Aug 29, 2011

LOOKING FOR AMEDA 12V CAR ADAPTER

Please let me know if any of you want to let go yours, or know where to buy cheaper than market price.

Current market price for the above adapter is RM120.

Cheapest was from One Baby World -  RM114.00.

Please let me know ya! Really need this adapter esp where there's no conditions for pumping (go for whole day course/ meeting, or supermarkets with no baby room, etc.) Many thanx!

CARA MENJAGA BREAST PUMP

Aku dapat dari website Ameda, since aku guna pam Ameda, so aku letak kat sini macam mana nak jaga breast pump Ameda. Well, kepada sesiapa yang tengah cari breast pump, aku sangat recommend Ameda. Kalau nak tahu lanjut, boleh comment kat ruang comment yer. InsyaAllah aku jawab.

Bagaimana caranya saya membersih dan menjaga pam saya?

Untuk memastikan kebersihan pam anda tidak mengambil masa yang lama. Tetapi terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk memudahkan penjagaan pam anda - jadi anda boleh menghabiskan lebih banyak masa bersama bayi baru anda.


Membersihkan Pam Ameda Anda Sebelum Penggunaan Pertama

Sentiasa mengikut arahan pengeluar. Jika pakej kit pam anda tidak ditandakan "steril," letakkan semua bahagian yang bersentuhan dengan susu anda di dalam periuk, tenggelamkan dengan air, dan rebus selama 20 minit sebelum menggunakan pam untuk kali pertama. Melainkan jika doktor anda atau hospital memberitahu anda sebaliknya, tidak perlu melakukan ini sekali lagi.


Cuci Setiap Hari Pam Ameda Anda

Dengan pam Ameda, anda tidak perlu mendidih, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau lap keping pam anda dengan membasmi kuman sama ada ianya bersentuhan dengan susu anda secara tetap. Tiap-tiap kali selepas digunakan, basuh bahagian yang bersentuhan dengan susu anda dengan air sejuk kemudian basuh dalam air hangat bersabun (menggunakan detergen ringan, ie pembersih botol bayi), bilas dengan air bersih, hangat, dan udarakan hingga kering. Anda juga boleh membersihkan bahagian-bahagian pam dalam mesin pencuci pinggan. Anda mungkin mahu mendapatkan satu atau lebih kit pam tambahan dan basuh mereka semua sekali pada akhir hari. Dengan cara ini anda tidak perlu untuk mencuci bahagian-bahagian pam anda setiap kali anda mengepam.

Untuk membersihkan motor pam atau beg anda, hanya lap dengan kain yang bersih, lembap. Ini juga cara yang baik untuk membersihkan bahagian luar tiub pam anda jika susu menitis ke atasnya.

Tidak Perlu Bersihkan Tiub Pam Ameda Anda

Bagi ibu-ibu yang menggunakan pam dengan tiub, mana-mana lembapan dalam tiub boleh mencemarkan susu mereka dengan bakteria, kulat dan virus. Sebab itulah pam Ameda telah terbukti dengan Airlock Protection ™. Semasa anda mengepam, diafragma Ameda menyimpan udara dari pam anda dan mengelakkannya daripada susu anda mengalir ke dalam tiub. Anda tidak perlu untuk membersihkan tiub pam anda anda semata - mata kerana susu anda telah masuk ke dalam tiub. Ameda merupakan satu-satunya pam di dunia dengan halangan pelindung yang terbukti.

Aug 28, 2011

Boleh kau kayuh sampan terbalik?

Aku tujukan khas entri ini buat sahabatku... Sabar banyak-banyak. Allah takkan duga kita lebih daripada apa yang kite mampu tanggung.

Aku ada seorang kawan baik. Sudah berkahwin beberapa tahun lepas. Masih belum dikurniakan cahaya mata.

Kawan aku tanya, macam mana nak buat appointment kat LPPKN? Walk in atau kena call dulu?

Serius aku tatau macam mana nak set appointment di LPPKN. Sambil garu kepala yang tak gatal, aku mengeposkan pertanyaan di fesbuk. Dan ramai yang komen untuk bantu. Tenkiu lah yer. Dan serius aku terlupa pulak bini dia pun kawan aku dalam fesbuk. Hadus.Saye bukan ah long, saya hanya mau tolong. Tapi tu lah kan. Rambut manusia ni sama hitam, tapi hatinyer lain lain... Jadi, kena selalu ingatkan diri sendiri untuk jangan tulis perkara yang akan lukakan hati orang. think before u write anything. Orang cakap, mata pena (sekarang kira keyboard la) adalah lebih tajam dari pedang. Takde pun orang cakap, mata yang membaca dan otak yang menafsir lebih tajam dari pedang, kan?

Interpretasi masing-masing. Ada yang open, ada yang closed.

Bila ada yang post status

"Muntah teruk. Loya tak hengat... Ape yang dimakan sume kua balik..."

Ada yang akan balas

"Tahniah..." (giler ape ckp tahniah kat orang kena food poisoning?? Kau nak rasa ke??)

See? Apa yang ditulis boleh disalah pahamkan oleh orang yang baca.

Maka, sekarang aku privatekan status update aku. Demi menjaga sensitiviti dan elak orang menyampah. Ehem, blog pun boleh tak nak block pada orang tertentu saje?

P/S: Tahukah apa itu hukum karma? Hem, jangan mengata orang, nnt esok lusa kite pulak jadi mcm tu.

Aug 25, 2011

END OF MY 1ST TRIMESTER

I'm already 12 weeks preggy. One main reason that I should be happy - Leaving my first trimester means, my morning sickness will ended soon! Yeay!

Went to Hamid Arshad's yesterday for monthly check up and did ultrasound to check on my little fella's development. Whoops, forgot to tell you that I already felt my baby moving, kicking and doing sommersaults since last 2 weeks!

My in law told me it's too early to feel the movements, but I swear I can feel her tiny feet kicking! And the ultrasound image prove that! Siap tendang-tendang, angkat tangan, pastu tunjuk muka dia! Bila semua orang dah excited, dia palingkan muka dia pulak... Hehehe...

So me and hubby (and Adwa too!) happy giler semalam. Masa time Adwa dulu dia diam jer tiap kali scan. Ni si kecik ni kemain lagi tak leh diam dalam tu. Hehehehe.

Aug 23, 2011

ISTERI KORANG MACAM HULK?

Bape ramai antara korang bila bini marah korang dok jauh-jauh, tak mo tegur sebab takut bini jadik pontianak terus gigit korang? Atau bertukar jadik kaler ijau macam Hulk?

Hem... Aish..Aish... Tak bley la macam tu....

Walau macam mana marah pun bini korang, merajuk macam mana pun, senjatanya ada pada korang kalau korang pandai guna (Tolong jangan pikir mende lain yer. Bulan posa ni.)

DMFK ada pernah cakap, selalulah peluk isteri anda. Ciumlah bini korang bebanyak.

Tak rugi apa pun korang peluk bini korang tu. Amboi-amboi... Masa bercinta, masa haram nak pegang dulu kemain lagi gatal nak peluk cium kan. Ni dah halal, peluk cium ler bebanyak. Dah mahal-mahal bayo hantaran sampai berpuluh ribu tuh, rugi la tak peluk cium.

Orang pompuan ni memang kalah bila suami pujuk dengan penuh kasih sayang ie peluk, cium, usap kepala... Rasa disayangi tu mampu padamkan api kemarahan diaorang, kalau kesalahan yang korang buat tu kecik la. Macam sepahkan umah ke, pecahkan pasu bunga kesayangan dia ke. Tapi kalau korang skandal kat luar, memang batu lesung je la menanti korang. Padan la muka.

Jadi apa kata, korang jadikan habit untuk peluk dan cium isteri korang masa bangun tido (kata bini lawo bila bangun tido), masa nak pergi keje, masa balik keje, masa bini korang masak, masa bini korang nak tidokan anak, masa nak tido.... Ikut suka korang la.... Jangan masa nak mintak nafkah batin jer nak buat sume tu.

Aug 16, 2011

SUASANA @ BANGI

Makan kat sini best, aku paling recommend kerabu sotong dia. Pergh... Sodap hingga menjilat pankreas okeh... Hari ni aku berbuka kat sini lagi, sebab tak puas makan kerabu sotong dia, hehhhehe... Anyway, kalau korang order untuk 2 pax, make sure memang untuk perut 2 orang. Sebab portion makanan dia memang cukup-cukup jer... So sape yang bernafsu macam gajah tuh, korang kena kua bajet lebih sikit, kalau tak, kempunan beb.

Last time bebudak aku organize, memang makan best. Tapi tak cukup, hehehhehe... Yelah, yang datang 14 orang, tapi order untuk 12 pax jer... So makan pun ciput-ciput jer sebab nak bagi semua orang merasa. Jadi kalau korang nak order, order la cukup-cukup @ lebihkan satu kepala bagi yang kuat makan tu yer.

Kepada yang berbajet ciput, ada set menu RM 7.90  jer sorang. Kalau order 4 set, free 1 set. ok lah tu. berbuka kat hotel mau cekau RM 60 hengget sekepala. Adeh.

Kat bawah ni ada contact number kalau korang nak tempah dan nak tengok menu.



HADIAH DARIPADA SUAMI

Tengah dok menaip ni, sayang tipon tanya kat mana?

"Kat opis lah"

" Tunggu jap, sayang naik"

Rupenyer ada present dari sayang. Dia belikan satu buku. A diary actually. Sangat sweet.

Tajuknya DIARI HAMIL "MENANTI DETIK KEINDAHAN BERSAMAMU"

Best tau, banyak info dalam buku ni. Ada amalan untuk ibu hamil. Penerbitnyer Telaga Biru, so buku ni agak islamic sikit. Bagus.....

Ada ruangan catatan sepanjang kehamilan, so banyak mende korang boleh carutkan dalam tu, korang loya-loya ke, sakit perut ke, jadi tak perlu lagi letak kat status FB, takut nanti ada pulak yang sensitip kan.

Jadi bila anak korang besar, dia boleh baca, biar dia tahu macam mana susahnya mengandungkan dia.

Terima kasih sayang! Best tau hadiah ni!

Ni muka depannyer....


Bahagian dalam, kena isi butiran macam LMD, berat badan masa memula preggy,
dan banyak tips untuk ibu mengandung

Ni pulak part diari nyer, boleh tulis la ape yang jadi tiap-tiap hari...


JOM BLAJA ANYAM KETUPAT (WEAVING KETUPAT)

Video baik punya ni... Sesuai ditonton di bulan puasa yer... Video dia memang laju, tapi kalau tengok seploh kali  dan cuba beratus kali konpem terror. Alah, rilek la, Thomas Edison pun cuba 9,999 kali baru dapat nyalakan mentol sebijik. Heh.


RESIPI RENDANG TOK

Pergh.... Sebut jer rendang, tak bley blah weih... Menendang- nendang anak aku dalam perut ni hah... Sodap... Sodap....

Dapat lak cecah ngan lemang masa pagi raya... Pergh... meleleh hingus air liur aku weh...

Ni resipi orang perak nih... Moh kite try...

Bahan-bahan ( 6-7 orang )


  • 1 kg daging - dipotong kecil
  • 2 cawan santan pekat ( blh ganti dengan susu cair kalu sape nak jaga body yer adik-adik...)
  • 2 sudu kerisik
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 120gram gula kabung (nak pakai gula merah pun buleh. Sukatannya 3 sudu. Kalau pakai gula Melaka, campak satu buku gula tu okeh?)
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar :

  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh jintan manis
  • sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 3 biji buah keras ( ni untuk nak bagi rasa lebih lemak/ memekatkan masakan)
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 25 biji cili kering (kalu tak mo pedas, kurangkan la ikut suka korang)
  • 5 batang serai
  • 5cm halia
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji buah pelaga

Cara-cara
 
1.Daging tu korang gaul dengan bahan kisar tadi.
 
2.Lepas tu, three. Eh, eh.... lepas tu masukkan ke dalam kuali dan tuangkan santan.
 
3.Masukkan kerisik, kulit kayu manis, buah pelaga dan gula kabung ke dalam kuali.
 
4.Masak dengan api kecit dan kacau selalu so rendang tidak hangit dan melekat kat kuali. Bila nampak macam dah nak kering, masukkan garam secukup rasa. Jangan bebanyak, nanti kena darah tinggi pulak.

Aug 15, 2011

REZEKI ANAK, KATANYA...

Rezeki itu dari Allah...

Alhamdulillah, Rabu ni, aku dan suami akan naik pangkat... Belum la secara total lagi naik, baru memangku jer... Kata orang, rezeki anak ni. Betullah janji Allah, kata sayang, setiap anak itu ada rezekinya sendiri. Masa aku disahkan preggy anak kedua ni, aku dok pikir, ish, cukup ke belanja ni? Alhamdulillah...

Tup tup dapat surat, eh silap. Dapat e-mel... Dapat naik pangkat ke gred lebih tinggi. Harap-harap khojer pun meningkat satu gred lagi kualitinyer yer... Hehehehehe...

Aug 11, 2011

NIAT PUASA DAN DOA BERBUKA PUASA

Erm, harini dah 11 Ramadhan. Tapi rasanya belum terlewat kalau aku nak share mende ni, sebab ada orang yang tak tahu.

Aug 10, 2011

RAYA LAGI DUA MINGGU???

Oh hohoho... Arini bebudak sektor aku sibuk arrange buka puasa kat Suasana@Bangi kat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Tatau la sedap ke idak. Dengan tekak aku ni, yang sedap pun boleh jadi tak sedap. Haih. Sabo je lah. Deme pilih set 3, dalam RM65@4pax. OK la kot. So lepas makan nanti aku review.

Korang dah beli kuih raya? Nih yang aku pelik nih.. Selalunya time macam ni aku dah tempah kuih berbalang-balang dah. Ni takde sape pun amik order waima membawa sampel-sampel ke opis nih. Tapi sayang dah warning awal-awal jangan beli biskut raya bebanyak. Heeheeh....

Hadiah raya untuk bebudak ni pun aku tak beli lagi. Tahun lepas aku belikan telekung untuk anak buah aku. Tahun ni tatau nak belikan ape. Nak belikan kain pasang cam tak bape seswai. Mana ada tailor nak amik tempahan dah. Raya pun lagi 2 minggu. Baju raya aku dah siap semalam. Jap gi nak gi amik kat umah mama. Teringin pulak tekak ni nak makan popia basah... Huhuhuhu.... Tak pe, SMS adik aku japs.

Aug 9, 2011

BISKUT RAYA

ERM...

Agaknya apa biskut feveret korang bila time raya? Dari dulu, biskut-biskut ni wajib aku cari.

Biskut Arab.




Dah banyak kali try buat, tapi tak pernah dapat yang gebu sedap macam makcik aku buat... Huhuhuhu..... Ni resipinyer....


Bahan-bahan:


3 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 cawan minyak sapi
Ceri merah (untuk hiasan)
Cup kecik

Cara:-
1. Cairkan minyak sapi dan gula ( kalau nak pukul sampai kembang leh gak)
2. masukkan tepung
3. Gaul sampai sebati
4. Bulat2kan masukkan dalam cup.. hias ngan ceri dan Bakar

 
Biskut kedua, Cornflakes Madu.




Paling senang nak buat dan sodaaaappp...
 
Bahan-Bahan:

1 butter
1 kotak cornflake
2 sudu besar gula
4 @ 5 sudu madu
Kismis

Cara:

1. Cairkan butter di dalam kuali.
2. Masukkan gula dan kacau.
3. Masukkan madu dan kacau.
4. Masukkan cornflake. Gaul hingga sebati.
5. Masukkan kismis. Gaul hingga rata.
6. Tutup api dan masukkan cornflake tadi ke dlm sarung kertas. Letak di dalam dulang pembakar.
7. Bakar dlm ketukar dengan suhu 180oC selama lebih kurang 10 minit.

Gambar ehsan Pakcik Gugel

RESIPI POPIA BASAH

Aku sebeno nyer tengah teringin bebenor nak makan popia basah kat area umah mama. Tapi, mama cakap sekarang dah mahal. Dulu 50 sen sekeping. Sekarang dah naik 80 sen sekeping, dan saiz popianyer dah jadik separuh daripada panjang asal. Cis. Maka aku berazam nak buat sendiri popia. Cari punya cari, jumpe resipi ni kat blog resipi yang fofular, My Resipi. So, aku kopipes jer dari belog itu. So dari korang dok ngumpat orang tuh, baik korang try. Perut pun kenyang, dosa kurang, pahala pun dapat (sebab prepare makanan berbuka)


Bahan-bahan ( untuk 12 keping )


Bahan untuk kulit*

2 cawan tepung gandum

1 biji putih telor

3/4 cawan air

2 sudu makan cuka

secubit garam


Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)

1/2 biji kobis - diricih halus

3 biji sederhana besar carrot - disagat halus

1 biji sederhana bawang besar

3 ulas bawang putih

1 sudu besar sos tiram

1 sudu makan udang kering

garam secukupnya

minyak untuk menumis

**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.



Bahan untuk sambal***

15 tangkai cili kering

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

1 sudu besar gula perang

2 sudu besar kicap manis

minyak untuk menumis

garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

 
Cara-cara
 

1.  campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan
 
 

2.  gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
 
3.  ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper
 
 

4.  buat dari arah jam

5.  mulakan dari tepi dulu

6.  kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan

7.  setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar

8.  angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)

9.  ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal


10.  Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng

11.  lipat macam biasa dan gulung

Tadaaaa... Dah Siap :)

Aug 8, 2011

KOMEN JIKA 'LIKE'. SHADDAP JIKA 'UNLIKE'

ERM... Tak perlu aku tulis panjang-panjang. Berdasarkan paras hormon aku yang tengah tak tentu arah sekarang ni, komen seorang blogger tentang status facebook orang lain dan rasa diri tu macam bagus sangat, membuatkan aku loya tekak petang-petang ni.

Kalau kau tak suka, shaddap dan tak payah baca. Jangan buat komen macam diri tu bagus sangat. Okeh?

Aug 2, 2011

MY WISHLIST ;)

Owh my... pagi tadi aku tersangat tensen bila Adwa menangih mintak air, tengok-tengok air yang dah bertapis setitik pung tak dak dalam botol.

Ciss... Aku tersangat la pemalas sekarang nak buat kerja rumah. Apatah lagi menadah air dan masukkan dalam botol.

Maka aku teringin sangat sekiranya dapat memiliki menatang ini....

Teng teng teng..... Coway Petit
Ahah.. best giler... Air panas, air biasa, air sejuk sume ada.... Tak yah dah sesusah isi air dalam botol dan simpan dalam peti.

Rege dia dalam 3 ribu lebih (cash) dan boley sewa dalam RM110 sebulan dan lepas 5 tahun, set tu jadik kite punyer. Cuma kalau sewa, servis sume free lah....

MY NOT-SO-NEW WORKPLACE

Finally, here I am.

Sangat best bila dapat balik JPA semula okay. Sangat rindu dengan suasana lama, even though Neysa dah tak ada kat sini.

Aku masih menunggu kalau ada ape-ape kerja nak dibuat, sebab aku dah giler kentang boring nih... Dah la posa, dengan selsema + batuk lagi nih... Aduyai...

ADIK ADWA IS 9 WEEKS OLD!


At week's end, the fetus measures approximately 0.9 inches / 2.3 centimetres long. In both shape and size, it resembles a peapod and weighs less than a tenth of an ounce / 2 grams. The eyelids are fused and won't open until week 27. The wrists are more developed, ankles have formed, and the fingers and toes are clearly visible. Arms are growing longer and bend at the elbows. By week's end, the inner workings of the ears are complete. Though you can't yet identify the sex of the fetus by ultrasound, its genitals have begun to form. By now the placenta has developed enough to support most of the critical job of producing hormones.

Source : Baby Center

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?