Dec 31, 2009

Baju untuk ibu-ibu menyusu

Haih.... susahnyer la nak cari baju kurung ke, kebaya ke, jubah ker yang tak perlu nak selak-selak kalau nak susukan Adwa... Browse la kat internet, tak banyak orang jual baju-baju camni... Kalau nak tempah kat tailor bape lak diaorg amik ekk.....

Dec 29, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN NURUL NADIAH DAN YASSIR LUTFI

Nad tengah praktis nak jadi mama. Yassir pulak senyum terpaksa :p

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Godmother Adwa ~ Nurul Nadiah Zainal Abidin dan pasangannyer yang tinggi menggalah Yassir Lutfi (Penang mari). Moga korang kekal ke akhir hayat la yer... Kau memang cantik Nad haritu (raja sehari wajib puji). Tapi kecantikan kau tak dapat menandingi kecomelan Adwa (Adwa muka tak puas hati ~ baru bangun tido & tengah lapo tapi mama ngan abah soh dia senyum) hehehe jangan mara haaa... Nad, macam mana kau leh nampak kurus haa?? Shazleen kata muka kau macam Barbie (hehehe).

Dec 27, 2009

JUMPING WITH JOY :D




Today i got a very beautiful bouquet of flower from my hubby! Serius seronok! I just cant help myself from keep on smiling and smell dat beautiful flowers all day long! No wonder orang cakap pompuan suke bunga... Aku tak de la cakap aku suka bunga, but i do love surprises! Ok2, I do love flowers, especially when sumone u love the most gave u dat flowers ;)

HIDUNG ADWA TERSUMBAT!

Adwa tak sihat harini... Nangis-nangis sebab idung dia tersumbat. Jap lagi nak bawak dia gi klinik, semalam bawak dia gi klinik amik ubat kahak, sebab ingat selsema dia dah ok. Rupanya lepas botak ni makin teruk pulak... Korang ada ape-ape tips tak leh share ngan aku? Kena bagi dia pakai topi ke masa tido? FYI aku tak pakai aircond kat umah, pakai kipas jer. Aku dah try tinggi kan bantal tido dia, tapi dia macam tak selesa jer, sebab dia tido tak lekat bantal, pagi-pagi jer bantal dah ilang. Malam tadi ok gak dia leh tido, malam sebelum tu (masa tu baru botak) lgsg tak tido dia... nangis jer lah...

Aku nak bawak Adwa pergi klinik lah.. Sian kat dia dok soh seh soh seh susah nak nafas. Aku nak keluar. GTG....

Dec 25, 2009

ADWA TAK BERAK :p

Adwa ni jenis tak berak hari-hari. Aku dah risau.. Dua minggu lepas seminggu dia tak berak ek.. diulangi, seminggu! So aku bawak dia pegi Klinik Presint 9, doktor cakap tu normal kalau babay yang fully breastfed dia tak berak sampai seminggu dan perut dia tak kembung ape pun...

Semalam member ada ajar, nak bagi anak berak at least 2 hari sekali... Dia cakap mak dia yang bagi petua ni. Memula cari pasir sungai (aku pakai garam kasar jer) dan goreng tapi jangan pakai minyak masak pulak. Goreng sampai pasir/garam tu panas, then campurkan pasir/garam kasar tu dengan lada hitam.

Letak kat dalam kain dan buat macam bunjut, tuam kat perut baby. Ala macam korang bertungku masa lepas bersalin tu lah. Tapi sebelum tuam kat perut baby test la dulu kat diri sendiri. Kalau panas dia okay jer, leh tuam kat perut baby. Lagi elok kalau korang buat ni sejak baby dalam pantang lagi..

Masuk harini dah seminggu Adwa tak berak nih. So pagi tadi aku pon try la petua yang member aku citer ni. Aku goreng garam kasar then tuam kat perut dia lepas mandikan dia pagi tadi. Pastu petang tadi dia berak! So petua ni leh pakai la kan.. Try la... bukan ape. takut baby kembung perut kalau lame tak berak nih.

Dec 22, 2009

MAJLIS AQIQAH ADWA







Selesai dah Majlis Aqiqah Adwa yang kiteorang buat kat umah sendiri kat Putrajaya 18.12.2009 haritu.... Kebetulan cuti Awal Muharam kan. Thanx kat semua yang sudi datang...

ATTENDING KENDURI KAWIN@KLANG

Anis, Cik Mat, Din Dang, Malia, AKU, Sayang & Adwa


Ni first kenduri kawin yang Adwa attend. Kat umah pengantin pompuan kat Klang. Campur sesat barat, Adwa tido, bangun, tido balik baruuuu sampai (susahnyer nak cari umah pengantin). Sian Adwa.. Tengok dia dalam gambo pun layu jer hahaha....Apsal abah dia cam tak selesa jer pegang Adwa. Anyway semoga berbahagia hingga akhir hayat untuk Malia & Salehuddin Din Dang. Cepat-cepat la dapat baby ye ;) Nway Malia you look gorgeous that day!

Dec 15, 2009

ADWA'S FIRST OUTING!


Adwa nyer first outing kat Jusco Tebrau... Best jer dia tido dalam stroller COMBI dia.

Dec 13, 2009

KEBAIKAN SUSU IBU

Ok, sebagai seorang ibu yang fully breastfeed baby aku, aku nak share sikit la dengan korang sume pasal kebaikan susu ibu nih. Info nih aku dapat daripada buku PANDUAN CAP : SUSU IBU JADIKAN ANAK LEBIH PINTAR & SIHAT yang diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Pak mertua aku yang belikan buku ni time aku ngandungkan Adwa, so aku review skit la content buku ni. Kalau nak korang bleh cari kat kedai buku. Tak mahal, RM4 je. Bagus buku ni. Bagi info yang kadang-kadang kita takleh dapat kat mana-mana buku/ internet. Aku review skit yer... Bismillahirrahmanirahim...

Kajian menunjukkan bayi-bayi yang meminum susu ibu:

1. Mempunyai IQ yang lebih tinggi;
2. Mempunyai kebolehan bertutur yang lebih baik;
3. Mempunyai sistem imun yang lebih kuat; dan
4. Lebih cepat berjalan;

Kebaikan susu ibu adalah:

1. Menguatkan sistem imun bayi dimana ia:
a) Melindungi bayi daripada gangguan usus;
b) Mengurangkan risiko lelah;
c) Mencegah cirit-birit;
d) Melindungi bayi daripada meningitis;
e) Melindungi bayi daripada jangkitan pernafasan;
f) Mengurangkan risiko Arthritis Reaumatoid;
g) Melindungi daripada masalah penglihatan;
h) Mengurangkan risiko osteoperosis;
i) Mengurangkan kerosakan gigi;
j) Mengurangkan ekzema; dan
k) Mengubati jangkitan mata.

2. Lebih mudah hadam; dan
3. Bebas daripada pencemaran dan
4. Bayi sihat dan montel.

Hmmm... banyak tu kelebihan susu ibu... yang no. 4 tu aku sendiri pandai-pandai tambah, hehehe... Sebab Adwa memang sihat dan montel.. Dia lahir 2.95kg.. umur sebulan berat dia dah 4kg.. Umur 2 bulan berat dia dah 5.5kg.. korang bayangkan la... lagipun save la bajet skit. Tak payah la keluarkan duit nak beli susu formula yang mahal tapi ntah ape ntah la khasiatnyer. Yelah... kite pengguna ni mane la tau sangat ape kandungan dalam susu formula tu kan. Percaya je lah dalam susu tu ada DHA la, ntah macam-macam nama pelik lagi la.. agaknyer kalau dia tulis kalau anak kte minum leh dapat power cam citer Heroes tu pun kite percaya jugak kot. Kuikuikui... Eh, korang ingat baby yang korang susukan tu je ke dapat manfaat? Eh korang ex- mak buyung pun dapat manfaat tau tak....

Menyusukan bayi boleh:

1. Membantu ibu mengurangkan risiko kanser payudara;
2. Membantu ibu mengurangkan risiko kanser ovari;
3. Membantu ibu melangsingkan tubuh;
4. Mengecutkan rahim selepas bersalin;
5. Mencegah pendarahan postpartum;
6. Mencegah kehamilan secara semulajadi; dan
7. Melindungi ibu daripada anemia.

Aha... bestkan.. tapi aku rasa hot mama sekalian paliiiiiiing suka yang nombor 3 tu kan.. kan... terbukti ape... artis Hollywood sume breastfeed anak diaorang dan cepat jer dapat figure balik (selain tu kena la bersenam, kalau breastfeed tapi asyik makan,tido, makan, tido jer tak kemana nyer lelemak tegar korang yang bergayut-gayut tu). Tapi dalam buku ini ada informasi yang menasihatkan supaya ibu-ibu yang breastfeeding jauhkan diri daripada ambil sebarang ubat. Ini kerana ubatan yang korang amik akan berpindah daripada darah kepada susu dan boleh mudaratkan baby korang. Ada la a few ubat yang buku ni explain jenis ubat dan kesannya kepada baby, antaranya PIL PENCEGAH KEHAMILAN. Kalau nak tahu lebih lanjut korang kena la beli buku ni kan...

Dec 10, 2009

VITAMIN YANG PENTING UNTUK TUBUH

Ok la.. Aku dah lama tak update blog ni.. Sorry la ekk.. bukan ape.. elok-elok ada broadband aku gi potong (dah dalam tv asyik cakap potong jer)... hehehe.. takde la.. tak mampu nak bayar la RM120 sebulan... Masa tu pikir lagi baik guna RM120 tu untuk Adwa. Tapi sekarang dah ada broadband balik dah, sebab bayor RM50 hinggit jer sebulan :D


Ni sikit info aku dapat daripada http://www.adam.com/ pasal vitamin yang penting especially untuk korang mak-mak buyung di luar sana, dan tak ketinggalan ex- mak buyung yang tengah menyusukan baby. Enjoy....

















Dec 8, 2009

Adwa Kena Jaundis!


Adwa kena sakit kuning! Omputeh panggil Jaundice. Aku dah agak dah... Mama la cakap, kulit Adwa nampak kuning masa umur dia 2 hari. Sebab dia asyik tido je, malas nak isap susu. Bila hari ke 3, doktor amik darah and reading dia tinggi, tapi tak tau bape. tu yang kena tahan lagi satu malam kat spital. Adwa kene dok kat bawah lampu biru tu dengan pakai 'spek' putih (gauze je, diaorg buat bentuk spek. kiut gaks) ala-ala Kanye West gitu. Esok nye doktor bagi kua. Reading dia 255. Sebenarnya 255 tu reading yang agak tinggi gak la, tapi aku ngan laki aku mane la tau, anak sulung la katekan...

Aku pun balik umah mak aku kat Wangsa Maju, kira aku pantang kat sana lah. Adwa lak checkup kat Klinik DBKL kat area Sri Rampai (Klinik ni buat lawatan sekali jer kat umah, pastu tak datang-datang dah. datang pun takat tengok pusat Adwa ngan amik BP aku jer). So masa Adwa check kat Klinik DBKL tu, diaorang bagi surat soh refer kat Hospital Putrajaya sebab Adwa kuning. So esok hari nya (umur Adwa masa ni 6 hari) dia kena tahan kat wad sebab reading Bilirubin dia 313! So aku ngan Adwa stay dalam wad 2 malam, dan ni la rupa Adwa pakai spek putih dan tido bawah lampu biru tuh...





Dec 5, 2009

ADWA'S FIRST TRIP TO KLIA!

Yeay! Adwa pegi KLIA nak bawak jumpe Mak Ucu baru balik dari Haji, tapi sampai jer gate dah tutup. Tak der rezeki la Adwa nak jumpe nenek ucu dia kan...

Nov 28, 2009

ADWA BALIK KAMPUNG!


Adwa balik Renggam. Dia tidoooooo je dalam carseat Sweet Cherry tu dari Putrajaya sampai la Renggam. Kira ni first trip dia balik kampung and trip dia yang paling jauh....

Nov 20, 2009

Get Organized!





Barang- barang baby kan banyak giler. Dengan wet tissues la, bedak, minyak angin jer, losyen, bla, bla, bla.... abih tu bila nak angkut bawak naik bilik takkan nak naik turun dua tiga kali mengangkut barang-barang tu. So aku susun sume mende-mende yang perlu masa tukar pampers @ mandikan anak aku dalam bakul kecik.. tak payah la beli mahal-mahal, just guna ape yang ada je lah. Macam aku guna bakul yang dapat sekali dengan hamper barang anak aku. So bakul tu lebih kurang macam ni lah....

Ape yang ada dalam bakul ni? Hm... Wet tissues, bedak talkum, spray (letak air dan dicampur dengan sedikit dettol, jadi bila tukar pampers just spray jer dekat area yang kena najis dan lap la dengan wet tissues – make sure lap kering-kering baru pakaikan nappy rash cream), losyen, baby oil, nappy rash cream, minyak yuyi, cotton buds, pampers (2 @ 3 helai), dan nail clipper. Barang-barang ni aku letak dalam satu bakul so that senang sikit nak capai @ bawak pergi mana-mana. Takde la asyik tercari-cari je dan tersusun sikit.. kan... kan...

Nov 18, 2009

Apa yang perlu anda tahu – Melahirkan anak melalui Pembedahan LSCS @ Caeserean

1. Berpuasa mulai 12 tengah malam sebelum hari pembedahan.
2. Rehat secukupnya.
3. Kalau share wad dengan orang lain, selalunya nurse tak bagi suami tunggu @ jaga. Mak @ mak mertua @ kakak ke, slalunya nurse bagi tunggu @ jaga kita. Ye lah, operation mana leh bangun sangat kan..
4. Batuk selepas pembedahan – tampung bahagian luka pembedahan dengan kedua-dua tangan apabila batuk. Jangan tahan diri daripada batuk kerana batuk dapat mengurangkan kesan bius dan mengelakkan daripada kena spinal headache (sakit di bahagian leher dan menjalar ke kepala – rasa leher macam nak meletup. Seriously, memang macam nak meletup!!!!).
5. Jika kena spinal headache – minum kopi pekat @ Coke ( kandungan kafein dapat mengurangkan sakit kepala – doktor yang cakap). Baring mengiring dan bila nak bangun, bangun perlahan-lahan, mengiring dan jangan bangun mengejut.
6. Makan kena pantang – tak boleh makan apa-apa yang ada unsur telur, atau ape-ape yang gatal lah. Minum pati ikan haruan @ gamat kalau nak luka cepat baik.
7. Bawa breast pump – perah susu dan susukan baby seawal mungkin, nak ensure baby dapat susu awal @ colostrum. Selalunya lepas operation kena baring 6 jam dan tak boleh makan ape-ape pun. Kalau baring macam mana nak susukan baby. Kalau baby tido, bukan dia tak lapar. Dah dia memang suka tido. Kejut je dia tiap-tiap 2 jam dan bagi dia menyusu. Kalau tak nak bangun, paksa dia bangun jugak. Kalau tak kerap menyusu nanti baby kena jaundis.
8. Cara nak kejut baby bangun – geletek tapak kaki, telinga dia. Kalau dia stop hisap puting, cuit bawah dagu dia.
9. Sesetengah orang akan dapat sakit perut @ orang panggil ‘rengat’. Rasa sakit memulas-mulas macam kite kena PMS (period pain) tapi lagiiii sakit lah dari PMS. Bila sakit panggil je nurse mintak pain killer. (aku kena second dose baru lega – sakitnyer aduyaiii... menggigil woo...aku pegang pagar katil tu dah macam nak patah sebab sakit melampau).
10. Selalunya second day nurse dah cabut keteter dan soh kite berjalan pergi bilik air kalau nak kencing... tipu belaka!!! Lepas cabut keteter tu kencing memang tak leh nak kontrol (aku asyik la terkencing atas katil sebab tak sempat nak pergi toilet) jadi mintak ler bekas untuk tadah air kencing. Kalau tak asyik la kena tukar cadar, baju sume sebab satu badan berbau hancing!!!
11. Kalau boleh bangun, berlatih berjalan hari kedua selepas pembedahan. Jangan manjakan sangat badan tu.. permulaannya jalan slow-slow pergi toilet untuk tukar baju ke, gosok gigi ke. Suami pulak boleh tolong pimpin dan tukarkan baju isteri. Kalau boleh bila discharge dan ada orang yang boleh tolong dukung baby, tak payah la naik wheelchair.. try berjalan slow-slow. Bila lagi nak merasa jalan 0.5 meter seminit dengan pakai t-shirt dan kain batik kat tempat awam kan? Hahaha...
12. Orang cakap kalau beranak ceaserean ni tak boleh bertungku @ mengurut... ni bergantung pada bidan la. Sebab aku rilek jer buat sume tu, tapi jangan la usik tempat luka..
13. Lepas mandi lap tempat luka kering-kering. Pakai seluar dalam potongan tinggi, macam girdle ke, so getah seluar dalam tu takkan terkena luka tu.
14. Kalau luka berair ke, bernanah ke, cepat-cepat pergi klinik. Selalunya diaorang buat dressing dan bagi antibiotik jer.
15. Ada sesetengah orang cakap, sepanjang tempoh berpantang kite tak leh duduk dekat dengan suami. Tak leh tido sebilik, tak leh nak manja-manja, berkepit jer ngan suami walaupun tak buat ape-ape. Katanya nanti luka tu lambat baik dan rahim lambat kecut. Aku pun tak tau sejauh mana la kebenarannya kan. Agaknya sebab tu la orang dulu-dulu pakai pilis/ bedak param yang busuk tuh kat satu badan, sebab tak nak bagi suami dekat la kot. Hehehe...
16. Minum air panas/ suam untuk keluarkan angin cepat-cepat.. kalau boleh selagi belum keluar angin (sendawa ke, kentuuuut ke) jangan makan dulu, orang tua-tua kate nanti perut buncit. hehehe

Persediaan melangkah ke dunia baru – Anda, Pasangan dan Si Kecil.

Menjadi ibu dan ayah merupakan tanggungjawab yang amat besar serta memerlukan persediaan dari segi mental, fizikal, emosi dan kewangan. Sesetengah pasangan memilih untuk merancang terlebih dahulu bagi mengukuhkan kedudukan kewangan keluarga sebelum memiliki cahaya mata. Dan sebaliknya ada pasangan yang ingin terus memiliki cahaya mata setelah berumah tangga.

Kehadiran si kecil di dalam keluarga pastinya membawa perubahan yang sangat besar. Bagi ibu bapa yang baru menimang cahaya mata pertama, anda pasti merasakan tamparan hebat akibat perubahan keseluruhan hidup anda, jadi di sini ada beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama sebagai panduan dan persediaan mental, fizikal, emosi serta kewangan pasangan yang baru mendirikan rumahtangga dan ingin memiliki cahaya mata.

1. Masa
Sebahagian besar ibu bapa yang baru menimang cahaya mata pasti merasakan perubahan besar berlaku pada masa anda. Ibu bapa perlu mengambil masa untuk mengatur semula aktiviti yang sebelum ini hanya melibatkan masa anda berdua dengan menyelitkan jadual si kecil. Ya! Jadual si kecil. Kerana setelah si kecil anda lahir, kebanyakan masa anda perlu mengikut jadualnya ; masa menyusu, masa tidur, masa mandi dan bermain. Lazimnya bayi baru lahir tidur 14 hingga 16 jam sehari, dan masa menyusunya adalah setiap dua jam sekali (termasuk waktu malam, si kecil akan mengejut anda setiap dua jam untuk menyusu seperti jam loceng. Percayalah!). Anda akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan jadual si kecil, namun jadual menyusu dan tidur bayi anda akan lebih teratur apabila si manja semakin membesar. Kadangkala bayi anda meragam dan tidak mahu berjauhan dengan anda, maka pastinya anda tidak dapat melakukan sebarang kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh dan sebagainya! Jadi ibu-ibu boleh berbincang dengan pasangan anda, mungkin membuat jadual khas untuk melakukan semua house chores secara ‘curi-curi’ ketika si manja anda sedang nyenyak tidur.

2. Emosi
Bagi ibu-ibu terutamanya yang menyusu badan, pada permulaan (dalam waktu anda berpantang bersalin) anda akan berasa amat tertekan untuk menyesuaikan waktu tidur anda dengan waktu tidur si manja. Jika sebelum ini anda boleh tidur nyenyak di waktu malam tanpa gangguan, setelah menjadi ibu tanggungjawab anda telah menjadi lebih besar (salah satu adalah dengan mengorbankan masa tidur anda). Anda perlu berjaga di waktu malam untuk menyusukan bayi anda dan sudah semestinya anda akan tidur kurang daripada jumlah jam sebelum ini. Berjaga di waktu malam serta mendengar tangisan bayi anda pasti memberi tekanan pada si ibu! Pasangan boleh membantu dengan memberi sokongan kepada isteri ketika beliau sedang cuba mengadaptasi suasana baru menjadi seorang ibu, sebagai contoh, tawarkan diri untuk menyendawakan bayi anda selepas menyusu, atau menukar lampin bayi anda. Janganlah anda sibuk melayan mimpi indah sedangkan isteri anda sedang berjaga menyusukan anak anda di tengah malam hanya kerana anda fikir bayi anda menyusu badan dan anda tidak perlu bangun untuk membancuh susu formula!

3. Kewangan
Selain daripada persediaan mental, fizikal dan emosi, bakal ibubapa juga perlu mengambilkira soal kewangan. Sebagai persediaan, cuba mulakan dengan mengira bajet bagi perbelanjaan bulanan anda sekarang. Berapa baki pendapatan bersih anda dan pasangan setelah ditolak dengan hutang kereta, hutang rumah, hutang kawin (ops!), hutang PTPTN (ops! lagi...), bayaran bil, belanja dapur, dan sebagainya? Adakah mencukupi untuk membeli susu formula, membeli pampers, bayar pengasuh/ taska, belanja perubatan, membeli pakaian dan pelbagai keperluan bayi anda? Mungkin masalah kewangan menyebabkan sesetengah pasangan memilih untuk merancang terlebih dahulu. Bagi yang ingin memiliki cahaya mata tetapi kewangan tidak mengizinkan, anda mungkin mempertimbangkan untuk mencari pendapatan sampingan. Tapi jangan sampai terperangkap dengan skim cepat kaya!

Nov 12, 2009

Tisu basah @ Wet tissues

1. PUREEN

Tisu basah Pureen ada 2 jenis - dalam bentuk paket yang mudah dibawa atau di dalam bekas.


Wet wipes bentuk paket - senang nak bawak, wangi sangat (best!), tiada alkohol, senang nak gunakan untuk membersihkan najis bayi. Aku suka yang ini. Didatangkan dengan packaging warna pink, biru, hijau. Wipes ni aku letak dalam beg jejalan Adwa. Leh lap macam-macam, contohnya klau mainan dia jatuh ke... Ala, mama ngan abah dia pun guna gak buat lap tangan lepas makan, hehehe...

Wet wipes bentuk bekas/ jar - Tak Wangi (tak de bau la maknanyer). Nipis sangat la, boleh membersihkan najis yang terlekat di punggung baby tapi oleh kerana terlalu nipis, najis pun terlekat kat tangan skali.. eeeee... So kena pakai banyak la klau nak bersihkan punggung Adwa kalau dia uuukkk uukkk (berak). Aku tak berapa suka sangat la yang jenis ni. Tapi habiskan je lah, nanti membazir pulak kan..

Nov 11, 2009

Banyakkan susu ibu

1. Banyakkan makan lobak putih. tapi tak semua orang suka kerana rasanya sedikit pahit; atau
2. Banyakkan minum susu; atau
3. Layurkan daun sirih dan letakkan pada payudara anda.

Hilangkan ruam susu

Bayi yang menyusu badan mudah terkena ruam susu di pipi, dagu dan leher. Petuanya:

1. Sapukan bedak sejuk pada tempat yang terkena ruam susu; atau

2. Sapukan nappy rash cream ke tempat tersebut. Namun ibu-ibu perlu peka jika krim tersebut berminyak, jika disapu ia akan menjadi lebih teruk.

3. cari ubi bemban, sagatkan dan gosok kat kulit baby

4. Honestly aku dah cuba sume cara kat atas nak ilangkan ruam kat pipi Adwa kecuali ubi bemban tu la sebab aku sendiri tak tau mamcam mana rupa ubi bemban tuh. aku sapu aloe vera gel kat pipi Adwa.. agak berkesan la. nampak ruam tu dah kering. Merah-merah kat pipi dia memang tak leh nak hilang la sebab dia putih melepak hehehe... aloe vera gel tu leh cari kat farmasi, tapi beli yang 100% aloe vera, jangan ada pewangi pulak. Kang jadi lain lak kulit budak.

5.kalau tak hilang gak, pergi je la klinik jumpe doktor... kan senang...



TIPS: Membeli barang-barang keperluan si manja

Korang plan nak shopping barang-barang baby? Kat sini aku nak share beberapa tips :

1. Baju bayi

Walaupun korang jenis yang gila shopping, tak payah la beli banyak sehingga membazir. Cukuplah sekarang 5 pasang baju lengan panjang dan 5 pasang baju berlengan pendek/ sleeveless. Ingat,baby ni cepat membesar, kalau beli terlampau banyak takut nanti sekejap je dapat pakai. Nak beli lebih boleh, tapi bila ada keperluan, atau bila si manja dah lahir nanti. Aku cadangkan korang beli rompers lengan pendek/sleeveless untuk baby korang pakai pada waktu siang. Ini sesuai dengan cuaca di Malaysia yang panas dan lembab - mengelakkan baby kena ruam nanti. Adwa pun pakai rompers je bila dok kat umah atau tempat-tempat yang takde air cond. baju lengan panjang dia hanya pakai bila kat nursery je sebab sejuk kat sana.


Contoh rompers untuk bayi anda

Cadangan tempat yang boleh dikunjungi : di Pusat membeli belah, World of Cartoon ( harga baju yang dijual selalunya sepasang berbanding dengan kedai lain.), F.O.S (ada banyak pilihan rompers), ataupun Manjaku. Boleh juga beli secara online bagi bakal ibubapa yang agak sibuk dan tiada masa untuk pegi shopping, tapi aku tak berapa nak galakkan, takut nanti saiznyer tak sesuai pula dengan baby korang.

2. Swaddle/ kain bedung

Kain bedung ni perlu terutamanya ketika baby korang di hospital yang berhawa dingin. Beli kain bedung yang mempunyai poket di hujung (hooded) untuk menutup kepala baby bagi mengelakkan dia kesejukan. baby yang baru lahir ni perlukan masa nak sesuaikan diri di dunia baru dia, berbanding dengan dunianya sebelum ini yang gelap dan sempit :). Sebab itulah kebanyakan baby yang baru lahir sangat selesa jika dibedung, kerana selain berasa seperti berada di dalam rahim, baby tidak mudah terkejut ketika tidur dan tidur lebih lama (secara purata bayi baru lahir tidur lebih kurang 14 hingga 16 jam sehari.)

3. Tisu basah/ Wet Wipes
Korang akan pakai banyaaaaakkkk giler mende ni. Guna masa tukar lampin dan sebagainya. Sila klik REVIEW : Wet Tissues untuk lihat perbandingan jenama tisu basah yang ada di pasaran.

4. Tikar getah
Digunakan ketika menukar lampin, bagi memastikan katil / tilam korang bersih dan tidak terkena uuukkk uukkk atau shishi baby korang masa tukar lampin!

5. Minyak angin
Selalunya Minyak Yuyi Cap Limau, Minyak Telon atau Minyak Kayu Putih(bergantung pada korang nak beli yang mana) digunakan pada baby nak elakkan kembung perut. Letakkan setitis dua ke tapak tangan korang (jangan letak terus pada kulit bayi - nanti panas) dan sapu pada perut, belakang, betis, dan tapak kaki baby.

6. Bedak talkum/ losyen/ syampu/ mandian/ baby oil/ nappy rash cream

Terpulang nak beli brand apa.... boleh tengok kat product review kalau nak panduan...

7. Bib
Perlu jika baby korang menyusu menggunakan botol so nanti susu tak kena kat baju dia dan protect baju korang masa sendawakan/ 'burp' kan baby korang kat bahu. Mana tau dia muntah lak, kang berbau masam la baju korang tu...

8. Lampin Pakai Buang
Depends la korang nak beli brand apa. Yang penting lampin tu kena sesuai dengan keperluan baby korang. Semua lampin pakai buang mempunyai saiz yang bersesuaian dengan berat bayi. Selain daripada saiz, perkara yang perlu dititikberatkan ketika memilih lampin yang baik adalah daya serapan, perlindungan daripada kebocoran, dan permukaannya perlulah baby skin - friendly supaya kulit si manja tak mudah terkena ruam. Sila lihat REVIEW : Lampin pakai buang untuk panduan.

TIPS : Perkara yang perlu ada dalam hospital bag

Aku share skit senarai benda-benda yang perlu ada di dalam beg hospital (hospital bag) sebagai persediaan untuk korang nak menyambut kelahiran si manja. Hospital bag boleh la prepare ketika kandungan masuk 7 bulan sebagai persediaan kalau korang tetibe ada menunjukkan tanda-tanda sakit bersalin. Aku cadangkan korang kemaskan perkara-perkara yang aku list down kat bawah (lebih senang kalau korang satukan je barang keperluan korang dan simanja) dan letakkan di dalam but kereta. Ye lah, sediakan payung sebelum hujan la katakan.

Barang-barang baby:
1. Lampin pakai buang - kalau boleh beli yang khas dicipta untuk newborn ~ Drypers, Huggies, dsb. Sebabnya, pusat baby akan dikepit, kalau guna lampin yang ketat sangat nanti tertarik tali pusat tu. Adwa dah kena dah, walaupun pakai lampin yang ada Navel care.
2. Baju baby - 5 pasang.
3. Toiletteries baby - tak payah kalau pihak hospital yang akan mandikan baby korang sepanjang korang kat hospital
4. Swaddle/ Bedung - 2 atau 3 helai.
5. Mitten/Booties - Bawa 5 pasang

Barang-barang korang sendiri:
1. T-shirt - 2 helai. Tak perlu bawak banyak sebab kat hospital korang pakai 'uniform' nanti.
2. Kain batik - 2 helai. Sama juga dengan t-shirt, tak pakai pun masa kat hospital. Bawak untuk dipakai bila keluar hospital nanti.
3. Toiletteries.
4. Tisu
5. Breast pump - Penting terutamanya:
- Kalau korang akan melahirkan secara ceaserean. Pendapat aku, memang kena bawak sebab korang kena menyusukan baby seawal sejam selepas melahirkan.
- Sekiranya baby korang pasif (tidak mahu menyusu) kerana korang kena menyusukan bayi dengan kerap (2 jam sekali) nak elakkan baby kena jaundis.
6. Botol susu - bawa 2 botol untuk mengisi perahan susu. Sila ambil perhatian jika hospital tempat korang melahirkan merupakan hospital yang 'baby friendly', botol susu tidak dibenarkan sama sekali dibawa. Sila rujuk pihak hospital cara menyimpan perahan susu.
7. Handphone + charger
8. Kamera

Akan datang aku bagi tips-tips persediaan mental dan fizikal menjelangnya kehadiran orang baru di dalam hidup korang berdua :)

Nov 8, 2009

Lampin Pakai Buang

Bagi korang yang baru je menyambut kehadiran orang baru dalam hidup korang, tahniah la diucapkan. Jadi, paham-paham je lah yer, bila dah bertambah jumlah bilangan ahli keluarga, bajet korang pon dah bertambah besarkan (korang akan perasan bila :- duit gaji tak tau pegi mana, tau2 jer dah pokai). Salah satu keperluan si manja mesti la PAMPERS atau LAMPIN PAKAI BUANG. Mungkin ada antara korang lagi suka pilih untuk pakai lampin biasa/ lampin reusable yang semakin laris di pasaran sekarang walaupun harganya agak mahal, tapi berbaloi. Tapi, ex- mak buyung macam aku yang kerja ni, mana la ada masa nak basuh lampin dik non ooiii. So aku nak share skit la pendapat pasal jenama-jenama pampers yang pernah Adwa guna.


DRYPERS SOFT FOR NEWBORN
Ni jenama pertama yang aku beli. Sebabnya, aku dah compare dengan jenama-jenama lain yang ada pampers khas untuk bayi yang baru lahir (newborn) dan aku rase Drypers la yang paling murah (depend gak korang beli kat mana) kalau nak dibandingkan dengan jenama lain yang offer ciri-ciri yang sama (navel care, cotton-like outer cover,reusable tapes,dsb.)

LAMPIN PAKAI BUANG GIANT


Aha... buat ibu bapa yang bajet ciput... Boleh la try pakai lampin ni, agak murah la, lebih kurang dalam 30sen sehelai. Tapi Adwa pakai waktu siang jer, sebab permukaan luar lampin ni plastik, bukan cotton-like, so kalau pakai waktu malam takut nanti aku ada sindrom 'M' nak tukar pampers dia dan terrrrrlambat tukar lampin kena ruam lampin pulak Adwa.. bagi korang yang sememangnya mempunyai bajet rendah, tak salah pakai lampin pakai buang yang murah, tapi, tahap kerajinan korang untuk tukar pampers anak kena lebih sikit la kan.. Tapi, bagi ibubapa yang pakai lampin mahal, jangan pulak ingat bila anak pakai lampin mahal, anak korang tak akan kena ruam lampin! Same jelah kalau pakai lampin murah ke, mahal ke, kalau mak bapaknyer malas nak tukar, memang la punggung budak tu merah kena ruam.

Hmm...sekarang Adwa dah try macam-macam jenama dah. Cuma cap mami pokai (Mami Poko) je yang dia lom try. Anyway, aku beli pampers ni time sale gila-gila, time pampers tu jatuh RM0.40 sen je sehelai, aku borong sekali empat, hehehehe.... Skarg umah aku dah cam gudang pampers dah. Tak salah pun beli banyak, pampers bukan cam makanan yang ada expired date. Kan?

Nov 6, 2009

ON THE DAY HE WAS BORN...

HARI 0

Harini secara rasmi aku menjadi seorang ibu kepada baby boy yang sangat comel... perasaan bercampur baur... yelah.. 9 bulan aku & suami menunggu kelahiran cinta hati kami berdua ni... finally dapat la tengok muka dia.

Anyway anak aku lahir ikut tingkap,hehehe... secara ELSCS (Effective Lower Segment Ceaserean Section) atau orang cakap ceaserean... hm, punya la boring menunggu turn nak kena operate, sampai aku tertidur. Sebelum tu pagi td dah ada pakar bius datang interview. Aku ni dok tunggu bila la turn aku ni. Sedar-sedar je ada 2 orang nurse datang kejut dan bawak katil OT and soh pakai ‘uniform’. So dalam keadaan blur dan mamai baru bangun tido, aku pun ikut je la ape nurse tu cakap. Memula dia soh aku makan ubat, ada 2 jenis, pil ngan liquid. Ubat yang liquid tu kan, rasa dia... PERGH!!!!! menjolok anak tekak sungguh! tapi disebabkan tahap ke'blur'an aku time tu mengatasi segalanya, aku tak tanya pulak ubat tu untuk ape. Lepas makan ubat tu, dia soh aku pakai robe/ baju untuk masuk OT and pakai menatang sarung kepala tu. Eh, lupa nak cakap. Aku ni kena puasa start dari kol 12 tgh mlm tadi... so sbb tu nak menunggu utk masuk OT tu merupakan satu penyeksaan (lapar siot). Bila dah pakai baju tu, nurse soh aku naik katil yang dia bawak td, sikit punye tinggi daaa... bila aku angkat je kaki nak naik katil tu, aku baru teringat and aku terus ckp kat nurse tu "eh, jap, saya blom call suami saya lagi"... mungkin paham dengan situasi aku yang blur2 ayam tu, nurse dua orang tu pun bgtau soh suami aku tggu kat bilik menunggu n diaorg tgk je la aku lompat dari katil tu call suami aku...

Then aku naik blk katil yg tinggi tu and diaorg pun tolak la gi OT kat tingkat satu. masa baring dan diaorg tgh tolak katil tu, segala mcm doa la aku baca sambil tengok lampu kat siling (ala mcm dalam drama melayu tuh). Hahaha... pastu diaorg bawak aku masuk dalam satu bilik ni, mc holding room la sebelum diaorg tolak aku masuk OT. So aku mcm dah mamai-mamai skit, sebab ubat yang aku makan tadi ke? Dalam 10 minit gak la aku dok kat situ, then diaorg tolak aku masuk dalam OT 4. Pergh... Ni 1st time ni aku masuk OT, seram wooo... then aku pon tukar katil la, dari katil yang diaorang sorong aku tu, ke katil dalam OT tu. Aku jeling la jam. Kol 11.20 pagi. Pastu diaorang nak bagi bius, diaorg mintak aku duduk and luruskan kaki, pastu diaorg bagi bantal soh aku peluk (diaorg bius separuh jer, so masa operate ni aku sedar 100%, cuma tak rasa sakit torehan tu je). So aku bajet mesti sakit nih, ye la, nak cucuk ubat bius kat tulang belakang la kan.. pastu aku ada 2 orang Dr. Ni mcm sembang-sembang. Sorang macam bagi guide kat sorang lagi.. Aku punya la tunggu, dok sembang je, bila nak cucuk ni? Alih-alih dah siap, aku tak rasa ape pon  Then diaorang soh aku baring balik, sebab nak pasang keteter (ala, beg yang ada wayar untuk kencing tuh). Pakar bius tanya aku kaki dah start rasa kebas ke? Aku cakap belum. So diaorang mintak la aku bengkokkan kaki sebab diaorang nak pasang keteter tu, skali aku tak leh nak angkat pun kaki aku. Rupanya ubat bius tu dah jalan, kaki rasa lembik giler... Mcm ni la orang yang lumpuh rasa agaknyer, aku pun tak tau. Masa tu leh nampak ler diaorang prepare gajet-gajet untuk godek perut aku nanti. Aku sempat ar jeling jam lagi sekali. Pukul 11.40 pagi.

Then diaorg pasang pengadang (tak nak bagi aku nampak kut)and bentang la kain hijau dua tiga lapis. Pastu pakar bius kate “sedia ye, kita nak mula dah”. Disebabkan aku sedar, aku amatlah rasa bosan... ye la, baring jer... So aku pun dengan selambanyer leh ajak pakar bius tu sembang-sembang ngan aku.. ni namanyer peramah tak bertempat. Hahaha... so dia la yang bgtau ape doktor yang tengah bedah aku tu buat... pastu dia cakap “okay, doktor dah nak keluarkan baby dah...” masa tu aku dah tak sabar nak dengar dia nangis. Pastu doktor tu cam struggle giler nak keluarkan baby dari perut aku. Siap aku dengar dia ckp “eyaaahhh”. Dia siap pandang aku dan cakap “budak ni panjanglah, susah nak keluarkan dia” pastu aku gelak jer lah... tetibe doktor cakap “okay..” aku rasa ada mende berat dia letak atas kaki aku. Anak aku kot? Pastu doktor tu tengok aku and cakap “Okay, baby you dah keluar, diaorang pergi bersihkan dia, nanti bawak jumpa you. Skarang kita jahit balik ok?”

Masa doktor tu dah jahit, baru diaorg bawak anak aku, nurse tu tunjuk kemaluan dia dan tanya “ok, ni baby apa?” aku pon macam budak-budak jawab “baby boy..” pastu dia bagi aku cium anak aku then terus bawak keluar jumpe husband aku. Sementara doktor tu jahit (lame giler, boring) aku dah mengantuk dah. Pakar bius siap soh aku tido lagi.

Bila dah siap diaorang bukak la sume kain hijau tu, aku terus menggigil... giler sejuk OT nih... then aku dibawa ke recovery room untuk monitor aku jap dalam setengah jam, kalau okay leh bawak terus balik wad. So dalam menggigil tu diaorg pantau aku and letak warmer... aku pun tido... lepas setengah jam, diaorang ready nak bawak aku balik wad... aku ni dok pikir anak aku jer... macam mana la rupa dia... sempurna ke.. mcm mana agaknya suami aku bila 1st time tengok anak kami? then kua dari recovery room tu dia terus panggil husband aku. Husband aku terus datang and pegang tangan aku... Bahagianyer rasa... “Sayang, baby dah bagi hadiah termahal sekali untuk sayang tau...” Aku nak cakap mcm tu kat dia, tp tersekat kat kerongkong aku ni hah...

Oct 2, 2009

Menanti detik itu Pt. II

Hmm... akak depan katil aku ni relax jer.. tp kengkadang muka dia berkerut-kerut gaks.. bila aku dok tengok dia dengan penuh pelik, dia pon ckp ler.. "contraction..." huhuhu... aku pun tatau la mcm mn rasa contraction tu, sbb smpai skrg pon aku still lom rasa ape2... then ada sorang doktor (houseman kot?) datang and bgtau dia nak buat CTG (bukan cuti tanpa gaji yer, CTG stands for Cardiotography ~ untuk monitor jantung baby. Dia lilit mcm tali pinggang kat perut, then letak la dia punya alat utk detect jantung baby and the same time dia print graf jantung baby tu.)

Tengah dok buat CTG tu, akak depan katil aku ni dah mengerang sakit dah...Aku ni pulak dah seriau... huhuhu... cepat la keluar dari wad ni.. leh sakit jiwa aku dok lame2 kat sini dengar orang sakit nak bersalin....nak dekat sejam gak la br nurse tolak dia pg labour room... Tuhan je la tau mc mn takutnyer aku ms tu...Nak balik!!!!! Hua!!!


Dr Marya dtg bgtau, aku leh kua harini... tp disebabkan air ketuban dah sikit, aku kne bersalin awal. Dia bagi aku balik harini, tp 4hb aku kena masuk wad balik sbb dia cepatkan tarikh bersalin aku dari 9hb ke 5hb. Hah??? Giler ar... maksudnya lagi 3 hari aku dah nak dapat anak?

So aku pon tipon husband aku and bgtau sume yg doktor ckp...dan dia nak fetch aku tengahari ni. Tetibe Nad SMS aku, dia kate dia nak ajak aku gi Alamanda, so dia nk amik aku kat spital.. Aku pon nak amik peluang ni utk melantak puas2 la, klau tak nnt lepas bersalin kne pantang makan macam2, esp mende2 berais.Heh heh heh

So... ni la kenangan 1st time masuk spital..



Oct 1, 2009

Menanti detik itu

Harini aku buat check up kat Hospital Putrajaya dengan Pakar O&G kat sana, sebab masa aku scan dan buat monthly checkup kat Klinik Dr Hamid Arshat kat Damansara, position anak aku breech (songsang). So dia advise untuk aku refer to Pakar O&G kat Hospital Purajaya memandangkan aku memang plan nak bersalin kat sana. Aku sepatutnya bersalin 23 Oktober 2009 tapi memandangkan anak aku songsang, so kne la pegi rujuk Hospital Putrajaya pulak...Tp dia suggest tarikh aku bersalin 9hb Oktober, dlm 2 minggu awal dari tarikh sepatutnya aku bersalin which is 23 Oktober 2009.

Sesampainya au kat hospital tu, aku sepatutnya jumpe ngn HOD O&G kat situ, tapi dia ada hal haritu, so aku di'refer'kan kepada sorg doktor yang sangatlah lemah lembut. Nama dia Dr. Marya (nama penuh panjang, aku sempat jeling kat pass dia). So dia tengok la segala mende yang Dato' Dr. Hamid Arshat tulis dalam buku merah (buku ni korang akan ada klau check kat klinik gomen. The reason aku buat checkup kat Klinik Dato' Dr. Hamid Arshat is because aku ade kes bleeding masa minggu ke 10) tu. So the first thing diabuat is explain kat aku dan suami ape plan dia.

Memula dia scan baby dulu, sebab dia plan nak buat ECV (External Cephalic Version ~ ni prosedur untuk nak pusing kedudukan baby supaya kepala dia ke bawah dan membolehkan aku bersalin normal sebab kedudukan kepala baby aku sekarang dekat rusuk sebelah kanan aku). So masa scan dia siap leh explain and tunjuk kidney baby (which doktor-doktor sebelum ni tak pernah pun nak explain) dan satu perkara yang tidak meng'happy'kan doktor tu adalah, air ketuban aku sikit, atau lebih tepat lagi, reading dia borderline untuk membolahkan dia perform ECV.

Then dia explain yang risiko sangat tinggi kalau nak buat ECV if air ketuban sikit, which is takut jadi fetal distress (ni term aku xpaham sgt, tp aku assume bahaya la kat baby)maka dia pun buat la satu keputusan yang sungguh aku tak sangka ~ aku kena tahan wad satu malam - buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku masuk wad :p . Alasannyer, dia nak monitor jantung baby, sbb takut ape2 jadi, susah.

So bila dekat wad tu aku teramatlah bosannyer... aku dok kat Wad 2B, katil no 5. Kat situ ada 4 katil. Akak sebelah aku ni kena tahan sebab uri dia kat bawah. Akak depan katil lak, masuk kol 10 malam sebab air ketuban dah pecah.

Aku lak tak berapa sihat, selsema dan batuk.. Biase la, 'hadiah' dari suami tercinta. hehe.. bkn salah dia pon, dia dh tido asing ngn aku takut aku jangkit, tp aku yg gatal nk tido dekat-dekat ngan dia.. Nk manje2 lah.. :P

Mar 6, 2009

My first scan


Harini first time gi scan kat Hospital Az Zahrah, Bangi... Umur baby ni baru six weeks :) kiut kan. keciiiiikkk je dia.... cepat besar tau baby, mama tak sabar nak tengok baby... Masa dia scan and tunjuk baby tu, bergenang air mata aku... Feels sooo special when you know there's a life growing up in your own womb....

Feb 28, 2009

I'm Pregnant!



Sayang mabuk-mabuk so mintak aku check urine.... And it's POSITIVE! Alhamdulillah.... I'm going to be a mom......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Do I Need Supplement?