Jul 14, 2010

PENDEDAHAN BERANI MATI: NEW YORK SKIN SOLUTIONS

Tadi aku baru dapat e-mel, dan tak pasti kesahihan e-mel tu. Dan aku sangat berharap pada pengguna/ pelanggan New York Skin Solution (NYSS) untuk tampil dan buat pendedahan sekiranya ape yang didedahkan ni betul. (Sumber : e-mel group Yahoo!)

Sekali lagi aku nak tekankan... Aku bukan perempuan dalam ini cerita ye... Dah banyak aku dapat emel panggil aku 'D'. Aku cuma share cerita ini.

Aku bukan 'D' lah!!!


New York Skin Solutions (NYSS)

D nak bercerita tentang pusat kecantikan NYSS. D mula join NYSS dalam tahun 2007. Masa tu D terpengaruh dengan rancangan kecantikan (Chinese version) kelolaan NYSS di NTV7 sebelum pakar kecantikan di TV3. D buat first trial dan memang first trial percuma tapi sebelum masuk dia scan kulit kita. lepas tu dia buat rawatan memang best. first class punya layanan kemudian lepas habis dia minta kita tunggu kat bilik kaunseling. Masa nie dia scan lagi. dah tentu Nampak perbezaan kan sbb dah cuci muka so diapun cerita dan buat kita excited dengar. Dia bagitau problem kita dan cadangkan rawatan. Dia kata memang lepas buat 5 kali rawatan kita akan nampak perubahan. Masa tu D mintak nak balik fikir dulu sebelum buat keputusan bukan murah beb dekat RM9000 untuk 20 session. Masa nie 2 orang consultant akan masuk so jadi 3 orang. Mereka akan pujuk kita supaya terima mereka reduce harga package. D confiden sapa2 pun bila di asak bertalu2 oleh 3 orang dan takut2kan kita dengan problem kulit kita maka kita akhirnya akan bersetujukan lainlah yang kuat semangat. Setelah hampir lebih 2 jam di asak bertalu2 dalam bilik tu akhirnya D ambik package dengan collegen treatment berharga RM6800 utk 20 session. Bab pujuk memujuk nie memang consultant di New York Skin Solutions hebat. They are very persuasive. So D mulalah susun tarikh rawatan. My first consultant adalah Yuki. Masa rawatan pertama dia mintak D tukar all my cleasing produk guna New York punya brand. So D pun tukarlah habis lebih RM300 utk clenser, toner dan moisturizer. Sessi ke 2 dia mula promote collegen drink. Dia kata kalau nak lebih cepat berkesan baik ambik collegen drink nie. So habis lah RM2100 kat sini. Setiap kali rawatan dia akan promote kita supaya up gradekan package. kalau u tak buat nie lambat sikit nak ok, kalau u buat nie lebih elok, kalau u guna produk nie rawatan u lebih berkesan itulah kata2 pujukan dari mereka. Habis package yg dicadangkan pada awal tu tak bagus lah rupanya. Masuk rawatan ke 6, Yuki ditukarkan ke Subang Jaya so gantilah dengan Angel Too. Kalau Yuki dulu dia faham bahasa sikit. Kalau kita tak nak dia tak paksa .Angel nie lagi teruk. Disebabkan dia supervisor kat NY the Curve maka dia perlu mantainkan dia punya monthly sales. Sistem NY adalah seperti berikut - setiap consultant harus promote produk NY semaa rawatan dan sesiapa dapat jualan tertinggi akan dapat reward. So mereka nie akan berusaha untuk kenakan pelanggan. Betina nie tak faham bahasa.masa mula2 buat rawatan dia akan berbual dengan kita tanya macam2. So kita ingat dia mesralah tapi mereka nie dah dilatih untuk bertanya soalan bagi melihat kewangan pelanggan. Masa rawatan dibawah Angel, D terkena hampir RM4500 termasuk produk dan up grade package. Kind a scared to come out from facial room after each facial treatment sometimes. Scared to get consult ~ BUY....BUY. ...BUY or asked to top up facial courses. This situation allways make me stressed. Now.... almost RM12,000 just gone like that. Tentu nak tahu apa hasilnya kan. Masalah pore tak hilang tetap kelihatan wp sekarang dah masuk 25 kali rawatan. Masalah shagging tetap kelihatan, tiada perubahan. Ingat D ada beli collegen drink sampai habis 20 paket D minum tetap tak nampak kesan. Itu belum masuk produk harian, setiap 3 bulan kena beli sbb isi kandungan botolnya sikit je wp ditulis 50gm. Tak sampai 2 bulan cleanser habis. masalah skin oily masih macam dulu cuma kulit nampak lebih lembut sbb dah buat rawatan memanglah. My fren (kerja sama mcm D tapi cawangan lain) terkejut bila dia tengok beg biru NY ketika kami sama-sama menginap di hotel masa kursus. Dia adalah Chinese girls, dia kata macammana D boleh guna produk PENIPU. Dia pun bercerita, owner NY adalah dari Singapura. NY claim bahawa barangan mereka diimport tapi sebenarnya produk tersebut dari kilang di Seremban malah kawan D pernah pergi ke kilang tersebut dan owner kilang tu tak tahupun bahawa NY guna produk mereka. Mereka beli dengan harga yang murah dan dibawa ke Singapura untuk packing dan claim import. Harga markup lebih dari 500%. Kawan D ini handle kes NY sbb tu dia tahu detail about NY tapi D tak boleh cerita detail sbb kerahsiaan. Masa D dengar D rasa macam nak pengsan. Lepas tu D berkeras tak beli apa2 produk dari NY lagi akibatnya Angel Too tak buat rawatan untuk D sebaliknya dia suruh pelatih baru yg buat rawatan. D dah tak peduli lagi yg penting D nak habis cepat2 rawatan tersebut sbb dah bayar beb rawatan yang dia buat macam lepas batuk ditangga aje....pakaikan kita mask dan biarkan hampir 45 minit dan bila time rawatan tak sampai 15 minit pun. masa kita lama habis kat mask. D pernah dibiarkan selama sejam di bawah cold steam sampai ada bentuk ais beku kat hidung sbb terlalu sejuk. kejadian nie berlaku selepas D tolak untuk up grade package. So anda diluar sana..kalau tak de duit lebih jangan masuk kat tempat nie. Mereka adalah lintah yang tengah tunggu untuk hisap darah anda. Mereka nie kering hati dalam bab2 menipu. Jika anda lihat rancangan pakar kecantikan di TV3, setiap peserta didalam rancangan tu dapat ganjaran RM3500(dlm bentuk package rawatan) dan produk. D juga pernah ditawarkan untuk masuk dalam rancangan tu tapi D tolak. So tepuk dada tanyalah selera. 


Ada masalah kulit? Saya boleh bantu anda. Emel saya adwaseyesfl@yahoo.com atau LIKE FB Page saya Adwa's Eye Supplements For Life sekarang!!



20 comments:

Mommy Sarah said...

Isk.. mcm ni punya business pun ader ke? terperanjat Mommy!

Anonymous said...

Dasyatnye...baru igt nk try...huhuhu

Anonymous said...

Btol tu..i pon dh terkena ni..abis 45000. Sial pnya NY! Dh 2 bln i join tp muka jd lg worse! Bukan kurang tp brtmbh teruk.

Anonymous said...

dh cuba kt yun nam hair care,,,cara diorang sama je,, tp kena wat keras hati la,,seronok pulak dpt kluar dr tmpt tu without any payment,hehe,,mmg layanan dorg jd kasar lpas kita tolak offer

Anonymous said...

saya bru nk try g nyss mmndgkn kulit muka mkin brmasalah...tp bila bc balik crter kt ats tu..tkot pulak nk pegi....

Anonymous said...

adoi..biar betul..esok dah ad temujanji dengn dowang ney... nak batalkan ker???

arazuan76 said...

Alamak...dah byr voucer 10rgt.mmcmana ni...gila ahhh...untuk wife saya plak.
kesiannn plakk kena push nanti...

rosse said...

bukat kat ny je yg buat mcm tu...i ada pergi kat adeline skincare kat giant kota damansara,first beli coupon rm49 je utk rawatan yg konon2nya berharga rm300++ ..masa buat treatment tu ,diorang buat nice2,pujuk2,sweet lah konon layanan tu..then push saya utk beli serum ntah ape2 harga rm100 utk best result,i x nak..then dia keluar,tinggalkan sy ngan mask ,then masuk lagi berulang2...mula2 100,turun ke 80,then 50..last2 30 je..i degil..x nak jugak...then dia layan macam lain je..pegang muka pun macam tak ade hati sudah..
then..mcm tu lah...masa sesi konseling tu,pujuk2 sampai satu jam lebih,facial 1 jam tak sampai...memang tempat2 mcm ni nak kikis duit kita je..nasib baik i kebal oo...hahahha...so just bayar rm49 tu je lah,i tak makan pujuk an..siap dia kata muka i teruk lah,nanti suami carik lain lah...menyampahhhhh

diba ahmad said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera, mohon maaf kerana saya telah membaca masalah yang diceritakan oleh 'D' di atas dan rasa sangat-sangat simpati.



Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan NYSS ni. Saya mula melihat iklan di TV3 mengenai masalah pelanggan, rawatan dan testimoni yang sangat memberansangkan. Disebabkan pada masa itu saya mengalami masalah kulit wajah yang kusam dan jeragat maka saya pun berhajat untuk mencubanya.


Saya tahu sebenarnya apa yang dialami oleh 'D' sama seperti yang saya alami. Saya telah mula mengikuti rawatan sejak tahun 2011 sehingga sekarang cuma sejak akhir-akhir ini saya kurangkan lawatan saya ke NYSS. Seingat saya, saya telah menghabiskan duit saya lebih kurang RM40,000 dengan pelbagai pakej yang dicadang dan ditukar-tukar dan segala macam produk dan promosi. Tapi kulit wajah saya tidak banyak perubahan.



Untuk saya melihat perubahan, saya menggunakan produk penjagaan kulit jenama lain barulah kulit saya nampak sedikit cerah. Mereka di NYSS fikir produk mereka yang telah memberikan hasil tetapi tidak. Yang sedihnya setiap kali rawatan, telinga saya telah jadi lali mereka sentiasa menyebut kulit saya kasar, kulit saya kering, kulit saya gelap dan macam-macam lagi. Dengan itu mereka mencadangkan untuk penggunaan serum, produk dan macam-macam lagi. Bila pakej hampir habis, mereka akan menawarkan pakej lain lagi untuk sambungan kerana di NYSS mereka sangat mengharapkan rawatan pakej untuk bisnes yang selamat.

Siti Atiliya said...

Assalammualaikum...

saya juga pernah membuat rawatan di NY, tetapi tiada apa-apa kesan. saya mengambil 10kali rawatan dgn bayaran RM2900. sehingga la satu masa tu saya xtahan lagi kulit muka penuh gan jerawat, saya ambil keputusan berjumpa dgn doktor pakar kulit kat jln imbi. (doktor ting). alhmdulilh dlm sebuln kulit mke saya dh kering dan jerawt pn dh xde,kesn merah dimuka pn dh ilang.

terasa sakit hati juga kt NY, byr mahal2, tp hasil xde. sekarang rawtn sy di NY tggl satu, terpkse relakn diri tuk pergi, karang membazir duit plak kan, cuma produk mke sahja saya mneggunkan produk doktor ting. sesiapa yang ada masalah kulit jerawat yg teruk lebih baik berjumpa gan pakar kulit terus. just berkongsi pengalaman shja.

Ayu Jasryn said...

Laaaah yaka?? Kite baru g tadi. Napelah tak terfikir nak baca riview. Melayang 500 and dh sign agreemnt. Mmcm mana ea. boleh ke buat x tau je, produk yg beli kt depa pn x buka lagi. Takut pulak nak pakai nanti bertambah jerawat,

SITI BAINUN said...

tak da perkara yang positif ka ? untuk ny ni ?

~EVE~ said...

setuju sngt NYSS staf punye psiko kita sampai kita nak menangis jem otak fikir time tu...aku pun dah terkena...dia akan pujuk kita sampai kita amik dia punya pakej tak pun beli produk dia...aku ingat lagi time tu..rasenye lebih dari 5 orang consult yang masuk dalam bilik pakse -pakse ambil pakej diorang.aku berkeras juga tak nak siap panggil dia punya supervisor pulak.bayangkan kita seorang keliling dok pakse kita dok push..push macam ape lagi dah...sudahnye aku bajet 100 je nak xpun free nk wat facial melayang jugak 500 dia pakse beli toner malas aku nak layan amik jlh..lepas ni pada sape2 berminat nk try nyss erm blh je pergi tp bawak member la...sebagai penyelamat korang k...tak pun klu dia ckp free..lps treatment blah jlh, tp pastikan diorg tak ape2kan muka korang just facial biase je...

melliana said...

Aduhai.. Sy baca blog ni pun sbb baru terkena. Dlm kita berhati2 pun boleh terjebak. Mujurlah baru byr rm 200. & terus call aduan pengguna sbb nk batalkn package. Mereka dah beri panduan apa yg perlu dibuat.
Sebenarnya, kita memang selalu berhati2, tapi bila tang bab wajah ni, entah lah.. Senang je diperdaya. Bukn kita tak bersyukur dgn apa yg ada, cuma nk merawat & memelihara. Tapi mereka yg buat package rawatan yg tak menasabah & nk perah pengguna ni memang rakus & x beretika..
Sy terkejut bila baca ttg asal usul produk nyss ni.
Apa pun tq atas atikel di blog ni. Hrp org lain yg berhasrat nk ke nyss terbuka hati,diberi ilham utk bukak blog ni..semoga mendpt iktibar.

Nur Hidayah said...

OMG...so i pun dah tekena la nie...event package yg i ambik pn just for RM4000 ..Tp tu duit jgk...i start rs x believe NY ni cause.. My face Bkn betambah ok.. tp... scarry la tgk.. nk g office pn malu..sume tanya knp muka.. i tgglkn NY tu dgn 7 kali treatment lg.. n berbaki RM 790 Lg x byr.. so mcm mne ni? buat x tahu je ke ap ngan cll dr NY yg x sudah3 cll i swuh g treatment...

Mama Adwa said...

Saya cadangkan kepada sesiapa yang dah terkena atau rasa diri terkena, byat report dengan tribunal tuntutan pengguna

Siti Norsyahraini said...

Salam. Sis saya nak tanya macam mana nak batalkan pakerjnya? Saya baru terkena semalam, saya baru bayar rm150.

nur ikhlas said...

Saya pn penah kena gini gak tp kat london weight,sama je kisahny pun,mmg diorang ni paksa memaksa,mmemang skit hati,kes saya dah 3thn lps tp diorang still col suh wat rwatan,sy x layan dah...kepada mereka yg memang bnyk duit x kisah melabur kat mereka bleh lavwat rwtan.tp memang PENIPU,lam tv tu smua tektik mengarut so harap jgn tpedaya..

Amiera Mera said...
This comment has been removed by the author.
macai tegar said...

x sangka mcm tu.. aku paling benci cara perniagaan yg macam ni.. aku arap ramai lg yg baca blog ni sebelom try NY skin ni.. Thanks to author sbb share bnda ni.. at least kita sume taw mcm mana NY skin ni sbnrnye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?