Nov 8, 2011

Pelaburan Emas ~ Manyak untung atau jerut leher sendiri???

Aku dah naik juling dok baca status kawan aku kat muka buku yang depa dok dapat banyak duit main emas nih. Beli 10 ketul emas 50gram, dapat hibah ribu riban tiap-tiap bulan dari company *TUUT*.

Aku memang agak slow sikit bab-bab investment nih. Entah la, aku lebih prefer guna cara tok nenek dulu. Beli ja gelang emas seketul, buleh pakai masa ghayer, kalu xmo pakai, leh simpan. Kalu tak dak duit buleh jual.

So aku saja dok tanya kawan aku sorang nih, main emas dah nak level sebut 'juta-juta' dah belakang ayat dia. Macam mana kita dapat hibah (untung) dengan beli emas ketul-ketul macam nugget ayamas nih?

Dia cerita, beli dengan company tuh, dan company tuh akan bayar hibah kat kita tiap-tiap bulan. Tapi emas tu kita simpan. Pelik. Tersangat pelik. Kot-kot aku yang masih tak paham.

So dengan bantuan pakcik gugel aku pun tanya kat dia, macam mana pelaburan emas G***** nih? Pakcik gugel pun jawab,

" Gini mokcik. Mu beli emas sebutir 100g dari company XX tuh. Pastu nanti company tu akan ikat mu dengan satu kontrak. Nanti tiap-tiap bulan company XX bayo mu hibah. Contohnya gini,

Modal = RM 20,000.00 (RM200 x 100g - Harga Semasa)

Keuntungan 1.8%(Semasa) bagi 3 bulan pertama = RM360 x3 = RM1080.00

Keuntungan 1.5%(Paling Rendah-Semasa)bagi 3 bulan seterusnya = RM300.00x3 = RM900.00

JUMLAH KEUNTUNGAN SETENGAH TAHUN = RM1980.00"  
 
Owh gitu? Senangnya? Itu yang pakcik gugel jawab, tapi yang part dia tak jawab is....
 
i) Investor beli emas 100g dari company XX dan ikat kontrak ie 6 bulan;
ii) Investor akan disuruh pajak emas tu ie. di Ar Rahnu Bank rakyat, dan Bank Rakyat akan keluarkan sijil pajakan atas nama investor. Tempoh pajakan 6 bulan.
iii) 65% dari amaun pajakan diserah kepada company XX, dan sebagai balasan, company XX akan bayar hibah secara bulanan.
iv) Investor buleh renew kontrak every 6 months.
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Erm, aku rasa pelik, maka aku buka website Bank Rakyat, dan aku dapat info nih:
 

So memang kontrak pajakan adalah 6 bulan. So dari apa yang aku boleh hadam la kan, tatau la kalau aku ni ada masalah penghadaman ke ape kan, lebih kurang macam ni la citernyer.... (kalu betulmakcik ada masalah penghadaman, jap gi makcik gi beli Nest** Bl*** yer)

Contohnya, aku buka satu company. Then tak cukup duit untuk pusing modal. What I can do is cari investor.

So caranya, aku tarik sorang investor untuk beli 100g emas dari aku, dan aku minta dia sendiri pergi  pajak kat bank rakyat . Bank Rakyat akan timbang bagai la emas tu, once ok, bank akan kua kan sijik pajakan atas nama investor. Kontrak Bank Rakyat selalunya 6 bulan, renewable. Dan bila investor beli emas ngan aku, aku pun akan buat kontrak dengan investor tu gak:-

i) 65% dari hasil pajakan tu kena bagi kat aku, dan
ii) ikat kontrak 6 bulan (same ngan BR, senang mau renew) 
iii) dan sebagai balasannya, aku akan bagi hibah kat dia fixed amount tiap2 bulan selama 6 bulan. (cth: RM300 sebulan).
iv) dan kos safekeeping company aku yang tanggung, which amount dia macam kat link Bank Rakyat di atas.

Dan 65% dari amaun pajakan yang investor bagi kat aku tuh, aku buleh la buat modal, gitu…

Kenapa agaknya company tu beria nak soh investor sendirik pergi pajak emas tu? Sebabnya, Bank Rakyat ada tetapkan had untuk company pajak emas kat Bank Rakyat. Jadi, kalu aku bukak company dan aku dah capai had max untuk pajak emas kat BR, maka korang semua akan jadik mangsa aku hahahahaha.... Kira macam beli kereta la.... Nama aku dah kena blacklist ngan bank, aku pinjam la nama sesiapa untuk buat loan kan? Macam la bank tu check sape yang bawak keta tu ke hulu ke hilir, ye dak?

So ni la sistem yang depa dok galak sakan main… Pada mata aku, rugi la maknanya…

Kat mana yang aku nampak rugi???

Kalu la, aku kata kalu ok, company tu bungkus, atau lari… atau BNM rush, dan bekukan semua transacation diaorang sementara siasat..... apa jadi????

i) Emas 100g yang berharga RM20K (macam calculation kat atas) dah gi pajak kat bank.
~ Kalau korang paham apa maksud pajak, korang xleh amik emas tu selagi xdak duit nak tebus balik. 

ii) 65% dari duit pajak yang korang dok bagi kat company tu belum sempat dapat balik. Dok tambah tolak bagi darab ngan duit hibah yang korang dah telan tiap-tiap bulan tuh. Kata la, korang baru 3 bulan join menatang ni, tetiba company tu ilang entah kemana.... Sebulan hibah baru RM300, kalu 3 bulan, RM900... mana cukup RM900 nak tebus balik emas RM20K kan? kan?

iii) Lebih teruksss.... Kalau duit modal RM20K tu korang pinjam pulak, tak kesah la dari mak ayah ka, alongkang ka, Bank Rokyet ka... Ha... Emas ntah kemana, hutang keliling pinggang, last-last sape yang untung??? Bank yang korang berhutang tu jugak yang untung... Makan megi la korang hari-hari...

So, lebih baik la kalau dapat bonus ka, ada duit lebih ka, korang pi beli emas perhiasan jer... simpan sendiri... emas 916 pun value tinggi apa ;)

So readers, sama ada followers, silent readers atau stalkers, ini pendapat aku semata-mata. So sama ada korang nak setuju atau tak, terpulang lah.

3 comments:

WaWa_EzRiLL said...

setuju puan.. ada duit simpan atau beli emas.. tp buat masa ni emas mahal jadi jom kita simpan.. (skang wawa gigih menabung) hehehe

Mama Adwa said...

xpe Wa, kalau ada rm300 dalam tangan, cari la emas yang rega rm300 jugak, macam cincin ke sebentuk.. emas kalau simpan makin lama makin tinggi nilai dia... kalau duit, kurang sikit... tak salah invest dalam emas, cuma cara nya kena betul.

Saya tengok mende investment ni macam wabak.. Dulu kan orang sibuk la dok invest bela cicak tokek. tup-tup dah ribu riban abis dok bagi makan kat cicak tuh nak bg dia besar, sotkabar repot cicak tu xde value. dah abih dah duit..

Sama gak macam emas nih... dok pakat pengaruh member2 soh join.. pastu company tu lari, pakat2 la dok tanggung hutang...

setiap investment memang kena ada risikonya. lagi tinggi risiko, lagi manyak untung.

cuma, tepuk dada, tanya la diri sendiri. ada bran nak tanggung risiko dan makan megi hari2?

Anonymous said...

part sampai hibah dah betul...... jangan gadaikan emas tu... lpas 6 bulan dan dah dapat hibah tiap bulan... jual balik emas tu....15% untung.. setop...


part yg x betul:
kalau gadaikan emas sebelum habis temboh..itu namanya rempit.....sbb kena tebus ddgn duit lagi.. part tu yang silap... agi rugi.. sbab tu pokcik gugel x jawap....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?