Mar 16, 2011

MAWAR PUTIH BUAT MAMA

Kutujukan entri ini khas buat ibuku tercinta, Puan Asiah...



MAWAR PUTIH BUAT MAMA,
YBHG DATUK SHARIFAH AINI

Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

MAMA,
27 tahun yang lalu, pada tarikh ini, kau selamat melahirkan seorang puteri.

Puteri itu, kau besarkan dengan penuh kasih sayang, kau beri didikan yang secukupnya, sehinggalah dia menjadi seorang insan seperti hari ini.

MAMA,
Terima kasih kerana membesarkan ku, terima kasih kerana bersengkang mata menjagaku ketika aku sakit, terima kasih kerana sentiasa memenuhi segala kemahuanku, terima kasih mama, kerana kau aku adalah aku seperti hari ini.

MAMA,
Pengorbananmu tiada dapatku balas, walau hancur badan ini, walau habis nyawa ini, walau seribu keturunan pun, tidak dapat menandingi apa yang telah kau korbankan sepanjang membesarkanku...
MAMA,
Nukilan ini tidak dapat menjelaskan, betapa aku menghargai segala kasih sayangmu, segala pengorbananmu..
 
MAMA,
Kini aku juga seorang ibu. Dan kini aku mengerti, betapa agungnya kasih seorang ibu kepada anak-anaknya. Tidak apa ibu berlapar, asalkan anaknya kenyang. Tidak apa ibu tidak melelapkan mata sepanjang malam, asalkan anaknya dapat lena dibuai mimpi. Tidak apa ibu tiada harta, asalkan anak-anak ibu mendapat harta paling berharga iaitu ilmu penuh didada...
 
Terima kasih mama, kerana melahirkan aku ke dunia ini....
 
Love,
Wanie.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?