Mar 16, 2011

JOURNEY TO THE HEAVEN PART II

Yer korang semua dah tahu yang aku dan suami dah pun berjumpa dengan idaman hati kami....

Alhamdullillah, after searching and searching and arguing bout the price and the location, and design and whatsoever, akhirnya aku dan suami nekad untuk beli rumah ni...



Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan.

Perjalanan dari/ ke Putrajaya mengambil masa dalam 30-40 mins, dengan jarak lebih kurang 40km. Tol? Tadak. OK lah tu.. macam Putrajaya-KL jer... cecece...


Mesti ada yang bertanya, kenapa Kota Seriemas??? Nilai tuh... Jauh dari opis... Makan duit minyak banyak... Bla, bla, bla... Jawapan aku senang jer. OK, memang kalau dok sana, berulang ke Putrajaya makan duit minyak banyak. Tapi kalau beli umah kat area Putrajaya, umah mahal, dan bayar tiap-tiap bulan pun mahal. So macam same je. Kedua, Kota Seriemas akan develop jadi township yang sangat besar. memula ada Giant. Then Mydin. Ni baru pulak bukak Tesco. Dalam 10-15 tahun lagi, Kota Seriemas ni boleh jadi macam Kota Damansara gamaknyer. Hehehehe...


The main reason kenapa aku ngan suami decide untuk beli rumah ni, adalah sebab aku masih menumpang dengan gomen. Dah la makan gaji ngan gomen, menumpang umah gomen lak tu... Sebab tu aku ni dipanggil gomen servant (heh..). Ni nak beli umah ni, pinjam duit ngan gomen jugak.

Umah ni bukanlah umah Semi-D seperti idaman kami sebelum ni. Memandangkan Semi-D sekarang menggila harganyer, maka kami mampu beli rumah teres corner lot saje. Itupun dah max loan untuk kami berdua. Tapi bila datang tengok umah tu.. Pergh... Irrestable la dia punya luas... Semi-D pun kalah wooo...

Berbalik kepada isu rumah tadi (cheh, dah macam chair meeting pulak), second reason kenapa aku nak rumah tu jugak (nak jugak! Nak jugak!) adalah sebab design dia yang best dan modern... Rumah ni besar, erm, tersangat besar (untuk kiteorang la dah rase beso bebenor dah). 29'X 75'. Dua tingkat. Corner lot. Ada baki tanah 21' lagi kat tepi tuh. Jadi boleh la mak ngan papa nak bercucuk tanam, Adwa main bola, atau berangan mama nak amik angin petang dekat gazebo ngan kolam ikan tepi umah tuh. ;). kemudahan berdekatan - Giant Nilai, My Mydin Kota Seriemas, Tesco Nilai, Nilai 3, Sepang Circuit, ngan airport pon dokat yo.

Bila nak pilih lot umah, perkara paling penting korang kena tanya, mana kedudukan utara? Bertanya bukanlah sebab korang ni nak pergi masuk utan ke ape, tapi paling penting kedudukan matahari dengan rumah korang. Tips ni aku dapat dari mama. Kalau korang tak suka umah korang kena tembak dengan matahari, sebab nanti umah korang akan jadik panas cam oven, so penting supaya korang JANGAN pilih kedudukan rumah yang menghadap matahari naik/turun.

Lot dah pilih (xde la pilih pun, tinggal unit tu je yang ado). Duit booking RM1000 dah bayar dah, sekarang tunggu nak book tarikh untuk sign S&P. Ada developer yang tanggung duty stamp S&P (Sale & Purchase Agreement), tapi developer Kota Seriemas nak kami bayo.. bayo jer lah... Well untuk kira bape jumlah duty stamp, klik sini. Lepas sign S&P, then baru sibuk-sibuk apply loan gomen yer tuan-tuan dan puan-puan. Lupa nak cakap. Duty stamp tu bayar bila S&P dah siap. Jadi preparekan saje $$$ nyer...

Ahad lepas bawak mak ngan papa pergi tengok umah kami yang boleh dikatakan 70% siap tuh. Both of them are excited. Tapi papa cakap

"Papa tak suka la cermin tingkap ni.. Macam akuarium..."

Alamak. Hehehehe...

Rumah ni banyak cermin tingkap. Sana sini tingkap. Fazlee (agen Kota Seriemas) cakap, diaorang design amik kira fheng shui juga. Cahaya banyak masuk. So umah aku tak memerlukan khidmat lampu pada siang hari. Jadi mentol-mentol lampu dan lampu kalimantang kat umah aku tu nanti boleh berehat di siang hari.  tapi, ada banyak benda yang perlu prepare, esp. $$$ sebab of course cermin-cermin tu kena tinted dulu before pasang grill. Kalu tak mau menggelupur panas. Mulai sekarang dah kena menabung untuk grill, tinted, kitchen kabinet, walk in wardrobe...

Aku dah suka sangat dah umah tu... Dan konpem lepas ni anak-anak sedara aku pun suka datang umah aku. Playground depan umah je okay... Jadi aku dah boleh bajet konpem anak-anak aku balik sekolah terus hilang, pi main depan umah.

Bercakap pasal walk-in wardrobe, aku dah intai-intai kat tenet, dan aku memang nak walk-in wardrobe yang boleh hide pintu toilet. In other word, bila orang masuk bilik aku, they will see no toilet. Nak nyorok pun buleh. Hehehe...







Best tak?

Untuk kitchen cabinet pulak, aku dah terjatuh hati pada cabinet warna merah. Ni sebab tengok umah Linda Onn dalam Astana tu lah.  

Red Glossy Kitchen Cabinet with Black Table Top

Pergh. Meleleh air liur akak... Macam nama resipi pulak. Hihihi














Hahaha... Pengsan laki aku nak membayor... 

*Gamba credit to Unity Design from Dapur Showroom (Erni Looi).

5 comments:

papaYA said...

Tahniah!
Aku pun dah start survey kitchen cabinet and built-in wardrobe. Tapi kalau nak kitchen cabinet marble/granite top + 3G glass doors (seperti dalam gambar tu) mahu dekat RM15K. Nak angan2 pun tak berani. RM10K tu boleh buat bayar down payment rumah apartment.. huhu

Niniey Nurhafnie said...

wanie...house warming jgn lupa jemput k...cik embun dgn lea sekali....nieh yang tak sabar nak pi nie...

~Lin~ said...

Mak aih cantiknyer..k.lin samala cam Yaya, mcm x berani je nak berangan..hehe

Mama Adwa said...

Yaya : alah... ukur baju di badan sendiri... kite tiru jer design macam tu, tapi material tak perlu mahal-mahal... ikut budjet la.. if mampu nak tanggung kos kitchen cabinet mencecah RM10k, buleh jer, tapi aku xde la nak membazir smpai mcm tu sekali... nak naik umah baru byk pakai duit... maybe aku fokus pada keperluan dulu, bukan kehendak :)

Niniey : mestilah... nanti lepas makan2 kite gi shopping kat Nilai 3 ek... dah dekat dah :)

Kak Lin : Hihihihi... Kadang-kadang berangan tu buleh jadi kenyataan juge, sebab angan-angan tu jadi pendorong untuk menabung :) Alahai... Bila la nak memangku ni... ;)

Nur Azlina said...

salam. sori nak tnya. ade x rumah untuk dijual di kawasan kota seriemas. boleh email sy einav39@yahoo.com tqsm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?