Nov 24, 2011

Hampas Punya AirAsia!!!

Citer ni dah hampir basi. Tapi disebabkan service hampas dari Air Asia, Term& Condition mengarut, dan attitude Tony Fernandes yang asyik nak cari duit bawak ke kubur tuh, aku tulis jugak.

Bulan dua aritu AirAsia ada buat promo. Dan disebabkan member hubby ajak pergi Medan, maka aku pun tolonglah membeli tiket base on tarikh dan flight no yg kawan dia bg...

Dah la sistem ngokngek, aku key in tarikh lain, tarikh lain yg kua. Pkai credit card lak tuh. Then aku pun dengan paniknyer gi tukar tarikh, so kne lak charge tukar tarikh, maka, filght tiket yang sepatutnya rege RM100++ jadik smpai RM624. Haih... Nak nangis pun, bukan blh dpt duit balik.. Xpelah...




So bulan berganti bulan.. lagi seminggu nak fly aku pun check balik itenerary flight. Baru perasan nama Adwa salah. Demn. Call Customer Center Air Asia, diaorg kata just e-melkan kat acc_doc@airasia.com dan scankan IC anak dan statekan no booking, so nanti diaorang buat pindaan dalam masa 48 jam dan akan e-melkan balik itenerary yang dah dibetulkan kat aku. Dah la charge call RM1.95/minit. Mahal.

3 hari kemudian, still takder feedback dari Air Asia pasal kes pembetulan nama Adwa kat itenerary. Klu xleh fly, kan haru. Sekali lagi aku call Customer Service diaorang (duit lagi... RM1.95/minit okeh!!). Then diaorang maklum system down, so xleh tukar nama, tp xpe, diaorang akan buat note sikit so bila aku check in, diaorang take note yang nama Adwa ada silap sikit. OK fine.

Aku fly hari Rabu. Entah macam mana, 3 hari sebelum nak fly, perut aku sakit. Aku tengah 24 minggu mengandung. Sakit contraction. Serius. hari Ahad, klinik xbukak. So call klinik Uncle Hamid dan plan nak buat checkup esokkan harinyer. Hubby dah warning awal-awal, kite cancel jer trip ni. Dan dia janji nak ganti trip kali ni pergi ke tempat lain. Aku OK kan jer, sebab nak mintak dia bawak gi Vietnam :D Lgpun Medan bukan macam Malaysia. Dari Airport - Lake Toba makan masa 4 jam, dengan jalan kampung yang teruk, so in case ape-ape jadi, aku hanya boleh cepat sampai kalau ada helicopter je lah kot. Wah, nak berdiva pulak.. Ko ingat ko sape cik kak, nak heli bagai...

walaupun sakit hati sebab aku nampak $$ aku melayang, tapi budak kecit dlm perut ni lagi penting... So Hubby suggest untuk call Air Asia dan tanya if aku boleh dapat refund atau tukar tarikh flight... call lagii???(duit lagi...) OK. Ada staff dia jawab, boleh dapat refund, cuma kena dapatkan surat doktor, HANDWRITTEN utk maklum yang aku tak fit untuk fly dan aku boleh claim creditshell (refund dalam bentuk credit - kne guna dalam 90 hari).

Isnin - pergi klinik Uncle Hamid, dan check sume. Dan dapat surat ni

Hamik.. Nasib baik Uncle Hamid tulis neatly... hehehehe
Then aku pergi Kaunter Air Asia kat KL Sentral. Sampai sana orang ramai. Xde tempat duduk. Saje je aku ke hulu ke hilir nak tengok rakyat Mesia ni sape yang prihatin kat mak buyung cam aku. Ade la dalam 2 minit, sorang lelaki, Singaporean yang bangun bagi aku duduk. Orang Mesia???

BUTA!!!!

BUTA hokeh!!!

So bila sampai turn aku, dah la kaunter xde kerusi, ngan staff muka masam mencuka, macam kau sorang jelah yang penat kerja. Menyampah. Bila aku citer kes aku, dia terus cakap "tak boleh claim ni..." Aku tak puas hati, aku cakap la, "eh saya dah call CS you haritu, dia kata boleh claim"

Muka dia berubah, then dia diam. pastu diam. dan Diam. Kaki aku dah lenguh, aku tanya la,

"So macam mana eh?"

Baru dia cakap "Tunggu sekejap saya tanya kawan" sambil tengok kawan dia kat kaunter sebelah yang sibuk layan customer. Hampeh, kot ya pun silakan la aku pi duduk dulu ka, ni biar jer aku tercongok macam orang bodoh depan kaunter kokak kau tuh.

Wei Tony Fernandes, apsal kau lokek sangat nak improve customer's counter kat KL Sentral nih??? Tau la syarikat tambang murah, tapi tak payah la kokak sangat, smpai kerusi kat kaunter pun tak leh nak sediakan. Dah la pekerja kau sombong dan perasan lawa, pakai baju merah ketat macam p****** kelas atasan.

Aku siap tweet Tony Fernandes, tp dia tak balas. Pasal runway tak siap kau banyak cakap, pasal service staff kau macam hampeh kau xmo tengok. Hubby siap komplen kat wall dia DUA kali, dan DUA-DUA dia delete! Hampas punya k*****.

Rupanya bukan aku sorang jer duit yang si Tony ni makan, dah ramai dah... Dengan T&C bodoh dia tuh. Merugikan orang. Nak perjuangkan agar Everyone Can Fly konon.

Ada ka, nak claim balik tiket aku kena bayar lagi RM100/person/trip. Totalnya RM600!!!! Gila!! RM600+RM624 = RM1624 untuk dapatkan balik RM300!

Aku tak puas hati, siap letak kat wall aku, rmai gak komen. Aku siap tag nama dia, tapi si Tony ni buta FB agaknya, xde pulak dia jawab ape-ape.



Klik gamba klau nak besarkan



3 comments:

fazemy said...

Aku x prasan lak status kat fb ko tu masa bila. wehh bawak bertenang wanie...kang terberanak kang. aku baca entry ko ni pun tercungap2 x cukup nafas. So ending dia kira burn je la erk tiket tu. Bukan rezeki ko. Sabar je lah.

The2ndBUN said...

Dr Hamid is your uncle? Cool.
Anyway IMHO AA sucks. Period.
Seat sempit, makanan tak sedap. Harap kejar promo jela baru Everyone can REALLY fly!

sabree hussin said...

baca dengan teliti.. ish ish .. nostalgic betul pengalaman tu..

tapi memang ye pun, CS diorang (AA) yang dekat kaunter memang macam tu la level dia..

nampak macam gempak tapi T&C sendiri pun banyak yang tak tau.. entah macam mana diorang buat kerja..

dan macam mana entah staff macam tu boleh di pilih jadi pekerja

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?