Sep 20, 2011

Aik? Mana Perut?

Kalau jumpe kakak-kakak kat opis ni, mesti soklan first diaorang tanya,

" Dah bape bulan dah ni?"

Aku pun senyum dan jawab, "Empat kak.."

Kakak tu pun mengerutkan dahi macam sembelit sambil cakap,

"Aik? Mana perut ni??? Tak nampak pun? Sorok kat mana baby nyer?"

Eh, eih... boleh lak main sorok-sorok perut?

Haih... Kakak sekalian, jangan la kakak mengembangkan lubang idung saya dengan kata-kata berbentuk pujian seperti itu...

Sedangkan hakikatnya, perut saya memang buncit. Muka mungkin belum bulat sepenuhnya, tapi perut saya sudah mula membulat.

Tak cayer tengok ni hah...

cer tengok arrow merah tu?

Sep 12, 2011

Kerastangan Minggu Ini

Sepupu hubby nak bertunang hujung minggu ni...

Jadi hubby nak sponsor satu dulang, dia nak bagi buah....

So tema untuk perempuan adalah pink, (memula cakap biru muda, bila barang dah beli baru pengantin sedar hantaran untuk pompuan kaler pink. Isk.. Isk..) so ni lah hasil kerastangan aku. Sorry kalau tak lawo tapi ngengada nak post kat sini. Aku belasah jer buat.

BAKUL UNTUK LETAK BUAH HANTARAN

Buah nanti baru letak...

Pandangan depan

Pandangan dari atas

Pandangan sisi

Pandangan sisi juga

Sep 10, 2011

Saman AXE Kerana Gagal Memikat Perempuan

New Delhi,Seorang lelaki india berusia 26 tahun menyaman perusahaan HUL (Hindustan Unilever Limited), yang memasarkan produk wangian lelaki AXE,dengan tuduhan telah menipu dan menyebabkan ‘penderitaan mental’.
 
Lelaki tersebut menyebut kegagalannya untuk memikat gadis,meskipun dia telah menggunakan produk AXE selama lebih dari tujuh tahun sampai sekarang.Iklan AXE menunjukkan bahwa produk-produk itu membantu kaum lelaki untuk menarik perhatian wanita.
 
Vaibhav Bedi,lelaki india tersebut juga menyerahkan semua bukti ke mahkamah dari semua produk yang telah digunakan maupun yang belum terpakai,yang berupa deodorant sprays,perfume sticks and roll-ons,anti-perspirants,aftershaves,body washes,shampoos dan hair gels dengan jenama AXE.
 
Vaibhav Bedi juga meminta agar semua produk itu diperiksa di makmal."Lalu dimana Axe Effect-nya"? Saya sudah menunggu selama lebih dari tujuh tahun.Sejak kuliah sampai dengan saya bekerja di pejabat,tidak ada seorangpun gadis yang mahu saya ajak berdating bahkan hanya untuk minum teh atau kopi dengan saya.
 
Meskipun saya yakin mereka boleh mencium bau parfum, deodorant dan aftershaves yang saya pakai.Saya selalu menggunakan produk itu dengan harapan boleh menjadi seperti apa yang terjadi pada iklan di TV.
 
Vaibhav mendakwa bahwa dia telah menggunakan semua produk AXE sesuai arahan yang ada sejak dia pertama kali membelinya.Dia berpendapat bahwa jika dia tidak boleh mengalami AXE Effect meskipun telah menggunakan produk sesuai petunjuk,berarti perusahaan telah menipu atau menjual produk palsu."
 
Saya selalu menyimpannya di tempat sejuk dan kering,dan menjauhkan mereka dari cahaya matahari langsung atau panas.Saya selalu menggunakan penggaris sebelum menyemburkan untuk memastikan bahwa jarak antara nozzle dan ketiak saya adalah sekurang-kurangnya 15 cm.
 
Saya selalu melakukan sesuai petunjuk pemakaian.Saya bahkan memukul anak saudara saya yang berusia 5 tahun kerana mendekati almari saya,sesuai dengan anjuran yang menyatakan agar menjauhkan AXE dari jangkauan anak-anak.
 
Vaibhav mendakwa bahwa dia telah mengalami banyak penderitaan mental dan penghinaan di depan awam kerana tidak adanya AXE Effect dan dia ingin agar perusahaan AXE membayar ganti rugi kepada dia untuk semua penderitaan tersebut.

Mama Adwa : Nih nak salahkan sape nih? Syarikat pengiklanan sebab buat iklan macam tu ke, atau lelaki tu sebab lurus bendul?                                                                                                       

Sep 9, 2011

Pizza di bulan? Apakah??

Erm? Apeda si orang Jepun ni dah mengarut. Nak bukak Kedai Pizza kat bulan pulak. Tak cayer cer bace  http://moon.dominos.jp/




"Moon Branch Project" konon. Idea mengarut nih datang daripada Domino's Pizza kat Jepun, sebab rasa tercabar ngan Pizza Hut kot, sebab Pizza Hut pernah deliver pizza kat angkasa lepas pada tahun 2001.

Gilo ko apo... Ramai lagi manusia kat bumi nih yang kelaparan. Ramai lagik manusia kat muka bumi nih yang kutip makanan dari tong-tong sampah untuk alas perut. Ramai lagi yang kebuluran kat Somalia nun.  Turunkan dulu rate kebuluran kat bumi ni sebelum korang nak buat idea merepek kerepek korang tuh.

Kalau macam ni la idea korang, tak hingin aku nak makan Domino's lagik. Mengabihkan boreh jo.

Korang nak buat restoran kat bulan tu korang nak soh sape beli pizza korang tuh?

Spongebob Squarepants????

Sep 6, 2011

HARI RAYA PALING HAMPAS TAHUN INI

Tahukah korang semua, hari ini sudah hari raya kelapan?

Dan aku masih belum berpeluang beraya dengan suami.

Eh kejap, aku rasa ayat di atas perlu di rephrase........

Ehem.

Hari ini sudah hari raya ke 8.

Tahukah korang, aku masih belum berpeluang beraya dengan suami?

Entah ape- ape entah.

Bila ikut sangat kepala orang yang pentingkan diri sendiri, beginilah nasib raya aku.

Raya pertama, beraya di KL. Lepas semayang raya, terus ada budak-budak serang rumah.

Tak sempat beraya dengan family sendiri.

Lepas tu, terus bertolak ke kampung di Pahang.

Bila sampai, semua orang dah selesai beraya, dan dah tukar baju  kepada baju lusuh.

Tak sempat beraya lagi.

Raya kedua, satu hari suntuk orang yang pentingkan diri sendiri itu pergi berjalan-jalan entah kemana, tinggalkan kami yang tidak berkereta ni terkontang kanting di rumah.

Nak pergi kedai beli barang pun kena pinjam kete orang.

Rosak mood raya aku.

Raya ketiga, aku kena migrain.

Raya ke 4, aku terbaring seharian sebab migrain lagi.

Suami dah kata, bila tiba turn aku lagi 2 tahun, kite akan ikut kepala sendiri pulak.

Yeay.

Korang perasan tak aku tak post sebarang gambar raya tahun ni?

Ya. Sebab tahun ni aku langsung tidak bergambar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?