Jul 16, 2010

SEBAB KENAPA ISTERI SUKA MEMBEBEL


 
Aku tadi main tukar channel tv.

Tetiba tengok satu cite hindustan - Shah Rukh Khan dan Kajol (rasanya la... ke org lain) jadi suami isteri. Dan Kajol dok membebel kat laki dia pasai langsung tak de disiplin.Pastu gadoh. Haih.... Kamu dah tau bini kamu kuat membebel, jadi jangan ler buat dia start membebel.

Jadi aku nak bagi tips serta sebab kenapa kamu perlu ikut tips ni kat kamu lelaki bujang yang bakal berkahwin, macam mana nak elak bini kamu membebel. Hah, ape lagi, pergi cari kertas dan pensil cepat!

1. Lepas mandi, sangkutkan balik towel yang dah guna tu kat tempat yang sepatutnya. Tempat yang sepatutnya adalah di penyidai, bukan di atas katil, atas lantai dan tempat lain.
SEBABNYA : Towel lepas guna kan basah, kamu pergi letak atas katil, berbau la katil dan towel tu. Pengotornya kamu ni.

2. Bila balik dari opis, sangkutkan kunci motor/ kereta/ rumah kat kotak kunci/bekas kunci/ tempat yang memang selalu kunci-kunci diletak. JANGAN letak ikut suka, seperti di atas meja makan, peti ais, toilet dan dalam poket sendiri.
SEBABNYA: Kalau ada kecemasan i.e. isteri kamu nak bersalin ke, anak kamu semput ke, kalau kamu letak kunci merata-rata dan tak jumpa, macam mana?

3. Baju/ Seluar/ Stokin yang kotor (dah guna) letak di dalam bakul kain kotor, atau kalau kamu tu dah pemalas sangat, kamu buka jer baju, seluar dan stokin terus campak dalam mesin basuh.
SEBABNYA: Isteri kamu pun manusia juga. Kalau sekali dua dia nak kena me'round' satu rumah sebab nak kutip baju kamu, ok lagi.. Tapi kalau tiap-tiap kali nak kena jadi 'bibik' kamu asyik kena kutip baju kamu yang kamu campak merata-rata tu, angin la jugak satu badan.

4. Neck tie lepas guna, gulung cantik-cantik dan letak di tempat yang kamu rasa senang nak cari
SEBABNYA: Supaya tak ada keluar perkataan yang sama "Awak ada nampak tak tie saya yang warna kuning gamba spongebob tu..?" setiap kali kamu nak bersiap ke pejabat. Nampak la skit kamu ni tersusun hidupnya.

5. Apa-apa barang yang kamu ambil/guna, letak/susun semula ditempat asal. Di ulangi. Letak balik di tempat yang kamu ambil dengan kadar segera, bukan selepas 2,3 minggu selepas guna atau selepas kamu terkena sedas bebelan dari isteri kamu.
SEBABNYA: Yang ini pun nak bersebab ke????? Teruk betul la perangai kamu ni kalau perkara se'simple' ni pun kamu tak boleh ikut dan tak de disiplin!!!!


Aku bagi kamu tips-tips yang simple dulu untuk kamu praktikkan. Kalau kamu dah berjaya disiplinkan diri dengan 5 tips paling simple di atas, kamu datang jumpa aku untuk mintak tips yang lain. Good luck.

2 comments:

papaYA said...

Bagus2..
Tapi aku the other way round, aku yg suke buat perkara2 di atas, suami aku tukang bebel..heeeeeeee

azah jaafar said...

aku lak semenjak alahan teruk preggy ni(sampaila skrg), si dia nak sepah2 ker, aku x kisah dah coz akupun jd cik tukang sepah gak.lastly si dia akan jadi cik tukang kemas balik. hehehe. baiknya suamiku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?