Mar 14, 2010

MATTA FAIR 2010

Minggu ni kua dating lagi...Venue : PWTC

Semalam Abah Adwa bawak pergi MATTA FAIR 2010 kat PWTC. Mak aih punyer la ramai orang weh... Mau berpuluh ribu manusia yang pergi sana...
Abah Adwa saje je, plus nak suvey harga kalau nak pergi honeymoon. Yups.. Kiteorang belum sempat pergi honeymoon. Sebab aku bunting pelamin dan kena mabuk yang sangat teruk. So plan untuk honeymoon tu tertangguh la sampai sekarang... Anyway ada few things yang aku belajar bila pergi MATTA FAIR ni:

1. Aku naik lrt dari Wangsa Maju. Then tukar naik STAR dari Masjek Jamek ke PWTC. Langkah sangat bijak sebab jalan keluar-masuk ke PWTC sangat X 100 lah jammed. Langkah kurang bijak : Aku beli one way ticket. Punye la ramai manusia. Terpaksa beratur panjang. Lain kali sila beli return ticket yer Mama Adwa... Dalam keramaian tu, ada seorang warga emas ni dari belakang terus memotong barisan, menghulur duit kepada seorang pemuda sebangsanya, meminta bantuan belikan tiket. Mamat ni tengok pakcik tu, dia terus menggeleng, dan minta pakcik tu untuk beratur. Sape yang salah? Adakah pakcik yang dah separuh abad tu yang salah sebab sesuka hati jer nak potong barisan dan mintak orang belikan tiket? Atau adakah pemuda yang cuba menjaga sensitiviti orang lain tu yang salah. Pada aku, management STAR yang salah. Sepatutnya, wujudkan kaunter khas untuk warga emas. Lebih mudah bukan???

2. Kemudahan di LRT. Servis LRT sangat bagus. Tren tak pernah lewat. Cuma minda rakyat Malaysia masih belum lagi di tahap kelas pertama. Nak masuk dalam tren masih berebut-rebut. Tunggu la orang dari dalam keluar dulu. Ni main redah jer. Lepas tu ada sorang ni pakai wheelchair. Bukan ke LRT ni sepatutnya mesra OKU? Surely ada la tempat khas untuk wheelchair, tapi in which gerabak??? Takkan la orang istimewa macam ni kena meredah sepanjang-panjang gerabak tu untuk cari tempat khas untuk wheelchair? RAPIDKL kena kaji balik lah mende macam ni.

3. Bila pergi MATTA FAIR, dalam kepala mesti dah ada tempat-tempat yang kita aim untuk pergi. Bukan datang baru nak fikir mana nak pergi. Dan bila datang, mesti ada RM yang sangat banyak. Sebab harga murah bagi pakej percutian hanya di offer masa MATTA FAIR sahaja. Jangan lupa bawak makanan, minuman dan pen juga. Sebab korang akan banyak berjalan. Bila banyak berjalan korang akan cepat lapar dan dahaga.

4. Kepada korang yang ada baby dan anak kecil, tolong lah jangan bawak. Sangat la ramai orang kat sana... Dah la ramai, nak beli tiket (RM3 dewasa, kanak-kanak tak ingat) kena beratur punyer la panjang... Sanggup tuh... Tapi bila nak masuk security bukannyer check pun. Cisss sungguh!

Ni ada few pictures aku upload masa pergi MATTA FAIR. Don't mind the quality. Amik guna phone camera.Owh yer, next MATTA FAIR is in September 2010. So, kumpul duit siap-siap ler...


Punyer la ramai orang... Sorang charge RM3. Kalau seribu orang? 10 ribu orang?


Masa beratur nak beli tiket masuk.
Untuk RM 3, dapat bag dan juga baucar spa RM100 sorang... Ok la kan...
Cantik gak, leh guna buat beli lauk kat cafe, hehehe...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?