Nov 6, 2009

ON THE DAY HE WAS BORN...

HARI 0

Harini secara rasmi aku menjadi seorang ibu kepada baby boy yang sangat comel... perasaan bercampur baur... yelah.. 9 bulan aku & suami menunggu kelahiran cinta hati kami berdua ni... finally dapat la tengok muka dia.

Anyway anak aku lahir ikut tingkap,hehehe... secara ELSCS (Effective Lower Segment Ceaserean Section) atau orang cakap ceaserean... hm, punya la boring menunggu turn nak kena operate, sampai aku tertidur. Sebelum tu pagi td dah ada pakar bius datang interview. Aku ni dok tunggu bila la turn aku ni. Sedar-sedar je ada 2 orang nurse datang kejut dan bawak katil OT and soh pakai ‘uniform’. So dalam keadaan blur dan mamai baru bangun tido, aku pun ikut je la ape nurse tu cakap. Memula dia soh aku makan ubat, ada 2 jenis, pil ngan liquid. Ubat yang liquid tu kan, rasa dia... PERGH!!!!! menjolok anak tekak sungguh! tapi disebabkan tahap ke'blur'an aku time tu mengatasi segalanya, aku tak tanya pulak ubat tu untuk ape. Lepas makan ubat tu, dia soh aku pakai robe/ baju untuk masuk OT and pakai menatang sarung kepala tu. Eh, lupa nak cakap. Aku ni kena puasa start dari kol 12 tgh mlm tadi... so sbb tu nak menunggu utk masuk OT tu merupakan satu penyeksaan (lapar siot). Bila dah pakai baju tu, nurse soh aku naik katil yang dia bawak td, sikit punye tinggi daaa... bila aku angkat je kaki nak naik katil tu, aku baru teringat and aku terus ckp kat nurse tu "eh, jap, saya blom call suami saya lagi"... mungkin paham dengan situasi aku yang blur2 ayam tu, nurse dua orang tu pun bgtau soh suami aku tggu kat bilik menunggu n diaorg tgk je la aku lompat dari katil tu call suami aku...

Then aku naik blk katil yg tinggi tu and diaorg pun tolak la gi OT kat tingkat satu. masa baring dan diaorg tgh tolak katil tu, segala mcm doa la aku baca sambil tengok lampu kat siling (ala mcm dalam drama melayu tuh). Hahaha... pastu diaorg bawak aku masuk dalam satu bilik ni, mc holding room la sebelum diaorg tolak aku masuk OT. So aku mcm dah mamai-mamai skit, sebab ubat yang aku makan tadi ke? Dalam 10 minit gak la aku dok kat situ, then diaorg tolak aku masuk dalam OT 4. Pergh... Ni 1st time ni aku masuk OT, seram wooo... then aku pon tukar katil la, dari katil yang diaorang sorong aku tu, ke katil dalam OT tu. Aku jeling la jam. Kol 11.20 pagi. Pastu diaorang nak bagi bius, diaorg mintak aku duduk and luruskan kaki, pastu diaorg bagi bantal soh aku peluk (diaorg bius separuh jer, so masa operate ni aku sedar 100%, cuma tak rasa sakit torehan tu je). So aku bajet mesti sakit nih, ye la, nak cucuk ubat bius kat tulang belakang la kan.. pastu aku ada 2 orang Dr. Ni mcm sembang-sembang. Sorang macam bagi guide kat sorang lagi.. Aku punya la tunggu, dok sembang je, bila nak cucuk ni? Alih-alih dah siap, aku tak rasa ape pon  Then diaorang soh aku baring balik, sebab nak pasang keteter (ala, beg yang ada wayar untuk kencing tuh). Pakar bius tanya aku kaki dah start rasa kebas ke? Aku cakap belum. So diaorang mintak la aku bengkokkan kaki sebab diaorang nak pasang keteter tu, skali aku tak leh nak angkat pun kaki aku. Rupanya ubat bius tu dah jalan, kaki rasa lembik giler... Mcm ni la orang yang lumpuh rasa agaknyer, aku pun tak tau. Masa tu leh nampak ler diaorang prepare gajet-gajet untuk godek perut aku nanti. Aku sempat ar jeling jam lagi sekali. Pukul 11.40 pagi.

Then diaorg pasang pengadang (tak nak bagi aku nampak kut)and bentang la kain hijau dua tiga lapis. Pastu pakar bius kate “sedia ye, kita nak mula dah”. Disebabkan aku sedar, aku amatlah rasa bosan... ye la, baring jer... So aku pun dengan selambanyer leh ajak pakar bius tu sembang-sembang ngan aku.. ni namanyer peramah tak bertempat. Hahaha... so dia la yang bgtau ape doktor yang tengah bedah aku tu buat... pastu dia cakap “okay, doktor dah nak keluarkan baby dah...” masa tu aku dah tak sabar nak dengar dia nangis. Pastu doktor tu cam struggle giler nak keluarkan baby dari perut aku. Siap aku dengar dia ckp “eyaaahhh”. Dia siap pandang aku dan cakap “budak ni panjanglah, susah nak keluarkan dia” pastu aku gelak jer lah... tetibe doktor cakap “okay..” aku rasa ada mende berat dia letak atas kaki aku. Anak aku kot? Pastu doktor tu tengok aku and cakap “Okay, baby you dah keluar, diaorang pergi bersihkan dia, nanti bawak jumpa you. Skarang kita jahit balik ok?”

Masa doktor tu dah jahit, baru diaorg bawak anak aku, nurse tu tunjuk kemaluan dia dan tanya “ok, ni baby apa?” aku pon macam budak-budak jawab “baby boy..” pastu dia bagi aku cium anak aku then terus bawak keluar jumpe husband aku. Sementara doktor tu jahit (lame giler, boring) aku dah mengantuk dah. Pakar bius siap soh aku tido lagi.

Bila dah siap diaorang bukak la sume kain hijau tu, aku terus menggigil... giler sejuk OT nih... then aku dibawa ke recovery room untuk monitor aku jap dalam setengah jam, kalau okay leh bawak terus balik wad. So dalam menggigil tu diaorg pantau aku and letak warmer... aku pun tido... lepas setengah jam, diaorang ready nak bawak aku balik wad... aku ni dok pikir anak aku jer... macam mana la rupa dia... sempurna ke.. mcm mana agaknya suami aku bila 1st time tengok anak kami? then kua dari recovery room tu dia terus panggil husband aku. Husband aku terus datang and pegang tangan aku... Bahagianyer rasa... “Sayang, baby dah bagi hadiah termahal sekali untuk sayang tau...” Aku nak cakap mcm tu kat dia, tp tersekat kat kerongkong aku ni hah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?