Mar 27, 2010

KENAPA SAYA SUKA KERJA GOMEN

Hari ini saya akan bercerita mengapa saya suka bekerja di gomen atau menjadi seorang penjawat awam:


1. Ramai orang kata keja gomen senang, keja gomen goyang kaki.

2. Ramai orang kata keja gomen untung, pergi hospital tak payah bayar.

3. Ramai orang kata keja gomen best, sebab hari Jumaat waktu rehat dia dari pukul 12.15 tghari sampai 2.45 petang.

4. Ramai orang cakap keje gomen untung, sebab kite leh beli umah, kete, komputer guna pinjaman gomen.

5. Ramai orang cakap keje gomen best, sebab orang kampung hormat kite, sebab kita ni berpangkat Tuan ADO atau Dato' ADO... Orang kampung berebut nak bagi pisang, rambutan, durian masa musim buah... Dan orang kampung beratur nak kenenkan anak dara diaorang dengan korang sebab nak bermenantukan Tuan ADO...

6. Ramai orang cakap bila kite keje gomen, sume orang akan hormat kite dan mintak kite tolong dia orang dapatkan keje, dan kite bangga sangat bila sign borang permohonan kerja orang dengan ada cop 'Penolong Pengarah (U) O3' (siot tol... jaga kau yer)

7. Orang kata keja gomen best. Masuk kol 8.30... Kol 10 leh gi lepak kedai mamak minum-minum... Kol 1 gi lunch.... Lagi 10 minit kol 5.30 dah leh kemas-kemas beg, workstation dan bersedia untuk mesin punch card berbunyi... Kol 5.30 tepat terus angkat bag, gi kat mesin punch card dan ktap! Yeay! Leh balik!!!!!

Mama Adwa : Aku tengah tak puas hati kat seseorang yang berfikiran seperti ketujuh-tujuh perkara di atas. Salah guna kuasa, tidak berintegriti, malas buat kerja, tak fokus masa buat kerja, tak ada inisiatif untuk belajar dan memperbaiki diri... Aku sebagai leader tak reti nak guide anak buah ke? Aku dah cuba, malah aku guide dia macam emak guide anak sendiri. Tapi... Dia kecewakan aku semalam....

Kali ni aku dah tak dapat bagi dia peluang lagi...Aku mintak maaf, aku dah bagi dia banyak peluang... Namun kesalahan dia kali ni terlalu besar... Melibatkan integriti dan dia sendiri yang rosakkan masa depan dia... Dan dia harus terima hukumannya...Before this he never learn from his mistakes... Maybe this time will make him learn sumthing from his own mistakes.. Hopefully.. Haih...

Ya Allah, jika ini jalan terbaik untuk dia, perkhidmatan awam dan negaraku... Kau permudahkanlah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?