Jul 15, 2010

KISAH TUALA WANITA

Sape di antara kamu semua yang pernah tengok cerita Paranormal Activity satu ketika dulu sila angkat tangan? Bagi yang tak pernah tahu pasal cerita tu, sila tengok trailer nya di sini.

Takutkan cerita tu? Dengar bunyi pelik-pelik, dengan pintu tertutup sendiri, dan Katie kena seret dari tempat tido, pergh... Sampai sekarang aku tak boleh lupa. Eh, sape yang angkat tangan tadi, dah boleh turunkan tangan kamu.

Alkisah tadi, aku dapat call dari mama. Dia tanya,

"Kamu period kan? Masa balik umah mama kamu buang pad kamu dalam dustbin kat dalam bilik yer? Kamu tak basuh dulu darah tu?"

Dem... Baru aku teringat, yer, selama ni aku memang basuh pad yang aku pakai. Entah macam mana, hari itu hari kalut lagi mengarut. Maka aku terkocoh-kocoh lalu terlupa membasuhnya, lalu bungkus-bungkus dan buang sahaja dalam dustbin di dalam bilik aku di rumah mama. Sorry, kepada si penggeli, tolong jangan bayangkan yer.

Berbalik kepada pertanyaan mama. Aku buat pengakuan, yer, memang aku terlupa nak basuh, tapi kenapa? Maka mama memulakan cerita hikayat 1001 malam dia,


" Kamu nak tau? 'Benda' tu mengamuk Ahad malam lepas. Mama tengah sembahyang kat bilik, abah kamu dah tidur. Tetibe pulak dengar macam ada orang pijak tangga naik atas.."

Oh ya. Rumah mama dua tingkat. Bilik aku dan bilik mama di tingkat atas rumah. Dan bilik mama betul-betul bersebelahan dengan tangga. Ada satu anak tangga itu, bila dipijak, akan berkeriut bunyinya.

Kamu dah rasa seram sekarang? Hehehe

Mama menyambung lagi,

" Lepas dengar bunyi tangga, mama rasa pelik pulak. 'Eh bunyi apa pulak tu?"


" Lepas tu mama dengar pintu bilik kamu kena tutup. dengar pulak kerusi meja solek kamu tu orang main sorong tarik. Kuat pulak tu bunyi nya. Macam orang tengah marah. Mama terus kejut abah, tanya dia, 'dengar tak?'. Lantas abah mengiakan yang dia juga terdengar bunyi tu."

Dem... Hati aku terus berdebar jer dengar cerita mama. Dah macam cerita Paranormal Activity yang aku tengok Ahad lepas.

Kejap. Cerita belum habis lagi.

" Bila abah kamu buka pintu bilik mama nak tengok bunyi apa dalam bilik kamu, tengok-tengok pintu bilik kamu tak bertutup pun. Tapi..... Pad kamu tu bersepah-sepah atas lantai. Dia mengamuk.... Lain kali dispose betul-betul.."

Jadi, aku tak perlu cerita lebih lanjut apa yang mama dan abah buat lepas tu. Cuma nak bagi pengajaran, sila basuh pad kamu yang telah digunakan, dan dispose betul-betul. Dan membasuh pad itu jangan anggap amalan kuno yer.

Jika kamu pernah dengar dan tidak percaya pasal satu cerita kat sekolah asrama ada 'benda' itu dok jilat-jilat pad budak perempuan dalam toilet, mungkin kamu dah boleh percaya cerita itu sekarang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?