Oct 28, 2011

H.U.R.T

Tatau la aku ni over sensitive ke ape ke....

Tapi kepada yang bercakap tu sebebnarnya kena lebih sensitip.

Kalau nak mengata tu, pikir balik aku tengah bawak budak dalam perut ni.

Dah la memang pompuan ngandung akan jadik low self esteem sebab dia rasa dia tak cantik, pastu ada pulak yang jadik tukang cedok nasik tambah.

Pastu, macam tak bersalah jer bila aku ni terasa hati.

Tak pe, tak pe. Kalau hati aku ni sakit, mulut aku akan jadik lagi tajam dari pisau.

Nak tengok, telinga kau boleh tahan tak kena perli, mc mn berdesingnya telinga aku, sakitnya hati aku bila kau cakap aku ni tak siap.

Oct 10, 2011

Frustration

Dalam idup memang la xbley lari dengan segala macam frustration. Tiap-tiap manusia memang dilahirkan lain-lain perangainya. Kadang-kadang kita nak kawan yang macam ni, tapi dapat kawan yang perangai tak macam kita nak. Well, hukum dunia. Tak semua yang kita nak tu kita dapat.

Kadang-kadang perkara yang jadik tu, its really getting into my nerve. Sakitnya hati.... Tuhan jer tahu. Untuk deal deal my own frustration, selalunya aku ni buat silent treatment jer. Diam jer bila dah tak larat nak tegur.

We do make mistakes. Dan selalunya, diulangi, selalunya... We'll learn from it dan cuba ubah. Tapi tulah, kengkadang pelik juga kalau orang yang asyik ulang mende same jer. Kategori ape tah. Kategori 'aku tak kesah' ke atau ketegori 'aku tak salah'.

Contohnya, kalau umah korang kena pecah dek perompak. Lepas kena rompak, ape agaknya korang buat untuk elakkan kena rompak lagi? Mesti la korang cuba tingkatkan keselamatan kan? Atau kata pendeknya, ubah apa yang tak betul, yang menyebabkan perompak senang masuk umah korang.

Tabiat is perkara yang dah biasa kita buat. Dari kecik, i guess. Macam ada orang, dia ada tabiat gigit kuku. Orang yang xde tabiat a.k.a. tebiat gigit kuku memang akan pandang orang yang suka gigit kuku nih sebagai pengotor, etc. Sebab apa? Sebab dia dah terbiasa.

Tapi tabiat buruk tu boleh diubahkan? Pokok pangkalnya si penggigit kuku tuh nak berubah, dan bersungguh nak berubah.

No 1, dia sendiri mesti sedar yang tabiat gigit kuku tu is tabiat tak bagus. Kalau dia rasa tabiat dia gigit kuku tu sangat mulia, korang nak suruh dia ubah pun tak guna kan?

No 2, si penggigit kuku mesti bersungguh nak ilangkan tebiat gigit kuku dia. Bila ada kesungguhan, peratus keputus-asaan (apekemende ayat aku nih??) akan jadik rendah la kan.

No 3, bila si penggigit kuku dah ada keazaman yang tinggi untuk berubah, otomatiknya dia akan seek help. Tak kiralah dari mana. Internet ke, buku ke, atau create sendiri method untuk buang tebiat gigit kuku dia tuh. Sebab bila ada keazaman, otomatiknya dia jadik tersangat rajin untuk buat research. Heh.

No 4, bila dia dah dapat method yang seswai, dia akan cuba sedaya upaya untuk ubah. Ok la, aku bg contoh kat diri aku. Aku ni pelupa. Jadik untuk mengelakkan aku menyusahkan diri sendiri dan orang lain dengan sifat pelupa aku nih, aku akan buat macam ni:

Situasi : Simpan passport.

Method : Aku simpan passport dalam almari baju. Bila aku simpan jer dalam almari, aku akan cakap kuat-kuat, macam ni,

"Wanie, passport ko simpan dalam almari, laci no 2".

Ulang 3 kali.

Jadik, bila aku lupa, otak aku senang nak recall balik. Aku pernah test kebarangkalian kejayaan method rekaan aku nih. Bila aku simpan barang dan tak cakap kuat-kuat. Hah, mulalah.. Satu umah aku geledah.

So korang ada tabiat buruk tak? Jom kita main satu game. Cuba korang spot padanan yang salah. Kalau korang tak dapat, hemm... memanglah korang kena seek for help yer.

Baju kotor = atas katil, atas lantai
Stokin busuk = belakang pintu
Sampah = dalam sinki
Tuala basah yang dah guna = atas katil
Tudung, neck tie = atas meja makan, atas sofa, dalam kereta.
Kunci umah, kunci kete, kunci moto = atas peti sejuk, atas meja makan, ikut dan la mana korang lalu.

Ok, sape pandai boleh listkan lagik. Sape yang dah dapat spot mana yang salah, kopipes balik, boldkan mana yang salah ngan font merah dan tulis balik tempat yang betul. Good luck.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?