Nov 18, 2009

Apa yang perlu anda tahu – Melahirkan anak melalui Pembedahan LSCS @ Caeserean

1. Berpuasa mulai 12 tengah malam sebelum hari pembedahan.
2. Rehat secukupnya.
3. Kalau share wad dengan orang lain, selalunya nurse tak bagi suami tunggu @ jaga. Mak @ mak mertua @ kakak ke, slalunya nurse bagi tunggu @ jaga kita. Ye lah, operation mana leh bangun sangat kan..
4. Batuk selepas pembedahan – tampung bahagian luka pembedahan dengan kedua-dua tangan apabila batuk. Jangan tahan diri daripada batuk kerana batuk dapat mengurangkan kesan bius dan mengelakkan daripada kena spinal headache (sakit di bahagian leher dan menjalar ke kepala – rasa leher macam nak meletup. Seriously, memang macam nak meletup!!!!).
5. Jika kena spinal headache – minum kopi pekat @ Coke ( kandungan kafein dapat mengurangkan sakit kepala – doktor yang cakap). Baring mengiring dan bila nak bangun, bangun perlahan-lahan, mengiring dan jangan bangun mengejut.
6. Makan kena pantang – tak boleh makan apa-apa yang ada unsur telur, atau ape-ape yang gatal lah. Minum pati ikan haruan @ gamat kalau nak luka cepat baik.
7. Bawa breast pump – perah susu dan susukan baby seawal mungkin, nak ensure baby dapat susu awal @ colostrum. Selalunya lepas operation kena baring 6 jam dan tak boleh makan ape-ape pun. Kalau baring macam mana nak susukan baby. Kalau baby tido, bukan dia tak lapar. Dah dia memang suka tido. Kejut je dia tiap-tiap 2 jam dan bagi dia menyusu. Kalau tak nak bangun, paksa dia bangun jugak. Kalau tak kerap menyusu nanti baby kena jaundis.
8. Cara nak kejut baby bangun – geletek tapak kaki, telinga dia. Kalau dia stop hisap puting, cuit bawah dagu dia.
9. Sesetengah orang akan dapat sakit perut @ orang panggil ‘rengat’. Rasa sakit memulas-mulas macam kite kena PMS (period pain) tapi lagiiii sakit lah dari PMS. Bila sakit panggil je nurse mintak pain killer. (aku kena second dose baru lega – sakitnyer aduyaiii... menggigil woo...aku pegang pagar katil tu dah macam nak patah sebab sakit melampau).
10. Selalunya second day nurse dah cabut keteter dan soh kite berjalan pergi bilik air kalau nak kencing... tipu belaka!!! Lepas cabut keteter tu kencing memang tak leh nak kontrol (aku asyik la terkencing atas katil sebab tak sempat nak pergi toilet) jadi mintak ler bekas untuk tadah air kencing. Kalau tak asyik la kena tukar cadar, baju sume sebab satu badan berbau hancing!!!
11. Kalau boleh bangun, berlatih berjalan hari kedua selepas pembedahan. Jangan manjakan sangat badan tu.. permulaannya jalan slow-slow pergi toilet untuk tukar baju ke, gosok gigi ke. Suami pulak boleh tolong pimpin dan tukarkan baju isteri. Kalau boleh bila discharge dan ada orang yang boleh tolong dukung baby, tak payah la naik wheelchair.. try berjalan slow-slow. Bila lagi nak merasa jalan 0.5 meter seminit dengan pakai t-shirt dan kain batik kat tempat awam kan? Hahaha...
12. Orang cakap kalau beranak ceaserean ni tak boleh bertungku @ mengurut... ni bergantung pada bidan la. Sebab aku rilek jer buat sume tu, tapi jangan la usik tempat luka..
13. Lepas mandi lap tempat luka kering-kering. Pakai seluar dalam potongan tinggi, macam girdle ke, so getah seluar dalam tu takkan terkena luka tu.
14. Kalau luka berair ke, bernanah ke, cepat-cepat pergi klinik. Selalunya diaorang buat dressing dan bagi antibiotik jer.
15. Ada sesetengah orang cakap, sepanjang tempoh berpantang kite tak leh duduk dekat dengan suami. Tak leh tido sebilik, tak leh nak manja-manja, berkepit jer ngan suami walaupun tak buat ape-ape. Katanya nanti luka tu lambat baik dan rahim lambat kecut. Aku pun tak tau sejauh mana la kebenarannya kan. Agaknya sebab tu la orang dulu-dulu pakai pilis/ bedak param yang busuk tuh kat satu badan, sebab tak nak bagi suami dekat la kot. Hehehe...
16. Minum air panas/ suam untuk keluarkan angin cepat-cepat.. kalau boleh selagi belum keluar angin (sendawa ke, kentuuuut ke) jangan makan dulu, orang tua-tua kate nanti perut buncit. hehehe

1 comment:

Anonymous said...

Amiable post and this post helped me alot in my college assignement. Say thank you you for your information.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?