Sep 30, 2010

WHAT'S WRONG WITH ME???

Apesal lately ni aku rasa letih giler.....

Adakah stressful sangat mengadap orang itu di opis?

Apesal lately ni aku moody betul.....

Adakah sebab mengadap orang itu?

Apesal la lately ni aku rasa pening jer.....

Adakah blood pressure aku naik sebab makan macam-macam ( makanan kat jamuan raya beratur nak masuk mulut)

Adakah......?

Ish.. Ish... Ish.....

Tak kot.....

Tak kot.....

BKP'S OPEN HOUSE a.k.a RAYA CELEBRATION


Dua anak dara dan dua mak dara.... Cuba teka yang mana satu??? Hehehehehe....
Hasil kreativiti Sektor L. Lepas ni boleh sewa kan pada sesiapa nak buat open house.

Wak tengah 'tampal' pintu. (Pintu????)

Wak tengah betulkan ape-ape yang patut..... (Wak kontraktor tetap di BKP)
Me and Mummy Sarah. Gamba ni saje jer ngengada nak amik. Baru jumpe features ni dalam enpon. Hehehe.
Me and Mummy Sarah, again. Hehehehe....
Juga ngengada amik untuk test power enpon nih....
Selamat Hari Raya Dato' Sri KPPA......


Sep 29, 2010

INSPECTORATE @ SABAH & SARAWAK


Air Asia saje okay.... Bajet ciput :p

Hoihoi... Bosannyer terpaksa meninggalkan Adwa dan Sayang untuk bekerja (??) kat Sabah dan Sarawak yang jauh itu..... (ikhlas ker ayat aku nih). Tak pernah tinggal Adwa sebelum ni, huhuhuhu sedihnyer......

Pergi on 17th October 2010 - 20th October 2010, untuk buat naziran perjawatan kat Kampus INTAN Sabah/ Sarawak dan BP Sabah/Sarawak.

Buleh la trip ni jadi pengubat lara sebab gagal untuk rebut tempat ke JICA, Jepun hujung Oktober nih....Frust woah.....

JICA.... Kenapa pemilihan sungguh tidak adil.... Huhuhuhuhu.....

Sep 28, 2010

NEYSA'S 27th B'DAY


Birthday girl and her cake.....

Yummy cake...
Wording on top of the cake was removed due to emotion safety procedure. Heheh...

PREPARATION BIRTHDAY ADWA Part. 2

Okay, since I'm starting pening-pening bcos there are so many things to do before Adwa's birthday party this coming Saturday. So here's a few updates what we did last night.

Tidbits for kids....

Sep 27, 2010

PREPARATION BIRTHDAY ADWA Part. 1

PENING. Majlis nak buat 2hb ni (which is less than a week time left!) tapi kek baru nak tempah harini....

MONEY IS NOT EVERYTHING

 Money can't buy you love.

Money can't buy you good health.

Money can't guarantee your happiness.
.........................................................................
Happy 27th birthday to Mizz Neysa.
Maaf Neysa.  Ayat dan tajuk diatas tak de kena mengena dengan niat aku nak wish ko heppi besday.
............................................................................................................................

Sep 22, 2010

SAVE OUR PLANET! Pt. 1

Did you know that your water bottle can be very useful?
Instead of throwing them away, why don't you try this at home.....

NO MORE RUBBER BANDS to tie your plastic bags!!!!

        
 First, cut up a  disposable water bottle and keep the neck and  top, as in  photo.




Insert the plastic bag through  the neck and screw the top – to seal.





The bottle is made to be  air-tight, such that water will not leak, the secret lies with the top  and screw!


This is a great idea to share. Good for us and the environment too.

Sep 16, 2010

MAMA NEEDS A NEW PHONE PART 2

Henpon Nokia N73 ME aku rosak lagi.... Dah berapa kali format pon aku tak ingat dah. Asyik la problem. Bateri kong la, SMS tak masuk la. Ntah ape-ape tah....

Finally, I got a new handphone for myself..... Bought it at PDA Expert, Low Yat Plaza and it costs me around RM1,509.00 (Original set + car charger + screen protector + 2 Capdase silicon case (one for hubby) + 4GB memory card). Terbang lagi duit aku....

Here's my new baby, introducing HTC Touch Diamond 2 ( It's not a new model from HTC, but i chose this model because it is the only model that has video call function)

Sep 7, 2010

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN


SALAM AIDILFITRI 


MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI SEKELUARGA...

Sebelum gambar yang cantik diatas terhasil, macam-macam ragam Adwa yang sayang capture. Sumenyer gara-gara si kecik ni dah mengantuk sangat tapi dipaksa jugak bergambar, siap pakai baju melayu dan bersongkok.






Ngantuknyer ZzZzZ.....






Apsal Mama pulak yang excited nih?



Cute kan saye?

Saya nampak bintang-bintang dah nih..... ZzZzZz...

Aik? Marah nampak Adwa???
 

IKLAN RAYA TV3 CETUS KONTROVERSI



Jom pakat tengok iklan yang dah ditarik semula siarannya di TV3 kerana telah mencetuskan kemarahan umat Islam di Malaysia ni....

Sep 6, 2010

ADAKAH KAMU DIGANGGU JIN?

Rentetan daripada entri aku sebelum ini yang menjawab pertanyaan mimpi Neysa, disini aku nak berkongsi dengan kamu cara-cara untuk mengetahui sama ada badan kamu ada dihuni jin ataupun tidak.

~Mainkan MP3 dengan menggunakan headphone dengan kuat (atau minta seseorang untuk bacakan) ayat-ayat Ruqyah Syar'iyah berikut:

1.  Al-Fatihah
2.  Al-Baqarah 1-5
3.  Al-Baqarah 102
4.  Al-Baqarah 163-164
5.  Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6.  Al-Baqarah 285-286
7.  Ali-Imran 18-19
8.  Al-'Araf 54-56
9.  Al-'Araf 117-122
10. Yunus 81-82
11. Toha 69
12.  Al-Mukminun 115-118
13.  As-Soffaat 1-10
14.  Al-Ahqaaf 29-32
15.  Ar-Rahman 33-36
16.  Al-Hasyr 21-24
17.  Al-Jin 1-9
18.  Al-Ikhlas
19.  Al-Falaq
20. An-Naas

~  Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati
~  Perhatikan setelah selesai...jika kamu batuk,berpeluh-peluh,terasa mual,jantung berdegup kencang,terasa berdebar-debar,ada benda bergerak-gerak dibawah kulit,sendawa,mengantuk,pening dan menguap..maka sahlah badan kamu dihuni JIN. Jadi, rajin-rajinkanlah baca ayat-ayat diatas.

Kalau aku dapat MP3 nyer, nanti aku uploadkan untuk kamu.

Tapi, tak digalakkan memasang mp3 ayat-ayat Ruqyah Syar'iyah ini masa memandu, kerana dikhuatiri kamu mengantuk sekiranya dalam badan kamu dihuni jin atau takut kamu ternampak apa-apa melintas jer nanti.

IFTAR @ RED WOK RESTAURANT, BANGI

Last Friday aku, suami dan Adwa berbuka kat Restoran Red Wok, Seksyen 7, Bangi. Kali pertama aku dengar nama restoran nih, aku terbayang kuali besar warna merah yang orang cina guna untuk masak dengan api yang menjulang tinggi.. Apahal ntah???? Aku pun tak tau. Masa suami bagitau yang kami akan berbuka kat Red Wok, aku tanya,

"Ape yang best kat situ?"

Suami jawab,

"Kite makan stimboat lah, diaorang cakap best..."

Aku dengan nada tamak haloba pun berkata,

"Buka stimboat jer? Kenyang ker????"

(Padahal bukan puasa pun masa tu, perangai syaitan betul)

Maka sesampainyer disana, maksud aku bila sampai jer kat luar pagar, aku dah cakap WOW!!!

Serius lawa seh tempat nih... Aku bayangkan tempat nih buruk dan gelap macam tempat makan stimboat kat KL yang bernama N*****n nun. Bila masuk, aku tengok dah berduyun orang beratur amik makanan. Alah, time aku sampai dah elok-elok pun masuk waktu Maghrib.

Maka aku pun sibuk-sibuk jer berlakon macam orang puasa, teguk air segelas dulu baru beratur amik makanan. Cheeetttt. Serius ramai.... Tengah dok beratur mata pun merayap-rayap. Haip! Bukan merayap menengok balak-balak disekeliling (aku dah kawin woii), tapi usha ape makanan yang ada.

Berbalik kepada ayat syaitan aku tadi iaitu,

"Buka stimboat jer? Kenyang ker????"

Ehm, bukan takat stimboat jer, ada nasik goreng, pastu ada salad buah, pizza, erm... hapo laie.. tak tersebut aku sebab banyak sangat, dan ada aiskrim sebagai dessert.

Semua sekali pakej buffet stimboat kat sini dengan makanan yang korang boleh melahap sampai kedai tutup ni, korang rasa bape hengget?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

RM25/head.

Yup. Dengan RM25/head, korang boleh melantak dengan berlagaknyer macam makan kat hotel 5 bintang yang paling murah pun double harga kat sini. macam-macam pilihan stimboat ada, dari sotong, sampai la ke menatang kupang yang aku sendiri pun tak pernah tengok rupe nyer sebelum nih.Rupa macam rama-rama pun ada juga.

Dengan RM25 yang suami bayarkan, (tenkiu sayang,burp!!) aku sangat berpuashati dengan ape yang aku makan. Aku sesangat cerewet bab makan, kalau tak sedap, serius aku cakap tak sedap. Tapi Red Wok memang besh! Kenyang weh, balik umah tros ngantuk, ngehehehe...

Restoran nih ada blog sendiri. Kalau kamu nak tahu pilihan menu yang ada boleh klik sini.

Nak pergi ke restoran ni sonang jer... Dari PKNS Bangi tuh, kamu terus jer sampai jumpe roundabout, lepas tu amik kol 9. Terus lagi, sampai kamu nampak ada bangunan rumah kedai akt area belah kanan, terus lagi dan kamu akan nampak restoran ni belah kanan gak. Kamu kena U turn untuk masuk. Nah amik peta nih kalau kamu tak paham Bahasa Melayu.(Klik gamba kalau kamu kurang nampak). Peta ni aku kopipes dari blog Red Wok sajer.


Boleh ler bawak family, worth the money kata mat salleh. Selamat makan sampai pengsan :)

P.S: Cuma aku pelik, kenapa budak-budak Bangi tak pernah rekomen aku makan kat sini????

AKU DAN MOOD RAYA

Seriusly aku dah tak der mood nak buat kerja.

Sep 3, 2010

MASYARAKAT MALAYSIA DAN AMALAN SIHIR

Apa nak jadi zaman sekarang nih. Asal tak puas hati jer hantar santau la, hantu jerangkung semua... Entah kenapa Malaysians masih sinonim dengan amalan superstitious walaupun mengaku diri tu moden dan hidup dalam dunia sains dan teknologi. Entah ape-ape tah.

Aku tak kata yang aku ini orang sains dan tidak percaya perkara berkait dengan amalan superstitious nih. Kata orang, "Tak kena kat batang hidung kamu sendiri, kamu tak tahu..."

Aku pun kurang faham.

Perlu ke semua benda diketuk di batang hidung baru kite percaya?

Ketuk kat tempat lain tak boleh ke?Mata ke? Telinga ke?


Aku orang sains. Yang berlandaskan fakta dan bukti sahih. Yang suka bertanya, kenapa macam ni? Kenapa mesti macam tu? Sebab aku orang sains. Pada aku, setiap yang berlu perlu ada sebab dan pencetusnya.

Tapi aku tak kata yang aku tak percaya perkara ghaib dan seram, juga yang berkaitan momok-momok nih.

Bila tiba tang perkara superstitious ni, aku memang kalah dengan pendirian sains aku, yang memerlukan fakta. Sedangkan dalam Al-Quran ada menyebut, bahawa syaitan itu telah bersumpah, akan menyesatkan anak Adam hingga hari kiamat. Dari situ, aku percaya, masih ada lagi aktiviti 'hantar-menghantar' ni. 'Hantar' tak payah lekatkan setem pastu susah-susah pergi pejabat pos.

Berdasarkan pengalaman sendiri dan pemerhatian aku (kan aku dah kata, aku orang sains) terhadap perubatan mistikal nih (percayalah, aku dah menyaksikan terlalu banyak manusia yang menjadi mangsa manusia berhati syaitan), memang wujud perkara-perkara ghaib yang digunakan bagi tujuan yang salah.

Entri sebelum ni, aku ada cerita tentang tanda-tanda yang kamu tu ada terkena gangguan saka/ jin/ jerangkong-kang dan aku rasa, tak perlu tunggu kamu ada semua tanda tersebut baru nak cari penawar.

Tok moh, dukun, Tok Batin, Ustaz. Nama-nama ni sinonim dalam perubatan tradisional dan mistikal. Seperti juga sains, Tok Moh2 ni juga ada macam nama saintifik haiwan. Ada Genus dan Species juga. Ngehehehehe... Sebagai contoh. Genus nyer adalah Bomoh. Species pulak, Siam, Orang Asli, dan sebagainya.

Macam-macam cara lah nak menjatuhkan orang. Hantar santau. Menderita lah si mangsa menggelupur kesakitan dan akhirnya menemui ajal... Kepada orang yang menghantar, "Siapa kamu nak menentukan hidup mati seseorang?"

Ada pulak yang hantar hantu jerangkung untuk ganggu si mangsa dan keluarganya. Habis kacau bilau rumah tangga.

Lewat kini, terpampang kejadian-kejadian bunuh dalam surat khabar. Front page lagi.

Bapa sembelih anak.

Anak sembelih ibu bapa dan datuk.

Ibu bunuh anak dan bunuh diri.

Dari segi penilaian mata kasar dan sudut sains, dapat kita kaitkan kejadian ni dengan tahap kesihatan mental si pelaku. Namun setelah membaca keterangan si pelaku bahawa ada bisikan yang meminta mereka melakukan perkara sekejam itu, apa yang kamu semua fikirkan? Masih percaya bahawa tindakan kejam mereka menyembelih keluarga sendiri sebagai satu tekanan mental?

Pada aku, setelah melihat sendiri pengalaman orang sekeliling tentang bisikan dan gangguan itu, ia bukan setakat ketidak warasan mental atau gelaran skizofrenia sahaja. Ia melibatkan perkara batin dan perlu rawatan selain daripada penggunaan dadah semata-mata.

Gambar kredit kepada jalanakhirat.wordpress

Sep 2, 2010

ISETAN @ PEKAN RAUB

Macam aku janji pada kamu. Kat Raub memang ada ISETAN. Sumpah! Aku rasa ni lah kedai ISETAN yang asal sebelum ia berkembang dan memasuki shopping complex dan menjadikan harga barang yang dijual macam haremmm....

.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
Kamu rasa kat sini ada jual biskut timbang tak?

PRE RAYA SHOPPING

Me and sayang went to Jalan TAR for pre Hari Raya shopping last week. It such a big crowd there, everybody was busy choosing baju raya, biskut raya, home deco, etc.

Sayang was looking for his baju melayu, peach in color.  After walking from mall to mall, shop to shop, finally Sayang got a baju raya for himself. Yeay!!! Huhuhuhu... It was from Lat's Collection. Lat's Collection was Malaysia's celebrity favourite designer (Aizat, Dafi, Iqram Dinzly, Shahir AF). For those who are interested, you can find their bazar in front of Hanifah's Supermarket in Jalan TAR....

 Adwa dapat capal comel!!! RM20 per pair. Sure cute pakai dengan baju melayu nanti :D

 Then pergi SOGO, aku cuma pelik... SOGO ni SALE jer sepanjang musim... Kat SOGO, manusia macam ulat... Eeeeee....

Hensem.. hensem....

JALAN-JALAN DI JOHOR DAN IFTAR DI DAMAI SEAFOOD,JB

 
Ya tuan puan, di atas adalah gambar budak nakal dan bijak bernama Adwa. Sila perhatikan di mana kedudukan Adwa di dalam dambar tersebut.

Ya, betul. Adwa berdiri di celah-celah kaki mama kerusi dan dashboard. Adwa memang tak reti diam. Masa ni sedang berjalan-jalan cari pasal kat Kluang.

Sapa di antara kamu yang percaya di Kluang ada New York??? Tak percaya? 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Ada bukan? Entri selepas ini, aku akan tunjuk pula di Pekan Raub ada ISETAN (don't play-play,ok??)

Kemudian perjalanan diteruskan ke JB, untuk berbuka dengan kakak dokter dan family. Rumah kakak dokter dekat dengan Angsana, maka berjalan-jalan pulak ke sana.


Ada pakcik tengah buat khat, so sayang memang minat khat. So benti tengok kejap.

Then berbuka kat Damai Seafood, Adwa pulak dah mengantuk, maka tak merasa lah Adwa makanan yang sedap-sedap seperti Shark Fin Soup, Tom Yam, Sotong celup tepung, dan mama punya pink guava ice blanded. Heh....



Esoknyer... Berbuka pula kat Muar.... Sebelum buka, bawak Adwa pi tengok monyet... Punyer la excited...

Adwa dan abah excited tengok monyet. hehehehehe...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?