Mar 23, 2011

SELAMAT KE?

Hajat di hati nak pakai SK-II.

Jumlah keempat-empat barang dibawah adalah USD434.33. Bersamaan RM1,315.15.

Tengok harga, poket dah menangis. Tak tau la kalau ada orang nak belikan, kan :)


Yer. SK-II is the most expensive beauty products in the market. But disebabkan kulit muka yang hodoh akibat tidak memakai sunblock yang betul masa Modul Tentera 3 tahun lepas, maka kulit muka dah penuh dengan brown spots yang aku sangat menyampah nak tengok bila belek muka depan cermin.

Sekarang pakai krim kecantikan Saf* Rani* Gol*. Krim itu OK. Tapi disebabkan kekurangsabaran aku nak cepat cantik dan janji manis SK-II yang cakap dalam masa seminggu pakai dah boleh dapat crystal clear skin, maka aku mula terpengaruh. Aku desperate. Dulu aku sendiri penah cakap.

"Buat ape la belanja mahal-mahal beli SK-II ni..."

Semalam tengok TV. Kat Jepun dah kecoh yang sumber makanan diaorang dah kena radiation.

SK-II juga asalnya dari Jepun.
Disebabkan berita semalam, aku kena tangguh dulu nak pakai SK-II dalam 3,4 tahun. Atau mungkin tak pakai langsung.

Persoalannya,

Selamat ke nak pakai SK-II sekarang ni?????

Selamaaaaat poket suami aku. (sambil poket menjerit riang)

3 comments:

papaYA said...

Stock yang ada kat Malaysia sekarang buat tahun 2010.. :)

Aku pakai, miracle water and clear lotion dia je. Dalam RM400 for both dan boleh bertahan hampir 5 bulan la jugak (75ml). Untuk aku yang tak pergi facial, investment yang ok sebab orang buat facial pun dah RM100+ setiap sesi.

Kulit aku taklah 7 hari dah cystal clear. Lepas 3 bulan baru nampak kesan. Parut jerawat dah beransur2 hilang. Produk yang aku guna ni bukan untuk acne, jadi kalau tak jaga makan, memang naik la jerawat cume parut cepat hilang. Sebelum ni, kulit aku lambat hilang kesan jerawat yang hitam tu, kadang2, sampai 3-4bulan kesan hitam jerawat tu.

So, tu review aku :)

Trial pack dia ada Miracle water 75ml and clear lotion 40ml, cotton pads and 1 keping mask, harga RM199 kalau ada promotion. Jangan guna cotton pad, membazir. Dab guna tangan je, tangan pun leh jadi cantik juga. hehehe

Mama Adwa said...

Aku sekarang tengah pakai sample - cleanser, clear lotion, whitening source dermdefinition, eye treatment film dan repair c. So far ok, kulit rasa lembut jer, plus nampak improvement pada texture kulit. klu ok aku nak beli complete trial pack yang ada essence juga, nak test sama ada kulit ok atau tak. if ok, akan dipertimbangkan untuk beli... tapi kne tgk tarikh bila buat la kan... if 2010 nyer product shud be no problem... kena kumpul duit atau cari extra income la kalu nak cantik ;)

WaWa_EzRiLL said...

salam mama adwa, ni first time tinggalkan jejak, sangat best blog ni.. Actually nak komen pasal SK-ll. Boleh kata wawa pengguna produk ni sejak bertunang lagi (2006) disebabkan dah pakai jd terpaksa kena terus pakai..sebab bila kita stop sekejap (mahal,kdg2 beli bila ada duit lebih) maka bintik jerawat kecik akan naik jika kita xjaga pemakanan. Memang produk ni bagus jika nak dibandingkan dgn produk lain.. tetapi memandangkan isu radiasi di japun sangat bahaya..dan mungkin akan beri kesan bg setiap produk barangan yang dikeluarkan.. Jika berminat utk terus beli pastikan tarikh pengeluaran yang tertera adalah 2010. Skang saya terus pening memikirkan bahawa lepas ni nak pakai produk mana.... (dah mcm karangan upsr) - Jalan yang terbaik cuma satu - Kena jaga aspek pemakanan, biar kulit cantik bermula dr dalam.. Lambat xper janji memberi kesan akan datang, Insya Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?