Jul 14, 2010

L.E.M.A.U.

Minggu ni aku isytiharkan minggu lemau bagi aku.

Serius aku memang tak de mood nak buat ape-ape kerja.

Dok kat opis, asyik layan tenet jer. Maaf yer bos-bos sekalian, minggu ini bukan minggu berintegriti aku.

Pada aku, buat kerja rajin-rajin pun, kalau bos kedekut markah LNPT, sama je macam bermalas-malasan.

Terutamanya, bos yang seksis. Diulangi. Seksis. Bukan seksi, tapi seksis yer tuan puan. Bos ini, yang lebih prefer idea dari kaum adam yang kononnya lebih bernas dan terhasil bukan kerana emosi. Hampas. Yang lebih mempercayai kaum adam lebih pandai buat kerja berbanding kaum hawa, maka meletakkan tanggungjawab menggalas mandat yang diberikan oleh pihak atasan kepada kaum adam sahaja. Hampas. Salah akukah menjadi sperma X terkuat dan berjaya hidup di dalam rahim ibuku, lalu lahir ke dunia dan membesar dan bekerja sepasukan denganmu?

Ape kau ingat kaum hawa tak boleh menggalas tanggungjawab? Siapakah yang melahirkan kau ke dunia kalau bukan si hawa yang kau pandang sebelah mata ni? Tahukah kau tanggungjawab mengandung, melahirkan, membesarkan kau sehingga kau berada di tempat yang kau ada sekarang ni merupakan tanggungjawab yang besar nian? Aku tak kisah kalau kau nak perkecilkan idea kami serta memandang kami si kaum hawa ni dengan sebelah mata kalau kau tu berpasangan dengan kaum sejenis dan pasanganmu itu yang mengandung, melahir dan membesarkan anakmu. Kan? Tapi Allah Maha Agung, tanggungjawab tu tak diberikan kepada kaum sejenis mu.

Jadi tak perlulah nak menunjukkan dengan ketara yang kau tu bersifat seksis. Kaum adam, kau hargai. Kaum hawa yang sepasukan denganmu? Adakah sekadar sex subject untuk kau persendakan sahaja dibelakang isterimu? Nasib baik aku dah kawin. Bagi yang bujang, tak pernah terlepas daripada usikan berbaur lucah, sama ada secara tersurat mahupun tersirat. Sengal...

Sekarang menunjukkan jam 4.53 petang. Tahap lemau aku makin meningkat. Kalau aku keropok, memang dah tak sedap langsung dimakan. So, i'm out of here. Nak pergi perah susu untuk bekalan Adwa esok. Calo mere betey.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?