Nov 29, 2011

Taska di Putrajaya

Seriusly, aku rasa Adwa memang kena tukar taska. Umur dah 2 tahun 2 bulan tapi cakap pun blablabla dalam bahasa Jerman kuno.

Hanya pandai mengira, bila aku sendiri yang ajar. Hanya kenal benda, bila aku sendiri yang ajar.

So sekarang mode survey taska area sini, bajet dalam bawah RM300 sebulan lah. Adik dia nanti tetap anta ke taska Adwa sekarang, sebab senang nak breastfeed. So, aku memang sangat particular pasal taska nih.

No 1, MESTI registered dengan JKM. MESTI yer... So, antara taska yang di short-listedkan berdaftar dengan JKM di PUTRAJAYA (dalam website JKM):

Nov 24, 2011

Hampas Punya AirAsia!!!

Citer ni dah hampir basi. Tapi disebabkan service hampas dari Air Asia, Term& Condition mengarut, dan attitude Tony Fernandes yang asyik nak cari duit bawak ke kubur tuh, aku tulis jugak.

Bulan dua aritu AirAsia ada buat promo. Dan disebabkan member hubby ajak pergi Medan, maka aku pun tolonglah membeli tiket base on tarikh dan flight no yg kawan dia bg...

Dah la sistem ngokngek, aku key in tarikh lain, tarikh lain yg kua. Pkai credit card lak tuh. Then aku pun dengan paniknyer gi tukar tarikh, so kne lak charge tukar tarikh, maka, filght tiket yang sepatutnya rege RM100++ jadik smpai RM624. Haih... Nak nangis pun, bukan blh dpt duit balik.. Xpelah...




So bulan berganti bulan.. lagi seminggu nak fly aku pun check balik itenerary flight. Baru perasan nama Adwa salah. Demn. Call Customer Center Air Asia, diaorg kata just e-melkan kat acc_doc@airasia.com dan scankan IC anak dan statekan no booking, so nanti diaorang buat pindaan dalam masa 48 jam dan akan e-melkan balik itenerary yang dah dibetulkan kat aku. Dah la charge call RM1.95/minit. Mahal.

3 hari kemudian, still takder feedback dari Air Asia pasal kes pembetulan nama Adwa kat itenerary. Klu xleh fly, kan haru. Sekali lagi aku call Customer Service diaorang (duit lagi... RM1.95/minit okeh!!). Then diaorang maklum system down, so xleh tukar nama, tp xpe, diaorang akan buat note sikit so bila aku check in, diaorang take note yang nama Adwa ada silap sikit. OK fine.

Aku fly hari Rabu. Entah macam mana, 3 hari sebelum nak fly, perut aku sakit. Aku tengah 24 minggu mengandung. Sakit contraction. Serius. hari Ahad, klinik xbukak. So call klinik Uncle Hamid dan plan nak buat checkup esokkan harinyer. Hubby dah warning awal-awal, kite cancel jer trip ni. Dan dia janji nak ganti trip kali ni pergi ke tempat lain. Aku OK kan jer, sebab nak mintak dia bawak gi Vietnam :D Lgpun Medan bukan macam Malaysia. Dari Airport - Lake Toba makan masa 4 jam, dengan jalan kampung yang teruk, so in case ape-ape jadi, aku hanya boleh cepat sampai kalau ada helicopter je lah kot. Wah, nak berdiva pulak.. Ko ingat ko sape cik kak, nak heli bagai...

walaupun sakit hati sebab aku nampak $$ aku melayang, tapi budak kecit dlm perut ni lagi penting... So Hubby suggest untuk call Air Asia dan tanya if aku boleh dapat refund atau tukar tarikh flight... call lagii???(duit lagi...) OK. Ada staff dia jawab, boleh dapat refund, cuma kena dapatkan surat doktor, HANDWRITTEN utk maklum yang aku tak fit untuk fly dan aku boleh claim creditshell (refund dalam bentuk credit - kne guna dalam 90 hari).

Isnin - pergi klinik Uncle Hamid, dan check sume. Dan dapat surat ni

Hamik.. Nasib baik Uncle Hamid tulis neatly... hehehehe
Then aku pergi Kaunter Air Asia kat KL Sentral. Sampai sana orang ramai. Xde tempat duduk. Saje je aku ke hulu ke hilir nak tengok rakyat Mesia ni sape yang prihatin kat mak buyung cam aku. Ade la dalam 2 minit, sorang lelaki, Singaporean yang bangun bagi aku duduk. Orang Mesia???

BUTA!!!!

BUTA hokeh!!!

So bila sampai turn aku, dah la kaunter xde kerusi, ngan staff muka masam mencuka, macam kau sorang jelah yang penat kerja. Menyampah. Bila aku citer kes aku, dia terus cakap "tak boleh claim ni..." Aku tak puas hati, aku cakap la, "eh saya dah call CS you haritu, dia kata boleh claim"

Muka dia berubah, then dia diam. pastu diam. dan Diam. Kaki aku dah lenguh, aku tanya la,

"So macam mana eh?"

Baru dia cakap "Tunggu sekejap saya tanya kawan" sambil tengok kawan dia kat kaunter sebelah yang sibuk layan customer. Hampeh, kot ya pun silakan la aku pi duduk dulu ka, ni biar jer aku tercongok macam orang bodoh depan kaunter kokak kau tuh.

Wei Tony Fernandes, apsal kau lokek sangat nak improve customer's counter kat KL Sentral nih??? Tau la syarikat tambang murah, tapi tak payah la kokak sangat, smpai kerusi kat kaunter pun tak leh nak sediakan. Dah la pekerja kau sombong dan perasan lawa, pakai baju merah ketat macam p****** kelas atasan.

Aku siap tweet Tony Fernandes, tp dia tak balas. Pasal runway tak siap kau banyak cakap, pasal service staff kau macam hampeh kau xmo tengok. Hubby siap komplen kat wall dia DUA kali, dan DUA-DUA dia delete! Hampas punya k*****.

Rupanya bukan aku sorang jer duit yang si Tony ni makan, dah ramai dah... Dengan T&C bodoh dia tuh. Merugikan orang. Nak perjuangkan agar Everyone Can Fly konon.

Ada ka, nak claim balik tiket aku kena bayar lagi RM100/person/trip. Totalnya RM600!!!! Gila!! RM600+RM624 = RM1624 untuk dapatkan balik RM300!

Aku tak puas hati, siap letak kat wall aku, rmai gak komen. Aku siap tag nama dia, tapi si Tony ni buta FB agaknya, xde pulak dia jawab ape-ape.



Klik gamba klau nak besarkan



Susu dan Roti



Suami saya adalah serorang jurutera komputer, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih... lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.

Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"

Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."

Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?

Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?"

Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata,

"Abang akan memberikan jawapannya esok."

Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

"Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya."

Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lamgi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku... biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang- barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.


P/S : I cried bucketful when I finished read this story. Wahai isteri, inilah kasih suami, kadangkala kita tak perasan betapa besarnya kasih seorang suami, kerana ia ditunjukkan bukan dengan cara yang kita mahu, tapi dengan cara yang kita sebenarnya 'perlukan'.
  • Suami tak pernah kata 'tidak' atau 'malaslah' bila kita cakap kita teringin nak makan itu dan ini.
  • Suami tak pernah kata 'tidak' atau 'malaslah' bila kita mintak tolong dia angkat mende-mende berat.
  • Suami tak pernah biarkan kita keseorangan dan buat tak tahu je bila lihat kita menangis kesedihan.

Nov 17, 2011

My Birth Ball!!!

Ape itu Birth Ball?



Boing! Boing!

Kat Mesia ni tak ramai kenal dengan birth ball. Alah, gym ball biasa jer pun, hehehe.. Orang panggil birth ball sebab ada kena mengena dengan birth la. Kalau ada kena mengena dengan ikan, diaorang panggil fish ball, kalau ada kena mengena dengan kaya, diaorang panggil kaya ball pulak. Bezanya fish ball dan kaya ball boleh dimakan, hehehehe... Eh apeda aku merepek.

Baca lanjut>>>

Nov 11, 2011

Jom Shopping!!!

Jom perabih duit shopping barang baby! So many SALES here and there!!! Klik Gambar untuk besarkan.


Mothercare Year End Sale - 4.11.2011 to 26.12.2011
 

2nd Maternity and Children Expo, Midvalley - 18.11.2011 to 20.11.2011
 

J-Card Day @ Bandar Utama - 16&17.11.2011
 Yang ini tak de kena mengena ngan baby, tapi ni sale Parkson untuk hari ini jer, 11.11.2011



Ni kalau sape-sape nak renovate umah ker, nak masuk umah baru ker boleh usha:


Living Quarters Warehouse Sale, Shah Alam - 8.11.2011 to 12.11.2011


Fella Design Sales, Shah Alam from 11.11.2011 onwards


Tefal Warehouse Sales, Kelana Jaya from 11.11.2011 to 13.11.2011
Giler kentang arrr... Cam best jer klu beli satu lagi periuk Tefal tuh.. +___+

Electrolux Knockdown Sale, Shah Alam on 12.11.2011



Sales start from 9.11.2011 onwards
 Credit to ShoppingnSales

Nov 8, 2011

Pelaburan Emas ~ Manyak untung atau jerut leher sendiri???

Aku dah naik juling dok baca status kawan aku kat muka buku yang depa dok dapat banyak duit main emas nih. Beli 10 ketul emas 50gram, dapat hibah ribu riban tiap-tiap bulan dari company *TUUT*.

Aku memang agak slow sikit bab-bab investment nih. Entah la, aku lebih prefer guna cara tok nenek dulu. Beli ja gelang emas seketul, buleh pakai masa ghayer, kalu xmo pakai, leh simpan. Kalu tak dak duit buleh jual.

So aku saja dok tanya kawan aku sorang nih, main emas dah nak level sebut 'juta-juta' dah belakang ayat dia. Macam mana kita dapat hibah (untung) dengan beli emas ketul-ketul macam nugget ayamas nih?

Dia cerita, beli dengan company tuh, dan company tuh akan bayar hibah kat kita tiap-tiap bulan. Tapi emas tu kita simpan. Pelik. Tersangat pelik. Kot-kot aku yang masih tak paham.

So dengan bantuan pakcik gugel aku pun tanya kat dia, macam mana pelaburan emas G***** nih? Pakcik gugel pun jawab,

" Gini mokcik. Mu beli emas sebutir 100g dari company XX tuh. Pastu nanti company tu akan ikat mu dengan satu kontrak. Nanti tiap-tiap bulan company XX bayo mu hibah. Contohnya gini,

Modal = RM 20,000.00 (RM200 x 100g - Harga Semasa)

Keuntungan 1.8%(Semasa) bagi 3 bulan pertama = RM360 x3 = RM1080.00

Keuntungan 1.5%(Paling Rendah-Semasa)bagi 3 bulan seterusnya = RM300.00x3 = RM900.00

JUMLAH KEUNTUNGAN SETENGAH TAHUN = RM1980.00"  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?