Mar 3, 2010

CINTA SI LAYANG-LAYANG

Kredit kepada cik Kinkin... Nih e-mel yang dikirim oleh Kinkin....

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.
Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.

Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..

Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..

Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..

Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..



Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....

Hidupnya kini menjadi sepi...

Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluq Nya..Manusia bagaimana? Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi... kita manusia.......???

Mama Adwa : Hargailah cinta yang tergenggam di tangan... Jangan biarkan ia terlepas kerana kesilapan yang dilakukan akibat kebodohan kita... Hargailah setiap minit yang diluang bersama orang yang dicintai. Siapa tahu di masa akan datang ia akan menjadi sebuah kenangan yang akan menemani kita di kala kita kesepian seperti burung itu nanti.... Abah Adwa, loves u a lot!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?