Mar 22, 2010

JANGANLAH KAU JUAL MINYAK WANGI JIKA KETIAKMU SENDIRI BERBAU TENGIK...

Entri aku nih takde kena mengena dengan bau ketiak sesape...
Yer, tajuk di atas mengingatkan aku ketiak akak salesgirl kat Globe tu memang la busuk.. Tapi aku tak nak cakap pasal bau keti (short form untuk bau ketiak) dia....Tajuk di atas hanya perumpamaan kepada ASTRO.... Yang kononnya bagi servis terbaik tapi sebenarnya hampasssss...

Sekarang sibuk mempromo Astro Beyond dia yang gambarnya cantik dan jelas... Yang aku tak tahan, berani keluarkan kenyataan dalam iklan dia,

"Anda belumlah mengenali warna merah sekiranya anda belum melanggan Astro Beyond..."

Iklan ni pernah kua dalam radio Era... Hampas betol.... Entri ni cuma aku nak meluahkan rasa tak puas hati dengan kekurang hajaran ASTRO...

Mentang-mentang kau jer service provider stesen tv berbayar, sesuka hati ko jer nak naikkan harga yer... Pakej yang asalnyer RM 49.90 sekarang dah jadik RM69.90... Kalau naikkan harga tapi servis makin bagus tak pelah jugak.

Ni harga makin mahal, tapi bila time hujan ko punyer siaran pun hilang! Ape kes???? Hampas tau tak???

Sekarang ko bolehlah berlagakkan, sebab ko sorang jer provider stesen tv berbayar. Tunggu la nasib ko nanti bila ada pesaing....

Mungkin korang akan cakap...

"Banyak sangat komplen tak payah la pakai Astro.."

Masalahnya, kau buat macam ni sebab ko tau orang Malaysia ni takde pilihan kan? Nak tak nak memang kena pakai Astro, especially tempat yang nak dapat siaran tv kena pakai arial tv yang disambung dengan batang paip yang tingginyer sama dengan bangunan 18 tingkat! Hei Astro! Pernah ke ko usaha untuk baiki servis ko sendiri dari sibuk dok mencekik leher orang jer????

Ni dok sebok promo Beyond yang kononnyer sangat2 full HD, tapi bila hujan still tak dapat siaran gak...

Kes Astro ni sebenarnyer sangat tepat diumpamakan macam pakai motor...

Pakai motor, mahal ke, murah ker, bila hujan kat bawah jambatan gak tempatnyer.. Kan????

1 comment:

mohd sadali said...

aku setuju, sokong. kalo ada pesaing ok la.,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?