedara) ada buat offer dapat annual pass murah haritu maka we grab the chance.

Based on kata-kata kakak ipar yang park tu besar dan tak cukup satu hari nak main semua game dan jenjalan dalam tu, tambah dengan cuaca tak menentu sekarang ni (panas-hujan-panas) so we decided to amik annual pass walaupun poket asben menjadi makin kempis.

Total fee for 2 adults and one child was RM540. Please take note ni harga promo. Real fee I have no idea berapa tapi surely lagi mahal. (Sob!). Patutnya they give discount for MyKad holder lah. Park ni buka pun sebab nak lawan Universal Studio Singapore kan. So apa lah salahnya bagi murah sikit.

Legoland was located in Nusajaya, tak jauh pun dari Jaybee. Dalam 10mins cenggitu. park nya masih belum siap completely. Masih ada construction here and there. Bila sampai kat kaunter tiket, you will see ada construction untuk buat resort. So I guess nama Legoland in the future will be Legoland Resort la kot??? Estimated siap dalam 2014. And Legoland pun ada waterpark yang akan siap tahun depan.


Yang tengah under consruction tu is Legoland Resort.
Berdepan dengan pintu gerbang Legoland ni ada mall.

Parking free, sebab tempat parking nya agak tak semenggah sikit. Turap hanya bahagian jalan tapi kat petak parking masih lagi batu kerikil. nama pun belum siap. Kenapa rushing sangat nak open to public pun aku tak paham.
Nama pun park yang baru buka. So tak ada pokok2 yang tinggi2. So please bare in mind cuaca agak panas, especially yang plan nak bawa anak-anak kecik during this school holidays.

So kaunter tiket ada banyak, ada kaunter daily pass dan ada kaunter annual pass. So masa sampai tak ramai orang beratur pun. Lucky woo..



Kaunter Annual Pass

So bila sampai turn kiteorang, kena amik gamba sorang sorang untuk buat pass. Since muka aku tak berapa nak chun, so aku dok godek la Note aku untuk carik gamba paling kiut yang aku hado. Kikiki...


Budak-budak tengah tido masa sampai. Luckily la pi beli satu stroller baharu. Kalu tak mau patah pinggang la nak dukung si 8kg Aaryan Aqasha guna carrier.



Lepas puas menggodek enpon, dah dapat gamba kiut semesta alam, so ini la rupa annual pass aku.

Daily access to Legoland Malaysia tuuuuu...
Kalau korang datang sini, sementara nak dapat pass, cuba tengok nametag staff diaorang. Pakai Lego tuu... Aku tak amik lak gamba sebab sebok sangat nak cari gamba kiut la kunun...
Exchange rate dia cuma ada SGD je. Nampak sangat nak target Singaporeans datang sini kan??

"Us"
(caption ala-ala KFCM ngan Leuniey)
 So nak bagi tau kalau bonet keta korang kecit dan tak muat nak bawak stroller yang besar gabak, kat sini ada perkhidmatan sewa wheelchair dan stroller. Harga aku tak pasti pulak.

Model wilcha Legoland. Malu-malu lak mak mertua aku ni...



Spot yang paling best kat Legoland ni aku rasa Miniland dia. Power gila arkitek ngan engineer dia buat calculation sebab semua binaan tu dibuat memang sama dengan yang asal.


Ini Singapore



Taj Mahal


Taj Mahal - close up

Angkor Watt - Kawan aku kat Combodia suka giler bila aku tag dia dalam gamba ni kat FB.

KLIA. Sila abaikan budak dengan botol susu tu. Perasan dia baby lagi.

Pelabuhan Tanjung Pelepas. Gamba ni panoramic sebeno nyer..

Ni kalu tak kenal aku tatau la kan..

Bangunan Sultan Abdul Samad

Putra yang berJaya

Aaryan dah menggaru. Panas. Tu pun pakai sleeveless

C.O.M.E.L.
OK pada yang bawak anak kecik tak perlu risau. Zaman sekarang ni aku rasa awareness pasal keperluan ada bilik khas untuk baby dan ibu-ibu menyusu badan dah makin tinggi. So tak perlu nak NIP. No more selak-selak in public atau cari sudut-sudut celah pokok nak nyusukan anak.

 Kat Legoland ada Baby Care yang sangat besar. Dah macam rupa taska pun ada aku tengok. Selesa. Cuma cadangan aku biarlah kasut dibuka untuk masuk dalam baby room ni sebab kebersihan lagi terjaga.Dalam baby care ni ada disediakan 5 kerusi Poang (sila rujuk katalog IKEA kalu tatau) untuk ibu menyusu, ada 1 baby cot ( IKEA punya juga), ada ruang main budak-budak (tempat Adwa main smentara aku mandikan Aaryan), ada toilet boys and girls. Cuma toilet dia agak kurang sesuai kalau nak mandikan budak-budak sebab cuma ada toilet bowl dan sink tempat basuh tangan je, dan juga changing table. But what I love bout this baby care, dia pakai Coway juga untuk supply clean drinking water. Best!! baby care ni agak secure sebab pintu dia dikunci dari dalam dan lelaki tak dibenarkan masuk. Ada seorang staff dia yang attend keluar masuk orang-orang kat sini.

Ruang main - ado lego ler...

Pintu Baby care. Nampak ada staff sorang tunggu kat pintu tu?

Adwa buat sepaaahhhhhh

Buleh panaskan susu

Pantry. Ada microwave lagi youuuu... dan Coway :)

Baby chair pun ado. Tapi 2 buah je.
 Kat Legoland ni ada banyak games. Kalau bawak budak-budak umo 6 tahun ke atas suka la depa. Budak-budak besar Adwa ni tak tau apa lagi selain "..akut..akut...". Since kami ni bawak budak kecik maka tak de la main game sangat. So just tengok movie 4D je.

Aaryan jadi model spek 4D
 Kepada yang nan hado kamera, tak per... Sediakan duit sebanyak mungkin sebab memang ada servis amik gamba dan beli dengan rege RM30 sekeping. Puuuiii... Tapi lepas beli tu, korang buleh donlod softcopy kat website dia dengan resolusi gamba yang bulehh la tahannn.... Dua keping ni gambo yang dibeli dan di donlod.

'L' for Legoland!!!

Hahaha... Sib baik aku tak main rollercoaster nih.
Konpem muka huduh.

So, kepada sesiapa nak pergi, ni ada sikit checklist yer, especially yang travel dengan baby:

1. Diaper bags (diapers, baju spare, towel kecik, toiletteries, susu)
2. Termos dan botol air (air panas dan sejuk (sejuk macam dalam peti ais) boleh amik kat baby care. Jangan beli kat dalam park sebab mahal gilo. Sila minum air banyak-banyak sebab nanti dehydrated.
3. Bawak la makanan sebab makanan mahal. jangan risau sebab diaorang tak check bag macam Sunway Lagoon.
4. Payung - A must sebab takut ujan. Park ni open so ruang berbumbung agak kurang.
5. Duit - (opkos la kan. nanti anak pow nak eskrim la ape la...). Please take note harga Wall's Fruitare kat luar RM1.50 dijual dengan harga RM4.00 ya dalam Legoland.
6. Kipas - Bawak stroller fan paling kurang 2 fan untuk setiap stroller. Especially kalau kulit anak korang lokek dengan cuaca panas.
7. Kamera - Nanti kena bayo mahal untuk foto yang diaorang amik. RM30 sekeping. 3 Keping RM70. Apakah...??

Ape lagi ek... Kalau ada nanti aku hapdet lagi.

So kepada sesiapa yang plan nak gi Legoland, buleh la sedia yer. Dont expect too much sebab park nya belum siap. Dan beli annual pass lagi berbaloi dari beli day pass. Sekian.

Oct 22, 2012

Mama.. Aaryan takmo gi sekolahhhhhhh

Eh dak tecit neh... Jap jer dah 7 bulan dah umo dia. Dengan mama pemalas giler nak hapdate belog ini. So jarang la citer pasal adik kua kan... kan...

Semalam Aaryan buat mende kiut dalam keta. Sebijik macam abang dia buat dulu. Asal tanya jer geleng. Hahaha...

video


Hahahaha... Semua dia geleng. Pasni aku nak tanya, "Pakcik tu hensem tak?" Jangan kecit hati kalau dia geleng eh... Budak tak pandai menipu tau... Hehehehe...

Tapi soklan tak mo gie sekolah tak leh tanya bila dia dah besar. Kalu dia menggeleng gak. Haru oii...

Mana gelang haku?

Saje nak post. Gelang nikah aku hilang. Sekian terimakaseh.

Oct 13, 2012

Kulit muka cam haremjadah

Serius aku dah fed up cemne nak ngilangkan freckles kat muka haku ni. Tu la,masa modul tentera dulu kau malas nak tempek sunblock kan Wanie. Padan la muka aku sekarang.

Ape je aku xtry nak bagi ilang bintik yang dok nyemak di mukabuku aku ni. Hampeh. Satu pun tarak jalan. Safi ronia ka, Oleh ka, Gay-nier ka... Tak hilang. Siap ada gunung berapi lak kat muka aku. Aku try gak SKII. Perubahan? Nan ado! Cuma kulit jadik senonoh skek la kan. Ada sikit putih la. Barang mahai la katakan. Sekarang still guna SKII lagi. Tapi Essence je la kan. Nak beli krim dia tiga pat ratus kali aku pikir. Lepas buat beli barang dapur sebulan weh. Jadi mak dongred pakai Loreal White Perfect Laser. Best jugek. Kulit rasa plump dan tak kering sangat.

So aku dok pikir apa la produk yang buleh buatkan Heliza AF tengok aku dan terus menangis sebab aku lagi lawa dari dia. Hahaha.. Sila sepak aku sekarang.

Aku dah mula consume SNE Beauskin. Yer. Aku tau korang nak cakap apa. Xde maknanya aku nak jadik putih melepuk cam si Adira tu. Mak dah suka dah ngan tone kulit mak sekarang okeh. Aku teringin nak cuba sebab dia claim supplemen ni elok untuk kulit dan kesihatan dalaman orang pompuan. Bila aku baca apa kesan-kesan baik dia untuk dalaman wanita, aku pun korek tabung la beli. Maleh la aku nak tulih. Korang gugel sendiri eaks.

Sekotak 60 bijik. Regenya RM200++. Makan sehari dua bijik. So tahan sebulan la sekotak tu. Haa.. Terrer tak matematik aku?

Ada sapa2 nak cakap "Wanieeeee... Buat apa ko nak amik... Kulit ko dah okay..."

Wat? Wat? Korang tengok time aku dah tempek bedak. Atas bedak ada blusher. Meme la nampak okay.

Ni. Hamik ni. Tengok gamba tak dak tempek gapo ni. So lagi sebulan lagi aku post gamba. Kita tengok apa jadik. Harap2 xla jadik putih pucat cam Adira tu. Seram lak aku nengok.


Sep 28, 2012

Kojo..Kojo..Kojo...


2hb sampai 4hb merupakan hari sengsara. Yeppp.. Sengsara. Den kono jadik LO pulak. Cambodia pulak tuh. Hadeh.

Apo la makcik nak mencarut kat diaorang neh. Cakap omputih memang fail aku nih. Belasah ajo lah.. Kalu diaorang tak paham, aku buat bahasa isyarat jek. Haih.. Terabai lagi la anak-anak aku seminggu nih. Kojo dari pepagi buto sampai tongah malam pulak tuh. Apoooooo la nasib.

Sorry yer anak-anak mama... Mama hilang lagi minggu depan. Huhuhuhu...

Sep 27, 2012

Journey to the Heaven Part VII

So? Bila dah dapat kunci, mula la gatai tangan tu nak reno itu ini kennn..... So sebelum kontraktor buleh masuk dan reno umah, kena identify dulu defect yang ado. Hurm banyak juga. Tips untuk korang yang baru dapat kunci, check setiap sudut umah, bukak semua tingkap dan try tutup balik. Ada 2 tingkap kat umah aku bila dah buka tak leh tutup. Yakni rosak. Haramjadah betul.

Selain tingkap, sliding door pun korang kena check. Ada satu sliding door kat area family tingkat atas umah aku tak boleh nak lock. Pintu semua sila check dan test kunci yang ado. Check kat dinding kalau ada hairline crack since rumah tu masih belum ada orang duduk, lagi senang nak crack sebab panas/ tingkap tak buka so tak ade pengudaraan yang baik dalam umah.

Semalam aku dah dapat surat untuk mula potong bayaran umah. Sebulan RM1200 ko! Hamik!!! Maka dengan defect belum emel kat developer lagik, aku dah terus menggelabah ayam anto emel kat mamat developer tuh soh baiki cecepat so that kontraktor kiteorang boleh masuk dan mula mengikis poket mengubahsuai umah kiteorang nih. So aku pla sebelum ghayer haji dah buleh pindah, tapi bila tengok balik kalendar, raya haji tinggal 3 minggu, makanya, abislah gaji aku bulan depan potong umah dan kuarters :( Si Kenny (kontraktor) pulak cakap paling cepat buleh siap 3 minggu, lagi la aku nak meraung.. huwaaaaa!!! So asben aku decide, buat reno dalam umah dulu. Asal buleh duduk.

So asben nak buat plaster siling, kabinet dapur, walk in wardrobe dan reno sikit bilik air master, selain dari buat wiring satu umah. Aku setuju. Lain-lain kayuh slow-slow. So nanti bila Kenny dah mula buat khojer, aku akan update yer.

Journey to Our Heaven Part VI

So? bila dah dapat umah.. maka kena la jadi kan rumah itu sebuah syurga. baru ler best nak lepak umah kan? So aku ngan asben berkira-kira nak renovate itu ini supaya dapat ler jadikan umah aku tu ala konsep modern minimalis. Aku rasa konsep moden minimalis nih agak seswai untuk orang bajet ciput macam aku nih, sebab perabot yang nak diisi dalam rumah tak yah banyak kan. hahaha... Korok ler. Mana ada bajet ciput. Nak renovate itu ini, mau makan 20 - 30 k juge ler... Jadi nak cari idea, macam biasaler. Pegi Ikea. Nak tiru dapur dia, dan tak bleh blah.. walk in wardrobe dia la kan.






Arghh... Gila kejap aku tengok design dia. Terencat jugak ler poket aku tengok susunatur dia.




Sep 6, 2012

Journey to the heaven part V

Hehehehe... serius entri den ni dah macam cito Korea pulak. Ado season I sampai season 5 dah. Lamo bona la den tak menuleh. Kepalo hotak den berserabut bona eh. Mano nak pikir pasal ghumah laie, pasal mak bapak den nak poie haji laie, kono buek kondughi laie, mano mano pun asik nak duit yo.

Nak cito, umah den dah pun siap. Apo? Gamba? Kojap eh den lotak. bagi la chan den membebel dulu. kalau korang sumo ado amek loan gomen macam den ngan laki den nih, mesti korang sebok nak tau bilo la den buleh dapek kunci ghumah kan? hehehehe...

Selalu eh, BPP akan bagi satu surat, kasi tau ekau orang yang diaorang dah release final payment. Bilo dah release, mako laki eden pun tipon la developer tuh, nak buat appointment amik kunci rumah...


Sajo jo den amik gamba nih. Buring pulak tunggu mamat
pogang kunci ni lamo bona... Janji pukol 10.30..
Kol 11 pun bolum sampai.
 Sampai jo mamat tuh... Dia dok pokpekpokpek cerito pasal ghumah. Maso nie la den bantai tanyo macam macam kek dio. Oh lupo pulak, nanti sebolum korang buleh amik kunci, kono baya dulu deposit api air kek developer yo. Nanti diaoghang buekkan sambung api air. Kang golap pulak ghumah...

Korang raso apo laki den tongah buek?
Dia kono kigho bapo batang kunci... Hahaha


 
Kalo ekau tak tau ini apo.. Ini kunci ghumah. Kunci ghumah den. Ekekeek



Adeh.. Tompat mengabihkan duit gaji den diaorang tongah buek.


Welkam home :)



 

Blakang ghumah den. Sodih bona nengok rumput ghumah den hih...


Incik Adwa ngah buek defect inspection bilik dio.


Ini kek tingkat atas. Omputih panggil LOFT. Orang melayu panggil apo den tatau.




 





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?