Mar 11, 2010

KEPERLUAN ATAU KEHENDAK?

Klau entri sebelum ni aku sibuuuuuk sangat nakkan baby carrier cap Baby Bjorn yang harganya mencecah lebih RM500. Dan Abah Adwa dah belikan baby carrier Mothercare. Pun best jugak, walaupun tak secantik Baby Bjorn tuh. Huhuhu... TQ Abah Adwa...


Jadi kesimpulannya, baby carrier adalah keperluan. Baby carrier yang sangat cantik cap Baby Bjorn yang berwarna Pop Green itu pulak adalah kehendak. Hehehehe....

Sekarang aku dah ada penyakit lain pulak.

Breastpump cap Tollyjoy yang Abah Adwa belikan tu sudah menunjukkan tanda-tanda ingin bersara. Maka aku pun mulalah gatal-gatal tangan dan mata survey breastpump baru. Oleh kerana aku sangat mementingkan ciri-ciri berikut:

1. Takkan sakit bila guna;
2. Portable, senang dibawak ke mana-mana dan senang nak guna bila2 masa.
3. Tahan lama, berbaloi untuk wang.
4. Leh guna sama ada letrik atau bateri (tak mo la guna manual.... leceh.). Kalau guna letrik je, susah, nak kne cari plug pulak... Maleh tol la time memalam nnt...
5. Boleh stimulate untuk produce lebih banyak susu.

maka aku telah TERsurvey sumthing yang sangat best (dan MAHAL!!):

MEDELA FREESTYLE BREASTPUMP



Harga kat Littlewhiz :RM2,299.00
Harga kat eBay : RM1,480.00
Harga kat xxxx.blogspot.com : RM1,599.00
Harga kat lilkaistore : RM1,688.00
Harga kat Mudah.my : RM1,650.00



Sangat best... sambil pam boleh buat keje lain... tak yah susah-susah nak pegang jer pam tuh...

Hohohoo... Duit oh duit... Kalau aku ada duit......Nak breastpump ni.... Nak.... Nak....

Kena kumpul duit ler... Sebulan 300... dalam 6 bulan dah boleh beli... tapi lagi 6 bulan Adwa still minum susu ker????

2 comments:

papaYA said...

Medela memang brand breast pump yang KKM guna. Ada yang cecah RM5K beb. Semalam aku pergi tengok kat Hosp.Sungai Buloh masa buat naziran. Kotak die kecik sikit dari kotak tisu.

Walaupun aku tak preggie lagi, mungkin aku patut save duit mulai sekarang ;)

Mama Adwa said...

Yer.. Sila simpan duit yer... Breastpump memang ada yang murah. Tapi bezanya dengan yang mahal adalah dari segi kecomfortan dan juga rhytm dan kekuatan suction. Aku nak Medela!!! Huwaaaaa!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?