Dec 27, 2010

MENIPU UNTUK HIDUP ATAU HIDUP SUKA MENIPU??

Semalam aku ngan suami usha2 m*dah.my nak cari barang2 kereta. So ada jumpe this company yang offer lampu HID dengan rega RM65 hengget. Well because of the very the murah price, aku, suami, adik dan abah pergi la kedai dia kat Jalan Klang Lama (dekat dengan kedai B*others). Nama kedai ni T*pZone Accessories. Kedai dia kedai bodo jer, tak de signage pun.. Tapi dekat deret kedai makan.

Kisah ketidakpuasan hati aku ni sebabnyer, taukeh kedai yang muda tapi berlagak nak mamp*s. Advertise dalam m*dah.my harga HID dia paling cheapest la, RM65. Bila sampai kat kedai, dah la kena tunggu I*van bodoh ni berjam2 sebab dia nak lunch dulu. Bila sampai kedai, terus la aim lampu HID tu...

"tauke, itu HID yang you iklan dalam internet tu yang mana satu? Yang RM65 tu...

"ooo... Itu harga you mesti mau sini pasang maa... Sekali pasang, semua RM105. Upah pasang RM40"

dah... cerita jadi lain lak. Dia kata, itu harga kena pasang kat sini. Campur upah, semua RM105. Kalau you mau angkat kasi sendiri pasang, itu harga sudah jadi RM95. Sedangkan dalam iklan dia, langsung tak der cakap harga tu adalah harga kalau pasang kat kedai dia.

Cuba korang kira balik...

Harga asal RM65

Kalau pasang kat kedai + upah pasang = RM105 (RM40 upah pasang, dia yang cakap)

Bawak balik umah dan pasang sendiri = RM95 (RM30 kau charge untuk ape???? Sewa kedai buruk kau???)

Husband aku bukak iPad, tunjuk iklan tu depan dia,

"Mana you ada tulis kat sini harga mesti pasang dkt kedai???"

Korang nampak tak si I*van ni ni mula pusing2 cerita?

Aku dah start menyumpah. Celaka punya ****.

Dah la aku datang jauh, pastu menipu lak **** ni. Dah la berlagak. Kalau kedai tu well establish macam b*others tak pe la jugak.. Ni kedai kau pun macam makmal jual dadah jer aku tengok.. Macam kedai yang baru setup pastu sebulan sekali pindah.

Kurang ajar la kan. Dah berlagak giler cara jawab. Bila aku marah2 kenapa harga tak sama dengan harga dalam m*dah.my, dia cakap eh, kalau you call dulu sama i, sure i ckap maa. Ini macam, kalau ok kasi angkat, kalau tada ok, tak payah beli. Ce**ka la kau, dah la menipu, aku datang jauh2, tunggu kau melantak semua, last2 aku kena tipu pastu ko nak berlagak lak.

Aku bengang, last2 aku keluar dari situ tak beli satu hape pun.

Tu org macam aku yang pergi sana sendiri and tgk sebelum beli, kalau yang beli online tu macam mn? Dah la jual stabilizer tak de wayar grounding skali, pdhal klu beli kat Jalan Pasar tu dah siap ngan wayar dah. Penipu la engkau ni I*an.

Korang cuba bayangkan, kalau aku beli stabilizer tu online, sampai2 jer, tgk eh? mana wayar? adik aku cakap, satu set mesti ada dengan wayar. Adik aku suspek, dia keluarkan wayar tu, turunkan harga konon macam murah. bila customer kne beli wayar , harga pusing2 jadik sama jer...

Kepada semua diluar sana, sebelum beli barang2 online, tanya dulu harga tu including barang ape. Jangan main beli je. Nanti kena tipu.

Owh, lupa nak cakap, aku dah buat report kat Mudah.my... Tunggu jer ape Mudah.my nak buat nanti...

* Gambar yang berkaitan terpaksa diremove atas dasar-dasar keselamatan. Harap maaf.

Dec 22, 2010

TEKA-TEKI : APA PERSAMAAN KICAP KIPAS UDANG DENGAN HANDBAG LV?

JAWAPANNYA : DUA-DUA PUN ADA IMITATION ;)


SUMBER: YAHOO! GROUP

ASSALAMUALAIKUM

Yang Dihormati En Azhar Ramli, merujuk emel saudara, pihak ZARA disini sebenarnya telah mengesan kewujudan kicap tiruan ini (botol kecil sahaja) sejak bulan September dan kami tidak membuat publisiti yang meluas berkenaan perkara ini kerana ingin menangkap dalang sebenar yang menjalankan kegiatan ini. Alhamdullialh setakat ini kami telah mengesan beberapa pengedar haram tetapi masih gagal lagi mengesan dalang yang terlibat.

Untuk pengetahuan saudara Azhar sebagai rasa tanggung jawab pihak kami telah membuat bancian disemua kedai runcit dan mini market diseluruh Malaysia bermula pada bulan September dan telah berkerjasama dengan pihak KPDN untuk memberi amaran dan merampas kicap tiruan daripada peruncit telibat.

Untuk jangka pendek bagi mengurangkan impak kepada pengguna pihak kami telah membuat pembaharuan kepada capseal dan label untuk memudahkan pengguna membuat perbandingan diantara kicap tiruan dan asli. Produk dengan Label baru digunakan bermula pada penghujung September hingga kini dan boleh didapati di Hypermarket dan semua kedai-kedai yang lain.


Jika pengguna masih menjumpai produk kicap dengan label lama (Capseal hitam) sila buat perbandingan seperti gambar yang dilampirkan disini sebelum membuat pembelian. Pihak kami mendapati dari segi pembungkusan, 98% peniruan sama dengan yang asli menjadikan pengguna susah untuk melihat perbezaan.

Dari segi rasa memang tidak sama kerana produk tiruan banyak mengunakan air biasa, pewarna dan bahan pemekat , gula serta garam dan tiada rasa lemak (Umami). Berbanding produk asli yang menggunakan peraman ekstrak kacang soya yang mempunyai rasa lemak(umami) seakan rasa monosodium glutamate(ajinomoto).Oleh itu pihak kami sekali lagi sangat mengalu-alukan peranan Saudara Azhar untuk menyebarkan maklumat ini kepada pengguna setia kami yang lain. Kerjasama saudara amat kami hargai.

Kat bawah ni perbezaan ketara yang dapat dilihat pada patern dan label.


Lepas je dapat e-mel, balik umah cecepat aku gi bukak peti sejuk check kicap aku....

Fuyooo.. Kicap aku kicap ori!!! Walaupun aku ini ada pakai imitation LV, namun aku menetang keras industri makanan tiruan ni (merujuk kepada kantin FRAM KKB - aiskrim tiruan, kicap tiruan,pramusaji separa tiruan).





Kembang idung aku jap sebab kicap kipas udang aku kicap ori.

Dec 21, 2010

MULTI-TASKING WOMEN....

SOURCE : YAHOO! GROUP

A member of European Parliament Licia Ronzulli took her 1-month-old baby to the Parliament session in Strasbourg . She wanted to make a point about the difficulties women face in trying to juggle careers and child care.










ISTERI-ISTERI ZAMAN SEKARANG

Asal nak protes jer, tulis status dalam fesbuk.

Asal tak puas hati jer, create page dalam fesbuk.

Macam-macam perangai isteri-isteri zaman sekarang.

Terima je lah kenyataan yang kamu memang kena multi-tasking walaupun hati kamu sakit.

Kalau tak, nanti ada MULTI-cawangan pulak suami kamu nanti.

Tak payah merungut. Buat kerja rumahtangga, besar pahalanya.

Ni pasal suami tak tolong angkat barang pun nak create page dalam fesbuk.


Bior ler suami kamu tu pemalas. Dah dia tak gentlemen dan tak tahu malu (booooo.....)

Bila stress dengan perangai suami yang pemalas dan tak tahu nak menolong buat kerja rumah, cuba bawak-bawak berdoa.

Macam Cik Fazemy cakap dalam entrinyer ini.

Mana tau Allah buka hati suami tu jadi rajin.

Dec 16, 2010

AaAaAa... AaAaAa????

Tajuk diatas merujuk kepada perbuatan mengagakan mulut sambil cuba mengigat,

"Apa aku nak buat tadi ek?"

Sejak dua menjak ni penyakit pelupa aku makin teruk.

Situasi 1.
Tekan remote kunci keta sampai 2,3 kali sambil dok asyik tanya diri sendiri,

"Aku dah kunci ke blom ek?"

Situasi 2.
Pagi tadi call bos dan dengar ape dia pesan, buat itu ini, sebab dia outstation. Dua minit lepas tu aku akan tanya diri sendiri,

" Eh, ape lagi bos pesan selain dari buat paper inovasi ek?"

Situasi 3.

Pergi ke peti sejuk untuk keluarkan ayam dalam freezer untuk masak malam nanti. Tak der la keras macam batu-batu kat Pameran Batu-batuan Pelik kat Presint 15 tuh (dah xde modal lain ke nak buat pameran?). Sampai kat freezer suami panggil. Bila dah jawab soalan suami, pandang balik freezer dan cakap,

" Apsal lak aku bukak freezer nih???"

Parah.. parah....

Ada orang kata, itu kesan ubat bius. Yer, aku dah dua kali kena bius. Sekali tahun lepas, kali kedua awal bulan haritu. Mungkin kesan bius menyebabkan aku lupa macam sekarang ni. Dan bengong sekali sekala. Dan hilang konsentrasi kadang-kadang.

Ada yang kata, itu kesan dari mengandung, sebab janin tarik DHA ibu untuk membesar, maka si ibu akan kekurangan DHA lalu menjadi pelupa. Aku buat kesimpulan, lebih cerdik anak yang dilahirkan, makin teruklah penyakit pelupa si ibu. Ada juga yang kata, bila beranak urat banyak putus. Dalam banyak-banyak urat, kenapa mesti aku punye urat ingatan yang putus? Kalau putus urat kentut ke, OK gak... Tak de la perlu mengalami situasi memalukan di depan suami bila sakit perut atau perut banyak angin...
Tapi perlukah ibu minum susu Anmum yang banyak DHA supaya Gangliosida dalam susu itu dapat membantu sel otak berhubung dan memulihkan ingatan? (merujuk iklan susu bebudak yg ada wardina safiyyah). Atau makan kismis singgit atau Jus Tok Guru?

Demmm....

Dec 14, 2010

TATIIIIHHHHHH

video

Video Adwa berjalan terhuyung hayang di Alamanda petang tadi.

Mintak mahap ler video ni diamik pada angle yang salah, maka ana terpaksa sengetkan kpala anda yer...

SORONG PAPAN TARIK PAPAN....

Sorong papan, tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya tak tahu.

**********
Korang mesti la penah dengar pantun kat atas tu kan.... Korang juga mesti kenal macam mana rupa perahu dan juga rupa papan...

Tapi... Korang kenal ke dengan rupa buah keranji?

Ketetibaan aku nak share info ni dengan korang adalah kerana, semasa aku menjadi mak buyung dlu, aku teramatlah mengidamkan buah keranji ni. Semuanya bermula gara-gara ada orang berpantun depan aku dengan pantun diatas. Balik jer umah, aku terus mintak buah keranji dengan hubby terchenta. Hubby diam. Pening nampaknya. Mana nak cari? Rupa pun tak pernah tengok. Hahahahah... Harap2 bila preggy lagi, jangan la ada orang pantun berunsurkan buah pelik2 depan aku. Mau pening lagi abang sayang aku tu nak mencari.

Kalau nak pantun, pantunlah buah cempedak diluar pagar ke, atau pisang emas dibawa belayar ke... 

Baiklah... Dibawah adalah gambar buah keranji yer (upload sambil makan...). Buahnyer kecik jer, besar syiling 5sen (tapi xde la bulat macam syiling 5 sen tuh). Buahnyer warna hitam kekelabuan, berkulit keras dan rapuh. Bila dikupas, isinya berwarna coklat dan bertekstur lembut. Kalau nak makan kupas kulit dulu, jangan telan dengan kulit2 pulak yer... Hehehe...


Buah Keranji

Saiz buah keranji banding dengan syiling 10 sen


Kulit buah keranji kalau dah kupas


Isi buah keranji


Biji buah keranji... Isinya telah selamat dimakan oleh penulis


HEARTLESS, NO BRAINZZZZ!!!!!!

Bila aku baca artikel ni... Terus aku menangis ingatkan Adwa... Amik jer dia dari Taska petang semalam aku terus cium-cium dia... Xleh nak bayang kalau anak aku orang buat macam ni.... Makan pelempanggg la dia nanti...








PUTRAJAYA - Tindakan tidak berperikemanusiaan seorang pengasuh yang bertindak menampal mulut, muka dan tangan anak asuhannya dengan pita pelekat semata-mata untuk memaksa kanak2 itu diam memakan diri apabila dia ditahan baru2 ini.
 
Pengasuh berusia awal 20-an itu ditahan pada pukul 4 petang pada 23 nOvember lalu di sebuah taska di Presint 14 di sini selepas pOlis menerima satu lapOran daripada ibu Raif Alfian Farid Alfian, 18 bulan.


Kejadian tersebut telah berlarutan sejak OgOs lalu tetapi hanya diketahui ibu mangsa, Hazlina Rahmat, 29 apabila dia dimaklumkan Oleh penjaga kepada kanak2 lain yg turut menghantar anak mereka ke situ 18 nOvember lalu.


Hazlina ditunjukkan sekeping gambar di mana tertera imej anaknya yg sedang menangis dgn mulut, muka serta tgn nya dilekat dan diikat dgn pita pelekat.


Difahamkan taska tersebut mempunyai 5 pengasuh yg mengasuh lebih 30 Orang kanak2 berusia antara 2 bulan hingga 6 tahun dengan kadar bayaran RM300 sebulan.


Hazlina mendakwa, walaupun masih belum pandai bertutur, Raif seakan cuba memberitahunya sesuatu kerana kerap menangis dan menendangnya setiap kali hendak ke taska tersebut.


"Anak saya akan menangis @ merengek kerana dia trauma setiap kali ternampak benda yg dilekatkan dgn pita pelekat."
 
"Saya cuba bersemuka dgn pemilik taska namun dia menafikannya sehinggalah saya membuat lapOran pOlis."
 
Dakwa Hazlina, terdapat kanak2 lain yg turut dilayan dgn buruk seperti tgn mereka dimasukkan ke dlm laci & dibiarkan menyusu sendiri.
 
sumber: Kosmo 30 nOv. 2010

Dec 13, 2010

IS IT TRUE? - NO SUCH THING AS MIRACLE MAGNETIC BRACELET!

Source : Yahoo! Group E-mail.....


Mengeluh panjang saya, bila saya dapat price-list daripada syarikat yang menghasilkan gelang ajaib AC Mizal ni. Anda lihatlah sendiri di bawah ini. Hampir semua gelang berharga USD25 setiap satu. Jual kat orang-orang Melayu (sebab kaum lain tak hingin pun nak tengok, usahkan nak pakai) dengan harga ribu-ribu. Patut la beli kereta Bentley ya AC? Bila nak accident? Duit tak berkat ni...


Kalau nak jadi businessman, seseorang itu kena berwibawa, ada karisma dan yang paling penting.... mesti cerdik, atau yang saya lebih suka panggil sebagai "street-smart". Kalau nak menipu untuk mengaut kekayaan dalam perniagaan, memang boleh buat - tapi satu sahaja undang-undangnya: JANGAN SAMPAI DAPAT TANGKAP! Jangan sampai pecah tembelang. Kalau orang-ramai dapat tahu tentang sesuatu rahsia perniagaan itu, orang tak kan percaya lagi dah. Habis modal untuk menipu, habis tak kan berjaya dalam perniagaan selepas itu.


Tapi, dari perspektif kita orang Islam, di bawah inilah tegahan yang selalu dibincangkan. Jangan mengambil untung terlalu tinggi dan jangan kelentong pelanggan buta-buta. Cakap gelang ada neodymium, ada berlian... berlian apakejadahnya kalau harganya USD25 (~RM78)??? Cuba cerita sket...




TERAPI MAGNET KELENTONG!!!


Ramai orang di Malaysia memakai gelang magnet atau cincin magnet. Ini mungkin disebabkan anda melihat iklan gelang magnet lakunan AC Mizal. Jika anda memakai gelang atau cincin magnet tersebut, ketahuilah bahawa anda telah kena kelentong dan anda telah diperbod0hkan.


Untuk mendidik diri anda, sila baca laman wikipedia berikut:


http://en.wikipedia.org/wiki/Magnet_therapy


Magnet therapy is considered pseudoscientific due to both physical and biological implausibility, as well as a lack of any established effect on health or healing.[1][2][3] Although hemoglobin, the blood protein that carries oxygen, is weakly diamagnetic and is repulsed by magnetic fields, the magnets used in magnetic therapy are many orders of magnitude too weak to have any measurable effect on blood flow.


Effects of magnet therapy on pain relief a beyond non-specific placebo response have not been adequately demonstrated. A 2003 Cochrane Review of carpal tunnel syndrome treatments found no improvement in symptoms over placebo or control.[18] A 2008 systematic review of magnet therapy for all indications found no evidence of an effect for pain relief, with the possible exception of osteoarthritis.[10] Both reviews report that small sample sizes, inadequate randomization, and difficulty with allocation concealment, all of which tend to bias studies positively, limit the strength of any conclusions. A 2009 randomised double-blind placebo-controlled crossover study concluded that magnetic bracelets are ineffective in the management of pain and osteoarthritis.


A 2002 U.S. National Science Foundation report on public attitudes and understanding of science noted that magnet therapy is “not at all scientific.”[21] A number of vendors make unsupported claims about magnet therapy by using pseudoscientific and new-age language. Such claims are unsupported by the results of scientific and clinical studies.


Marketing of any therapy as effective treatment for any condition is heavily restricted by law in many jurisdictions unless all such claims are scientifically validated. In the United States, for example, U.S. Food and Drug Administration regulations prohibit marketing any magnet therapy product using medical claims, as such claims are unfounded.


Kalau anda tidak faham ayat-ayat tersebut kerana menggunakan istilah Inggeris dan saintifik yang susah, mari saya tolong beri ringkasan:


Terapi magnet tidak mempunyai apa-apa “khasiat” perubatan, sama ada melancarkan aliran darah, menajamkan minda, mengurangkan kesakitan, mengurangkan stres mahupun menambahkan seri muka. Anda tidak menjadi makin sihat, makin pandai atau makin lawa apabila memakai gelang magnet. Bahkan, tak ada bezanya jika anda memakai gelang magnet berharga RM78 yang dijual dengan RM1200 ini dengan memakai gelang mainan plastik yang diberi percuma di dalam kotak Tora atau Ding Dang.




Klik gambar untuk besarkan imej
  Jika anda membayar sejumlah wang untuk membeli cincin magnet atau gelang magnet, anda telah kena tipu, kena kencing, kena kelentong, dan kena diperbod0hkan. Ini bukanlah kata saya, atau kata siapa-siapa yang dengki. Kajian sains (double blind experiment) telah dijalankan beberapa kali oleh makmal-makmal sains yang diiktiraf, yang menunjukkan bahawa cincin magnet, gelang magnet atau terapi magnet tidak memberi apa-apa manfaat sama ada dari segi kesihatan mahupun dari segi kepandaian atau kecantikan. Yang mengaku semua itu ialah penjual-penjual magnet MLM yang ingin menipu anda (mungkin jurujual itu ikhlas, dan dia tak tahu, tapi upline yang paling atas sekali memang pasti ingin menipu).


Oleh itu, sayangilah diri anda dan keluarga anda dan elakkan dari ditipu dan diperbod0hkan oleh penjual-penjual magnet yang mahal. Lagi bagus beli magnet hiasan letak dekat peti sejuk, sekurang-kurangnya boleh guna untuk lekat kertas di depan peti sejuk.


Ada banyak lagi laman web yang mendedahkan penipuan gelang/cincin/terapi magnet, termasuklah:


The Skeptic’s Dictionary: http://www.skepdic.com/magnetic.html (laman web rujukan yang lengkap untuk perkara-perkara pseudoscience)


Magnet Therapy — A Skeptical View: http://www.quackwatch.org/04Consumer...QA/magnet.html (mengandungi banyak rujukan-rujukan saintifik dan data-data eksperimen, jika geng-geng magnet ni ingin mengajak anda berdebat)


Kesimpulannya, janganlah kita diperbod0hi oleh orang lain yang menjual barang-barang ajaib yang kononnya boleh memberi manfaat kesihatan kepada kita. Mereka cuma menjual “harapan kosong” sahaja. Sedang anda dikelentong memakai gelang magnet ke hulu ke hilir, towkey gelang magnet ni ketawa berguling-guling menggelakkan anda yang telah tertipu sehingga sanggup membayar beribu-ribu ringgit. Don’t be a sucker.

**********************

Komen penulis: Nak caya ke tak... Entahlah... Korang PK la sendiri ekkk...Aku pun kopipes jer e-mel yang aku dapat..

Dec 10, 2010

MY D&C PROCEDURE AT PUTRAJAYA HOSPITAL

Well, a bit late but I want to share my last miscarriage with you out there.


28.11.2010

6:56 pm
OMG... time ticks really slow.. I'm sleepy but maghrib is around the corner... I'll wait after dinner to rest. Sayang and Adwa already on their way home.. Well, only me left on this #1 bed in 2A ward, bored. Writing this to kill the boredom. I'll write everything if possible, to share with you guys my experience on pre, during and post D&C procedure. Just got my new roomies, still don't have chance to talk with her but from what i've heard (her conversation wif the nurse) i guess she got diarrhea and loss lots of body fluids (she needs to measure her intake and output of fluids).
7.05 pm
Just had my dinner...nasi putih, sayur kangkung and petola, ayam masak lemak cili padi and 4 slices of honeydew... dengan bayaran serendah RM4 sehari, dpt makanan sedap 4 kali sehari, hehehe...Jemput makan...



2200 pm
Dr Muzammil came for another blood sample. I'm too sleepy to ask. Dan pasang IV jugak.. Sakit dowh. Doktor ni tak pandai ler.. Berlubang tangan aku...


Nampak tak lubangnyer? Hadoiii...

Cubaan kedua. Orait...

2250 pm 
Dr Ahmad Muzammil came for my signature. One for D&C ERPOC procedure, another one is for blood transfusion, in case any serious bleeding occured. Haiyah.. I thought sleeping in the hospital will be undisturbing since there will be no wake up call from my little alarm clock, Adwa. but this guy ah, keep on waking me up to sign this, bla,bla...

2300 pm
i"ll be fasting starting from 0000hrs. a nurse came in and gave me some gastric medication. sambg titon.. no more wake up call after this , hopefully...



29.11.2010
8.30 am
I bleed, a lot since last night. I need to change my pad every half an hour. From 7 am this morning, total kotex overnight pad changed: 11 pads. Aall heavily soaked with fresh blood. The contraction was killing me. It is similar to menstrual cramps, but more painful. Pain rating from 1 to 10, I'll give it 7.

10.30 am
I havent seen myself bleed a lot like this. My head start spinning. I'm dizzy because I lost too much blood. Already informed the nurse. 3 MA came in, and one decided to cut the queue and ask the nurse to put my name on top of the OT list since I'm in critical condition.

3.30 pm
Alhamdullilah. Semuanya selamat. Masuk OT 12.55pm, prosedur start at 2.10pm. Settle around 2.20pm Requested full anaes. Sorry tak leh tulis panjang. Kesan bius masih ada. Informed by MA just now, I need to stay for another night because i lost a lot of blood, approx 500cc.

30.11.2010

0935 am
attending breastfeeding talk, hehe

1200 pm
had my final lunch before discharge. nosi tomato, sayur campur, ayam merah, kerabu, and lychee pudding. yummy!! Dischage at 1pm, and given 9 days MC.

Nasi Tomato yang sodap. Heh
Katilku


Uniform rasmi, heh
dan gelang 'Habib' ekekekeke...

WAH!!!! HENSEMNYER HAKU...

Sedang berehat dengan Inchik SuamiTerchenta, tetibe keluar iklan ni kat TV....




Hehehehe... Kagumastos jap aku tengok iklan ni... Maka siapa nak jadi hensem bolehlah ke pasaraya atau farmasi yang berdekatan untuk dapatkan pencuci muka Gatsby nih. Jangan cari kat kedai basikal Ah Seng atau Kedai Haiwan Peliharaan sebab memang takder jual kat situ. Kalau korang pergi juga, hurm, Gatsby kena buat produk yang boleh tukarkan orang dungu kepada orang pandai pulak lepas nih. Hahahahah...

Ini adalah iklan terbest asbestos dan menjadi feveret aku di abad ini selepas iklan Gel Rambut Gatsby yang dari muda sampai la jadi tengkorak rambut tetap maintain tuh. Ikhlas ni puji....Owh? tak pernah tengok iklan gel rambut tu? Mari nyanyi sama-sama....

IF YOU'RE HAPPY...

Lets sing together....

When you're happy and you know it, clap your errrrr... HAIR????



Hahahaha...Lawak..Lawak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?